Monday, June 28, 2010

< 206 > Mencari Ajnabi

Housemates dua orang tuh dah selamat sampai Malaysia,Alhamdulillah. Tinggalah aku keseorangan dekat sini. Mulalah buang masa membuat kerja-kerja tak berfaedah di samping menyiapkan proposal untuk JaSSI[JAlinan Sahabat Seluruh India]2010. Sambil itu juga membelek gambar-gambar lama semasa JaSSI2008 di Nandi Hills, Bangalore. Dan ketemu gambar bajet cun bagai di bawah ini. Ya Tuhan,bila boleh aku kurus semula seperti itu?

Gambar ala-ala tuan puteri menanti putera idaman di sebuah taman rahsia la konon kan? Lantas buat aku terkenangkan satu sajak yang aku tulis masa bermastautin di hostel Bejai selama setahun dahulu. Mulalah aku selongkar koleksi-koleksi lama dan terbiar. Konon macam arkib seni Faridahanum lah kan...padahal macam TEEETTTT saja.Ah,layankan saja!

MENCARI AJNABI
Carikan aku seorang ajnabi
Yang pada tingkahnya ada peri
Yang pada tuturnya ada pekerti
Cita-citanya nun jauh melangit tinggi
Untuk agama,nusa dan pertiwi.

Carikan aku seorang ajnabi
Rautnya tak perlulah hebat sangat
Enak pada pandang,cukup pada sifat
Biar nanti malam wajahnya kulihat
Lenalah aku berasa selamat.

Carikan aku seorang ajnabi
Imannya ampuh tak pernah lusuh
Syahadahnya kental setanding amal
Fatihahnya fasih,takbirnya terang
Jadi imamku malam dan siang.

Carikan aku seorang ajnabi,
Bisa buat aku tertawa
Dek fiil lucunya yang selamba
Bisa buat aku tertawan
Pada indah ikhlasnya sebuah senyuman

Carikan aku seorang ajnabi,
Di lengannya ku saksikan tanpa sangsi
Terlukis ciri suami mithali
Tercorak kudrat seorang Abbi
Sesempurna insan seorang lelaki

Carikan aku seorang ajnabi,
Butir bibirnya melahirkan bicara 'kita'
Renung matanya membiaskan bicara cinta
Getar hatinya mendambakan bicara setia

Carikan aku seorang ajnabi,
Yang ingin aku jadi sayap kirinya
Sama menongkah rintang dunia
Kekal hingga ke akhirat sana

Carikan aku seorang ajnabi,
Yang mahu aku selalu dekat
Tapi tak disentuh tanpa akad...


17Februari2009,
KMC Bejai Ladies Hostel,Mangalore

23 comments:

MomoN said...

eceeeehhh..
bukan dah jumpa ke? :P
(saja wat ayat perangkap :P)

beg cantiiiikkk !mauuuu~~~

rashiD said...

bi.......

















....b



(abaikan kalau tak paham......
.....kalau..)

norfaridahanum said...

@kakzimah
mana nak jumpa kak.beg je yg lawa..orgnya tak..haha.ecece,poyo plak.dah2,dalam mimpi..kdg2 ashraf muslim,kdg2 remy ishak,kdg2 zinedine zidane =p

@rashid
betullah tuh...





BI dulu memang B,kdg2 C, aish..D pun pernah lah..sebab tuh tulis sajak BM je =p

Lola MK said...

ko pnah tnjuk ke sjak ni kt aku??apsal mcm pnah bace..huhu..coz i got dis warm feeling yg cam pnah rase je b4 dis..huhu

norfaridahanum said...

mesti sbb ko pnah baca dekat blog lama...i posted it there before=)))
lalalalalala

husnayaacob said...

indahnye bahasa2 nie kak anum!
superb la ;)

anith said...

nice! =]

yun said...

kak anum.
gambar cantik cantik cantik. :D

sajak tu nice lah.

norfaridahanum said...

@husna
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
susun dgn jitu.boleh menusuk kalbu.boleh juga jadi peluru.

@anith =))

@izyan
terima kasih dik.sila dtg lagik =p

n.amirahhhh said...

kak,
sajak tuu.tebaeeek la. ;p

norfaridahanum said...

@itekkiut
thanks adik n thanks 4 singgah also=)))
[arinih ramai readers muda pulak ek?]akak rasa tua plak tetiba2..=p

Tokabaut said...

Saya mmg pengagum besar penulisan awk. Bila nk start tulis cerpen pulak? hehe...
Sy nk masukkn sajak tu dalam blog sy.. Cekidaut: http://tokabaut.blogspot.com/search/label/Karya%20Kreatif

Try la jgk baca cerpen Shahir Si Pencuri...menarik jgk penulisan dia=)

norfaridahanum said...

Saya senyum kepada komen anda encik tokabaut.Saya sekadar berkongsi rasa dan cerita.Thanks atas kekaguman itu.Tapi ada baiknya dipulangkan saja pada yang Esa=)

Dan blog awak sgt informatif.Cerita satu dunia ada dalam satu blog. Tak terlawan saya =p

Tokabaut said...

Syukur pada Ilahi=)

Awk tak terlawan, tapi saya tak terlarat nk cari semua bahan2 nk sumbat dalam tuh...hehe...klu ada mmber2 yg pandai jgk bab2 penulisan bgtau la...sy mmg suke dgn penulisan kretip...nk tulis sendiri xpandai...penulisan ideologi pelik2 boleyla=p

rashiD said...

yg dituliskan itu satu parkataan shj ya, bukan dua perkataan..
(gelak sorg2..)

norfaridahanum said...

TOKABAUT..kata nak jadi top blogger.mmg kena gigih lah =)

RASHID..sy dah gelak awal2 lagik.ok,sekarang kita gelak sama2=p

NAZ said...

hai sifu norfa.
tak boleh di sentuh sebelum akad?
selepas akad tiada perenggan yang lebih hebat ke? hahha. nice one norfa

norfaridahanum said...

haha..selepas akad siaran tergendala sebentar =pppp thanks sifu.byk belajar dr u juga

adixsyukri said...

suka =) -adi-

Anonymous said...

anum,kau sangat tanned.tgk muka dgn tangan ko punyalah beza color!dr sekolah aku suruh pakai sunblock ko tak nak..jatuh saham nih,jatuh!

norfaridahanum said...

thanks adi n anon=) dun wori b happy pls!

ms. mac said...

luv this one! i remember how u used to write all sorts of great sajak while in school dulu....u shud really think about publishing a book filled with all ur sajak anum....

norfaridahanum said...

toink toink.one day,fa.one day i will insyaAllah.but 1st let me complete this MBBS first....n errrr,after finding my ajnabi?=p