Ini sebuah kisah sebuah kehidupan.
Ada nyawa yang hidup dalam penjara halusinasi. Dindingnya trauma yang bukan ilusi. Nyawa yang mendiami di situ dikisahkan punya jiwa ampuh. Kekuatan yang terilham dari rotan-rotan liar. Biar ke seluruh ruang udara liuk lentur melintar dipukul hebat angin selatan. Diikutkan saja rentak dunia naskhah tulisanNYA. Sesekali jugalah dia mencium bumi, menyisir debu-debu, mencuri sedikit nutrisi padu.Selagi daunan tertulis “ajal” di LohMahfudz belum gugur khas untuknya, selagi itu akan diraih sisa tenaga. Hidup masih perlu dipacu. Walau penghabisannya samar-samar kelabu.
Benaknya hanya ada Ibu dan Ayah. Doa mereka umpama permata dari lautan terdalam tak bisa terselam. Melunaskan harapan keduanya bagai menambah anak tangga ke syurga. Ada lima manusia yang sentiasa jadi mainan di bibir.Katanya, “walau kami tumbuh dalam kantung yang sama,mereka yang lima itu lebih perwira.” Titik tangis mereka jatuh padanya umpama butir peluru. Hilai tawa mereka bagai penawar tak ternilai.Pada jiwanya,ada cinta. Yang masih diasuh supaya jatuhnya langsung tidak jauh pada landasan Yang Esa.
Apa saja yang berlaku, biarlah berlalu. Sejarah tak akan pernah dibiarkan menjarah sisa dirinya yang indah. Iblis tak akan dibenarkan menjaja hamis pada setiap kali desis. Dan pada Al-Qudus akan sentiasa dia berserah terus.
Inilah kisahnya. Itulah hidupnya. Dan dia masih bernyawa dalam drama pementasan dunia. Tapi yang nyata ini bukan sandiwara.
Kata orang, dia bukan calang-calang. Kata dia, “aku juga orang.”
Menulis dari ruang kamar,
070610
Idea untuk menulis banyak terhasil rentetan perbualan dengan seorang teman yang istimewa. SSSHHHH,sila fahamkan semula. Kalau kau kenali dia,kau pun akan kata dia seorang yang istimewa. Jadi,kredit penulisan kali ini dikongsi sama anda,ya orang tua!(*-*)~~~weeeee
14 comments:
brkerut dahi nk paham entry nih.tp satu yg sy konfem fhm, teman yg istimewa tuh x sama dgn teman istimewa kn?kire still ade chance la sy ni kan?
norfa:)
lama tak merasa ayat ayat kebabom u.walau kami tumbuh dalam kantung yang sama,mereka yang lima itu lebih perwira. awww cun ni
siapa dia ek? i kira family u punya sibling kat fb pun lima kalau tolak u lah ahaha.
orang kata cubit peha kanan kiri terasa. tapi i rasa kiri tak rasa apa apa pun. jadi cuma kita yang tahu. orang selalu berkejar, takut jika kalah jadi abu, menang menjadi arang,jika seri jadi apa? masih sama api memang di cipta membakar. kita tak boleh ubah. orang sering kata manusia semua sama sedangkan mereka punya kelebihan dan kekurangan masing2 walau cuba di ubah. eh sejarah di ingat bila senang nanti bukan ketika susah hati:)
jika orang hebat macam u kata dia bukan calang, apakan lagi orang sesat macam i ni ha.
AWAK,
jawapan utk soklan pertama, ya betullah pemahaman awk tuh dr segi bahasanya,praktikalnya kita x tahulah kan =pppp
jawapan utk soklan kedua,"TINGTONG, sila ke kaunter no 3 untuk mengisi borang permohonan" hahahahah.
NAK KENA KETUK KE KAWAN???
NAZ,i pun rasa jugak sunyi bila lama x menulis camnih..thanks=)
siapa dia biarlah rahsia kan..biar rahsia itu jadi milik dia,Allah,lima beradiknya,dan err..cintanya?itu i x pasti.hahaha!
i tak hebat naz,i pun orang jugak! macam u..[cuma tangan i still intact,x patah2 mcm u.opppssss!]
tapi,sejarah ttp sejarah lah kan?
*batuk*
*batuk*
*dan batuk lagi*
sy sdg menggunakan imaginasi sy utk mengetahui siapa org itu..:P
p/s : akak terbaca LohMahfidz.. tesedak kejap...hahaha
=)
terbaik!nasib bek de ayat2 pnyejuk mate aku nih..kalo tak,tade mood aku lg mlm ni nk study..thank u sayang!
p/s:lupe nk gtau kt ats,aku tau post ni bkn psal aku.obviously,haha!tapi aku miss ko ngn beautiful words ko.nampak ko bermadah cmni rase cm tnang cket bace plus terbangkit semangat nk trus bjuang..huhu..aihhh..aku plak nk brmadah..da..da..chow dlu..
hahahaha..baca komen kak zimah,gelak guling2..hahahahahaha. ANUM!!!!!!GAMBATE!!!!
kakzimah,nk codeine?huhuhu!
tp mcm hawa ckp,gelak goleng2 bc komen akak!!boleh plak bc as mahfidz????toink!nway hawa,akn ku usaha.dramaje slalu aq nih.
apis =) hugs~
lola syg,r u ok?y lately sgt stress nih.igt nk ym,but ini time2 getir utk bdak2 indon kn?OSCE kn skang?all d best.ape2 pun jd,ingat,ur main responsibility is still as His servants,a child 2 ur parents n amanah rakyat=)))) nnt kalo kawin ngan kudin tukarlahhh.hhuhuu
ni haaaaa...gua mengintai dr tirai kamar
hihihhh
hahahha!niyang rapik ke ape?
dracula ler...
international ler cket...
ape da
anum..wow..
dah lama x baca ayat2 yang indah =)..
kagum..bila baca ayat2 ko..rasa mcm dunia ni indah =P
-adi syukri (x knal ak x taw lerw)-
frozen: haha.ape lu igt lu sedara edward cullen?
adisyukrimdyusoff =) amik ko name pnuh aq taruh..hahaha!gedik lah,indah x semenggah adelah..dh lama x menulis adie.dh berkarat dah=(
Post a Comment