Friday, June 18, 2010

Siri 11 :25 Pesan LuqmanulHakim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.Ketemu lagi dengan Jumaat,moga-moga terisi penuh manfaat. Kunjung lagi kalian ke mari,harap ada ilmu yang terkongsi.

Aku nyenyak awal malam tadi saat sedang mencari bahan di Internet untuk Jurnal hari ini. Entah,aku dah merasakan Jurnal Jumaat ini bagai penulisan yang wajib pula. Mulanya,mahu bercerita tentang Sains&Al-Quran seperti awal-awal dulu tapi tiba-tiba rasa cliche pula.Yang aku minat tak semestinya kalian pun gemar kan?Layang fikiran membawa aku kepada LuqmanulHakim. Ya,nama ini insyaALLAH rata-rata antara kita pasti familiar. Tapi bagaimana pula dengan nasihat-nasihat peninggalan beliau?

25.Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.
Jangan
engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti
engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

24.24.Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu
yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia siakan hartamu

21.Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata
yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat
bila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

20.Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah
untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

19.Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin
menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu
adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

18.Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah
dia yang mengharapkan sesuatu darimu

17.Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis
wajahmu
, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

16.Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati
hatilah.

15.Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu
tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia
tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

14.Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa
danmusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara
meminta nasihat dari mereka.

13.Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya
barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang
itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

11.Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab
ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri
pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi
sahaja.

10.Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yang berbahaya.

9.Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang
layak menjadi utusan.

8.Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu
besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

7.Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu
besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian
kepada orang yang tidak mahu mengerti.


6.Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar
benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus
asa dari rahmat ALLAH.

5.Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

4.Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam tanaman.


3.Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia
akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

2.Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapatpen jagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan
sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemuliaan dari ALLAH juga.

1.Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar
jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA,
ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Aish,padanlah status seorang teman dia FB awal minggu ini macam pernah terbacakan
(*-*)~~~Maha Suci Allah yang mendetikkan hati untuk membelek kembali nasihat LuqmanulHakim hari ini.AllahuAkbar!

Kalau ada kekeliruan,harap dikongsikan, dapat kita sama-sama bincangkan. InsyaAllah.

Sekian untuk kali ini.
Jazakallah.

p/s:Maaf,kalau ada yang ternanti-nanti penulisan tentang HATI,tertangguh lagi.

5 comments:

Anonymous said...

satu pesan yang aku pernah dengar; dan aku suka panjangkan
"apa yang kita belanjakan itu adalah hak kita, dan apa yang kita simpan itu belum tentu lagi milik kita. Mana tau dicuri orang atau apa kan, sedangkan sedekah dan belanja pada makruf itu sudah jadi saham kita di akhirat"

dan untuk no 18, :).

dan untuk 15; aku sendiri terbeban dengan kayu-kayu bakar ini. aduh... :(

dan sampan TAKWA...

terima kasih Anum.
aku dah banyak terpandang ilmiah sebegini, dan menerima forward email sebegini, tapi aku jarang baca; sampai la sekarang.
Syukur alhamdulillah

semuanya seperti satu pesan untuk aku; untuk kita semua kan.
dan memangnya pun satu pesan untuk kita semua.
Subhanallah....

Terima kasih ya anum

norfaridahanum said...

ini semudah2 perkara yang aq boleh lakukan AJ.jadi tidak perlu berterimakasih di situ.

AJ,aq juga senyum pada nombor yang sama.oh 18!=)ttg kayu-kayu bakar itu aq sgt faham AJ...aq x tahu kondisi kau,tp dalam detik hati,aku masih rasa sangsi.aku tak mahu menjadi yg no19 nanti =((((

sampan TAKWA itu indah sekali bukan? bagaimana kalau aq tukar jadi bahtera yang sauhnya iman,kemudinya ihsan,layarnya islam berkibaran?hikhikhik.suka saja mencipta2 sendiri.

oh,aq terima emel kamu.lewat petang nnt aku balaskan ya?
sekalisekala ko pggl nama aq tanpa Dr. di depannya,buat aq senyum sendiri.

AJ,yang pertama dan utama itu NIAT di hati.[nanti ku tulis tentang hadis 40 pula ye]

ms. mac said...

nice anum! thanks for this reminder! i'll try to post sumthing like this someday! thanks anum!!!

NAZ said...

no no ni tak boleh bundar kan ke? hahaha saya tak janji tapi saya cuba yang terbaik :)

norfaridahanum said...

=))) fa..sama2 lah kita ok.takkan asyik makan je sama2 kan?haha

naz,i fhm.25 nih byk.slow2.hadam sikit2 ye.