Assalamulaikum...
Lama sudah aku tak menitipkan butir-butir indah dari Al-Quran mahupun Hadith untuk santapan rohani kita semua. Untuk kali pertama setelah lebih sebulan Jurnal Jumaat tak ke udara ini[eceyh,bajet macam pop je], aku kongsikan sabda Rasulullah yang mungkin dah ramai yang dah biasa dengar. Cumanya, mungkin kali ini akan lebih terkesan di jiwa.InsyaAllah.
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap begitu.
Sahabat bertanya, "di mana mereka itu?"
Baginda menjawab, "Mereka berada di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya"
Tiadalah apa yang keluar dari mulut Rasulullah itu melainkan yang benar-benar belaka.
KITA SENDIRI LIHAT.
Mungkin kita tidak akan pernah mampu jadi setegas mereka,mungkin antara kita tidak akan ada peluang untuk menghampiri Al-Aqsa,tapi moga-moga doa-doa kita bakal jadi sokongan belakang penguat semangat mereka untuk terus berjihad di jalan Allah.InsyaAllah.Merka terus berjihad.Kita terus berdoa. Terus memboikot. Terus kedengaran bersuara membela. Percayalah,biar tampak kecil,tampak sedikit. Keikhlasan itu yang dinilai oleh Allah.
Replika MasjidilAqsa di Taman Tamadun Islam.Gambar diambil sekitar 2008. Masa aku pergi tu baru-baru sangat buka.Banyak yang tak lengkap.Oh,yang baju oren itu Ayah!!!
Ingat lagi kisah seekor burung yang berulang-alik membawa titisan air di paruhnya semasa Nabi Ibrahim dibakar Namrud? Dan bilamana hidupan lain bertanyakan apakah ia tak sedar usahanya sia-sia? Lantas ia menjawab, "sekurang-kurangnya nanti bila disoal Allah,aku boleh menjawab yang aku telahpun berusaha membantu"
**************************************
Tiba-tiba aku teringatkan zaman budak-budak sekolah dulu. Aku selalu jadi wakil sekolah untuk pertandingan bercerita. Dan Kisah Nabi Ibrahim&Raja Namrud memang kisah yang paling aku suka untuk persembahkan.Aku masih ingat bait-bait pembukaan cerita itu..
*Syair
NABI IBRAHIM,PUTERANYA AZAR,
LAHIR DI FADDAM,DALAM KERAJAAN BABYLON
DIBUANG KE HUTAN,SEDARI KECIL,
UNTUK MENGHINDARKAN KEZALIMAN NAMRUD
Nabi Ibrahim a.s adalah putera kepada Azar,iaitu seorang tukang membuat patung-patung untuk disembah. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di tengah-tengah masyarakat yang penuh dengan kekufuran.....[aku masih ingat intonasinya!kelakarlah!senyum meleret aku tulis tentang ini]
Dan kalau dah memang Pertandingan Bercerita Kisah-kisah Al-Quran,kenalah selit ayat Al-Quran kan? Dan untuk kisah Nabi Ibrahim ini,kalau tak silap aku, ayat 69,Surah Al-Anbiya, firman Allah yang berbunyi,
"Qulnayana rukuni bardan wasalaman ala Ibrahim"
[Wahai api,hendaklah engkau dingin dan selamatkanlah Ibrahim]
Ini cuma satu perkongsian..Aku pohon Ya Allah,kau singkirkan dan jauhkanlah sebarang rasa riak dan takbur dari hati-hati kami.
Kalau ada yang mahu berkongsi apa-apa yang kedapatan dari penulisan kali ini,Alhamdulillah. Silakanlah. Aku tak melarang. Apa lagi mengambil kredit.Tiada istilah hakcipta dalam Islam. Semua ini milik Allah jua.
Thanks to Ku Azzuanith Ku Azmi for posting the prophet's word in her blog.
Jurnal Jumaat akan kembali rancak.InsyaAllah.
Wallahua'lam.Wassalam.
13 comments:
yeahhh ustazah dah sambung siaran, sekurang kurang nya menambah ilmu islam i ni ha :) eh free kan? haha
:)
bagus2.. akak pun belajar dr blog awak :)
terima kasih anum :)
tapi kak, itu bukan replika masjid alAqsa....
ye naz, free la jugak.ujung minggu sok lag free.nk ajar psl layout blog kan??
xde r kak zimah,akak lagik hebat =)
hanafi,eyh silap ek?actually smlm belek2 gmbr lama..x sure sgt.tp rasenye yang ini yg plg sama dgn Al-Aqsa.mungkin sy silap.maaf.n thanks 4 d info.habis,yang ini ape pulak ek?
anum, is that masjidil aqsa? qubbatus sakhra/ dome of rock? yg selalu misjudged as masjidil aqsa (on purpose,of course by the zionis) so orang tak tau rupa sebenar masjidil aqsa (yg diorang tengah try nk robohkan-_-")
xsilap, masjidil aqsa bentuknya segiempat tepat.hoho~
http://ntvirus.files.wordpress.com/2008/07/do_rock_m_aqsa.jpg
masjidil aqsa *or qubbatussakhra
feel free to not approve this.hee:P
fana,sekadar yg aq tau,al-aqsa & dome of the rock sama kan?kubah emas cmtuh...nabi israk ke situ n then mikraj ke langit.n ada batu yang tergantung sbb nk ikut nabi mikraj..errr?sbb kat taman tamadun islam tuh mmg siap ade replika batu tuh skalik.
sudilah kiranya kalau yang salah diperbetulkan.=)
heee
xyh la credit bwh tu!
=p
paper pn, ur version is way better!
=]
emm..actually link yg en ummufurqan bg tu btul la..die de dome gak.cume kcil+bkn wrne gold..kalo dlm pic tu bhgn knan gmbr skali..kcik je dome die..thanx for the penyuluhan..
xpe,itu tandanya menghargai ilmu yang diperkongsikan=) xyah nk banding2,anith punya LAGIII COMEYYYLL...HAHAHA!
aq pnah dgr zionis mmg ade wat sumting yg niat dia ialah untuk bg kita keliru.but i though this is what yg plg btul lah.in fact,ceramah terbaru kat sinih,bg gmbaran al-aqsa pun cmnih gak.hai la...zionis laknatullah.thanks sbb share kan ilmu yg bermanfaat tuh. semoga Allah merahmati u both,BABES!!
eh eh.. tapi anum is not entirely wrong kot. anum tulis "replika masjidil aqsa kat taman tamadun islam" (ke awak dah edit ni?)
kat TTI mmg dia tulis tu masjidil aqsa which is not. hurm. kena hantar surat kat TTI ni.
x..x edit pun.but still,salah tanggapan tuh dh tersebar.=(
anum pun tgh pikir bnda yang sama.jom tulis surat!akak pernah g sana kan?mmg dia tulis al-aqsa kan?ke anum yg silap..
akak x ingat dia tulis apa.
tapi x silap akak mmg ye, dia tulis masjidil aqsa.
Post a Comment