Saturday, July 31, 2010

I'm losing them

I'm no good in writings,though many of you said so.Thank you,nevertheless.

My sketches are worse than a kindergarten child. Screw it. I never care.

Never will I stop, because only to these two things, I find my heart pours out all its sweetness and bitterness.

All.

Without any doubts or pause.

But I'm losing them. And it scares me to hell.



A loner like me,can't afford this. Seriously.

Friday, July 30, 2010

Siri 14 : Mari Solat

Assalamualaikum.
Hari ini kita pergi kepada perkara asas yang mudah-mudah saja sampai ramai yang ambil mudah.

RUKUN SOLAT!

1- Niat
2- Berdiri tegak menghadap kiblat
3- Takbiratul-ihram
4- Membaca surah Al-Fatihah
5- Rukuk dan tamakninah
6- I'tidal dan tamakninah
7- Dua kali Sujud dan tamakninah
8- Duduk antara dua sujud dan tamakninah
9- Duduk tahiyat akhir
10-Membaca tahiyat akhir
11-Mengucapkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w
12-Memberi salam
13-Tertib

Ayuh bersolat!

Sunday, July 25, 2010

< 212 > Suara Hati

Aku tak buntu..aku tak keliru..cuma aku jadi celaru bagaimana kataku harus diluncur tuju.Aku jadi tak menentu bila ada yang mengambil berat tentang seorang aku. Walau tanpa pernah ketemu.

Jadi setiap kali jemari mahu menari,serentak itulah ianya mati.Mungkin ada baiknya aku menyepi.
Eh,janganlah berjauh hati. Jangan juga menyalah tanggapi.Hadir setiap dari kamu aku hargai.Tunggulah,esok-esok aku kembali.

Gerome,Kapadokya,Turki-2009

Aku gembira punya kamu semua untuk berkongsi rasa.

Monday, July 19, 2010

< 211 > Forensic Psychiatry

First class of Forensic Psychiatry. As usual,when it's an introduction class, you will have lots of new words with their exact textbook/World Health Organisation/Indian Penal Code definition to be memorized. Each and every single word. One word you forget,half marks gone.toink!

And I am interested with HALLUCINATION

HALLUCINATION - in forensic psychiatry, this term refers to disorder of perception. It's a false sensory perception without any real external stimulus. The stimulus could be AUDITORY, VISUAL, olfactory, gustatory and tactile.

Oh...so,the anak kecil I mentioned in the previous post was having hallucination.Or shall I say, is having hallucination?????

Thursday, July 15, 2010

< 210 > Catatan Saat Hujan

Mama & Ayah selalu pesan,kalau gembira jangan melampau-lampau sangat. Nanti tak lama sedihnya berganda.

Pesan ini terdetak di hati saat aku melangkah keluar dari Maharaja Residency tadi. Sengaja pergi ketemu teman saing menyampai siap cupcakes cubaan pertama seumur hidup aku.Nak nak pula rasanya menjadi. Lantas memang banyak usik hilai tawa yang aku gemilangkan hingga ada yang berkata sudah lama aku tak kelihatan sebegitu riang. Mulalah mereka mengorek pada cerita-cerita hati. Ditepis aku dengan lawak basi, dan mengada-ngada melarikan diri.HAHAHAHAHAHA!

Tapi....kini aku sendiri di rumah yang memayung aku dari basah kuyup hujan, yang melindung aku dari gempita guruh di luar. Dan tiba-tiba sayu...Ah!semula..monolog hati bermain lagi.....

Aku tak pernah benci hujan. Ia nikmat Tuhan. Cuma ada masanya,aku rasakan bagai ada tangis sendu yang berlagu seiringan titik-titik hujan menghunus jalanan.
Namun tangisnya tak dapat kedengaran,kasihan kamu anak kecil.

Aku tak pernah benci guruh. Walaupun dengung boleh buat jantung mahu luruh. Dan aku rasakan bagai ada jerit pekik yang mengaduh tapi tenggelam nyaringnya dek dentuman yang menggegar sungguh.Sudahnya,anak kecil ditinggalkan mengeluh.

Dan dalam hujan guruh malam ini,walau seluruh tubuhku dibungkus kejap,telingaku menangkap rintih anak kecil yang walang mempersoalkan takdirnya yang malang...Dan dalam hujan guruh malam ini,walau mataku dikatup kunci,aku melihat anak kecil itu seperti menyampaikan sesuatu kepada pemilik guruh hujan langit dan bumi. Makin kelam aku dalam pejam,makin kuat baris-baris tulisan itu menari ligat.

YaAllah,padamu aku menulis lagi.Aku masih yakin Kau Sami'an dan Basiran. Dan tidak lagi aku mahu persoalkan kenapa semuanya jadi berulang kali.Aku sudah tidak mahu menangisi malang ini. Jadi di sini aku mohon sekali, kalau nanti Kau takdirkan sengsara aku tiada yang dampingi,takut aku ini tiada yang sudi temani,beban jiwa ini tiada yang mahu fahami,seorang aku ini tiada langsung pandangan suci murni,aku cuma mohon jauhkan aku dari menjadi pembenci. Ajarkanlah redha pada sendiri aku ini..dan Kau pinjamkanlah pada aku ketabahan Ulul-Azmi.Dan akan aku pulangkan padaMu syukur tanpa henti.




Terima kasih anak kecil....aku masih mendengar kamu.Apakah kamu sedang tersenyum melihat aku?

merengkok terperosok di suatu ceruk,
Lobo Prabhu Court
16/07/2010

Sunday, July 11, 2010

< 209 > Kalaulah

Kalaulah...

Kalaulah malang itu berbau,mungkin dah lama dah ia berbau macam bau lecah air depan gerai air depan rumah aku ini.



Atau bau masak gulai lemak nangka, sebab memang dah macam nangka busuk aku jatuh!


Terbaik je aku jatuh kau tahu!Masa nak lintas jalan pula tu. Jalan depan kolej waktu tengah hari rambang sudahlah banyak kenderaan lalu. Yang pasti,sempat lagilah aku menyilangkan kaki waktu jatuh dah terbaring tu.TOINK!Gila kau tahu.Kaki dah nak naik ke langit dah kot.Sudahlah pakai baju kurung. Tuhan saja yang tahu. Adeh!

Tapi masa nak bangun tu,sempat lagi menggeliat kiri kanan dan bila dah pasti tulang belakang masih di kedudukan asal,baru bina keyakinan untuk bangun semula. Oh,siap boleh balik rumah,mandi,tukar baju lain dan gigih pergi kelas semula okay!Lebih awal dari pensyarah tu.

Jadi pengajaran dari cerita ini ialah
1)kalau nak sewa rumah, silalah yang dekat dengan kolej. Jarak 2 minit jalan kaki memang heaven-lah!

2)Sila bergerak awal ke kelas.Kalau jadi perkara-perkara macam ni,kau masih boleh bertindak pantas dan pastikan diri hadir ke kelas juga.EhemEhemEhem.Pelajar contoh kan aku nih?HAHAHAHAHA!Padahal kelas petang itu macam compulsory attendance la jugak sebab semester lepas aku banyak ponteng Pathology.TOINK!

3)JANGAN sediakan payung sebelum hujan,semasa hujan,selepas hujan.Kejadah semua tu! Bila kena pegang payung sebelah tangan ni,macam hilang keseimbangan la aku rasa.

4)Sandal cap apapun,kalau dah 2 tahun usia,bawak-bawaklah tukar ye.

Sebenarnya,kisah ini berlaku Selasa lalu.Inipun sebab Mimi nak tengok sangat rupa keadaan lab coat aku.Nasib baik aku blogger sejati. Sempat snap gambar siap! Dan nak jadi cerita Mimi pula yang jatuh depan Bharath Mall tadi.Lagi mantap tu.Bharath Mall hari ahad yang tak hujan ni,memang tak terbayanglah berjuta manusianya kan?Kau memang terbaiklah Mi..HAHAHA.Aku tahu kau baca ni.TEEEETTT!

Friday, July 09, 2010

Siri 13: Sahabat Syaitan

Dengan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum..hari ini kita bercerita secara santai dan ringkas sahaja ya.Nota ini aku ketemukan dalam Facebook seorang teman. Nah,aku kongsikan.Mendalam,tersirat dan tajam pengertiannya....

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu Subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, “Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!”

Begitu juga ketika waktu Zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, ” Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”

Ketika waktu Asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam……

Kemudian ketika datang waktunya Maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat IsyaK, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, “Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !”

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, “Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?”.

“Aku takut !”, jawab syaitan dengan suara gementar.

“Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada “Adam”, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !”, kata syaitan sambil beredar pergi.

Ada berani untuk jadi lebih hebat dari syaitan?Na'uzubillah..

Tuesday, July 06, 2010

< 208 > Sejarah dalam Darah

Aku bukanlah datang dari keluarga yang latar belakang pendidikan agamanya setinggi ijazah sarjana muda mahupun jauhnya hingga ke Mesir. Tapi alhamdulillah, seawal-awal usia muda@usia sebelum kenal dunia nyata@sudah mumayiz tapi belum baligh@usia belum punya nafsu nafsi pada segenap isi duniawi, aku memang dekat dengan surau.

Mama datang dari keluarga yang "agak" elit, atau mungkin kawasan yang didiami keluarga Mama itu yang elit.Entah! Arwah Tok Wan seorang cikgu lulusan Kirby Teacher Training College,UK mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar [MCKK] sebelum menjawat jawatan Guru Besar pertama SMK Bukit Merchu,KK.Hingga kini,perpustakaan sekolah itu dinamakan Perpustakaan Yusof Razak. Berpuluh tahun di MCKK,banyak tokoh yang dilahirkan. Anwar Ibrahim memang anak murid kesayangan dia. Arwah Tok Wan dan Pak Chak sempat bertemu Allahyarham Tan Sri Yahya malam sebelum pesawat malang Nuri itu terhempas.Siapa lagi...oh,Tan Sri Osu Sukam,kalau tak silap akulah.Senangkan cerita, Mama membesar sebagai Melayu Moden untuk zaman itu.Keluarga yang sangat menitik beratkan ilmu akademik. Arwah Tok Wan wajibkan sekurang-kurangnya ada diploma. Belajarlah makcik pakcik aku, dan juga Mama setinggi dan sejauh yang boleh terbang.

Tapi syukur lagi aku kepada Allah, moden-moden kami tak lari dari Islam sebab Tok Ajah seorang guru agama.Lembut tapi cekal tabahnya ada.Di hari pengekebumian arwah Tok Wan,Tok Ajah seorang saja yang tak aku nampak menitiskan air mata. Sebaliknya,dialah yang menjadi pemujuk setia anak cucunya.Dan aku menganggap tabahnya wanita tua itu terbina sejak zaman Jepun. Sejak rambutnya dipotong pendek,dipakaikan seluar pendek menyerupai lelaki. Sejak dihantar duduk di hutan berbulan-bulan. Sejak keluarga Cina itu memilih untuk keluar dari daerah Trong,Siam.Ini latar belakang yang mencorak Mama,kemudian aku.

Arwah Tok Wan pergi bersama rahsia keturunan kami dari bumi Pakistan. Tapi telah arwah pastikan anak-anak lelakinya mempelajari ilmu persilatan. Saudara-mara yang mampu dijejak ramai yang bermastautin di Singapura.oh,kenal Ferhad? Abaikan..yang pasti,yang masih aku usaha untuk genggam kemas,tak mahu terlepas,ada dua pesan arwah...1.Jangan tinggal sembahyang.Sekalipun jangan! 2.Jangan tinggikan suara pada Mak kamu.Sikitpun jangan! Terima kasih tak terhingga untuk semua ini.

Cerita Ayah pula.

Ayah bukan Tok Bilal, apalagi Tok Imam. Kalau Tok Siak,memang ya. Antara orang terawal yang sampai ke surau,dan yang terakhir meninggalkannya. Dan aku suka terheret sama. Kemas meja, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah usai tarawikh di bulan Ramadhan. Aku rasalah sikap ayah itu mungkin disebabkan surau di kampung di Chemor jauhnya hanya 20 tapak dari rumah arwah Atok.Ayah mungkin dah disemai dari kecil sikap mendekati surau&masjid dan kemudiannya diperpanjangkan kepada anak keturunannya.Kalau tidak kerana ayah Tok Siak,mungkin sampai sekarang aku tak betah untuk bertadarrus di bulan Ramadhan, mungkin aku masih kekok untuk Dhuha, mungkin aku masih janggal untuk berbicara pada makcik pakcik yang lebih tua, mungkin sekarang Ayah tak perlu pening bila Pak Cik Radhi atau Pak Cik Yusni ber"tanya"kan tentang aku HAHAHAHAHA.Terima kasih Ayah.

Sini Anum bagitahu apa yang arwah Atok cakap pasal Ayah. Masa tu,Anum umur dalam 4-9 tahun,Anum selalu duduk kampung tolong Atok angkut getah sekerap, pergi kebun seberang sungai, kukur(?) kelapa, tabur dedak bagi ayam makan.Atok seronok Anum duduk kampung, tapi dia pesan-pesan jugak..perbualan dia lebih kurang macam ini.[Sedikit unsur Drama Melayu tapi isi penting tak berubah ye]

Atok :Atok bukan apa tapi kamu selalu sangat duduk kampung ni
Aku :Atok tak suka ke?
Atok :Bukanlah macam tu..Cuti sekolah ni kena juga mengaji[baca buku]. Belajar kena sampai tinggi-tinggi.
Aku :Senang je lah Atok semua tu. Anum selalu dapat nombor satu je. [Ok,abaikan ayat nih boleh?Masa tu ustaz tak ajar lagi pasal sifat mazmumah=p]
Atok :Habis mak kamu kat rumah tu siapa pulak nolongnye [tolong dia]?
Aku :Biarlah...mama dengan ayah garang...
Atok :Garang deme [mereka] tu sebab sayang.
Aku :Ala..ayah tu bukannya dulu tak pernah jahat-jahat. Ayah dulu macam mana Atok?
Atok :Ayah kamu tu..(senyum.senyum yang sebijik macam Ariz!)Ayah kamu tu lah yang paling senang nak dijaga.Ikut kata selalu. Tak banyak hal..Memang belajar dia tak tinggi.Sampai Tingkat Tiga je,itupun sebab awal dah sakit teruk.. Tapi bila aku suruh dia menoreh,dia menoreh.Aku suruh menyawah[bersawah],dia menyawah.Rajin budaknya tu.Nangkap ikan, nembak tupai,masuk hutan menjerat pun reti.Serba serbi dia tahu.
Aku :errrr....(dalam hati aku kata,satu hari Ayah kena tahu ni)


Jadi,setelah 12 tahun,baru hari ini Anum dapat bagitahu Ayah,walaupun secara bertulis sahaja...Oh,Ayah memang peminat nombor satu blog aku,cuma tak reti nak komen je sebab Mama tak ajar lagi katanya.TOINK!Dan Ayah juga tahu,aku anak yang punya memori paling jitu,tak gitu Ayah?hahahaha.Jadi,dialog di atas mustahillah palsu.

Susur galur sebelah Ayah..panjang lebar kalau mahu diceritakan.Kami asalnya berketurunan Megat..cuma bila sampai kepada nenek kepada ayah aku,Puteri Bee namanya,beliau memilih pasangan yang bukan dari keturunan Megat. Maka hilanglah nama Puteri di pangkal nama aku.Kalau tak,Puteri Norfaridahanum lah...ngeeeeee~ TOINK!Megat yang mana,biarlah rahsia walaupun meminjam kata-kata dari blog Pak Cu Sudin "I have the right to brag!"
esok-esok aku khabarkan. Mungkin masa Tiara Jacquelina nak buat persembahan teater pasal atuk atuk atuk atuk aku ke.Setahu aku,P.Ramlee saja yang pernah memfilemkan kisah atuk atuk atuk atuk aku ni. Apapun,terima kasih juga untuk semua ini.

Yang ulungnya, terima kasih Allah kerana membenarkan aku merasa cebis-cebis mereka ini mengalir laju dalam pembuluh darahku. Tidak banyak,sedikit ada tempiasnya yang meresap ke jiwa dan minda lantas menjadikan aku,seorang aku.



Sudah lama aku tak menulis sepanjang ini. Sedangkan asalnya,fikiran ini lalut saat mendengar khabar tentang Opah Salasiah yang telah kembali ke rahmatullah pagi semalam. Ya,Opah Salasiah yang mengajar aku kenal alif ba ta.Yang sabar melatih lidah aku menyebut perkataan ALLAH.[mula-mula dulu aku sebut-AWWAH..]Yang tidak ragu memukul tanganku [dengan penunjuk lidi atau kalau nasib tak baik,rotan!] saat bacaanku melanggar tajwidnya. Yang kemudian mengasuh aku supaya lancar membaca kata-kata Allah sebelum aku dikerah kepada Ustazah Nafisah untuk melagukan tarannum.Yang mohon aku bemalam di rumahnya saat anak cucunya pergi liburan.Yang bila senyum gigi emasnya satu.Yang bilamana adanya aku kumandangkan

Al-Kahfi dan Yaasin di Malam Jumaat berselang-selang
atau As-Sajdah yang mengisi pagi Jumaatku
atau gemersik Al-Waqiah sebelum lena
atau bisik 3 ayat penutup Al-Hasyar setelah celik
atau "Tabarakallazi" sebagai permulaan hari baru

insyaAllah,ada peruntukan rahmah,barkah dan pahala untuknya.
TERIMA KASIH OPAH SALASIAH.

Al-Fatihah.

Aku rindu pada teman kanak-kanak dahulu.Yang saling berebut nak mengaji dahulu[balik awal boleh pergi padang permainan].Yang sama main rounders,main tuju selipar,bergalah panjang.Along,Angah,Syafiq. Kak Islawati,Kak Eda,Alif,Nabila. Joe,Alfi. Syazana,Syafiqah,Sakinah. Anin,Ina,Shima,Sheila. Wan Faiz,Wan Jihan. Amanda.Ada yang masih di perumahan yang sama.Ada yang ketemu semula di alam maya. Ada yang mengisi dada akhbar dan berita hiburan. Ada yang jadi senior Along di fakulti perubatan. Hidup memang pusingannya berbagai arah.Tapi tetap indah.

Tahniah untuk yang membaca hingga penghabisan.Terima kasih untuk anda juga.

Sunday, July 04, 2010

< 207 > Memoir 3 Julai



Hidup kita ni macam anak panah,kita dah ada sasaran dah, tempat-tempat sasaran tu. kita dah aim bagus sasaran tu.tapi bila ditiup angin,anak panah tu menyimpang jauh dari sasaran dia,lain yang kita nak.lain yang kita dapat.suka ke, tak suka ke,terpaksa kita terima.Walau apapun yg terjadi,hidup perlu diteruskan.

Hidup jangan cepat putus asa.hidup masih jauh lagi.walau apa jadi sekalipun,hidup mesti diteruskan.dan hidup mesti berani terima kenyataan.berani menghadapi baik ke,buruk ke,jalan terus,jangan toleh belakang.


Azam,dari filem Laila Isabella