Tuesday, July 06, 2010

< 208 > Sejarah dalam Darah

Aku bukanlah datang dari keluarga yang latar belakang pendidikan agamanya setinggi ijazah sarjana muda mahupun jauhnya hingga ke Mesir. Tapi alhamdulillah, seawal-awal usia muda@usia sebelum kenal dunia nyata@sudah mumayiz tapi belum baligh@usia belum punya nafsu nafsi pada segenap isi duniawi, aku memang dekat dengan surau.

Mama datang dari keluarga yang "agak" elit, atau mungkin kawasan yang didiami keluarga Mama itu yang elit.Entah! Arwah Tok Wan seorang cikgu lulusan Kirby Teacher Training College,UK mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar [MCKK] sebelum menjawat jawatan Guru Besar pertama SMK Bukit Merchu,KK.Hingga kini,perpustakaan sekolah itu dinamakan Perpustakaan Yusof Razak. Berpuluh tahun di MCKK,banyak tokoh yang dilahirkan. Anwar Ibrahim memang anak murid kesayangan dia. Arwah Tok Wan dan Pak Chak sempat bertemu Allahyarham Tan Sri Yahya malam sebelum pesawat malang Nuri itu terhempas.Siapa lagi...oh,Tan Sri Osu Sukam,kalau tak silap akulah.Senangkan cerita, Mama membesar sebagai Melayu Moden untuk zaman itu.Keluarga yang sangat menitik beratkan ilmu akademik. Arwah Tok Wan wajibkan sekurang-kurangnya ada diploma. Belajarlah makcik pakcik aku, dan juga Mama setinggi dan sejauh yang boleh terbang.

Tapi syukur lagi aku kepada Allah, moden-moden kami tak lari dari Islam sebab Tok Ajah seorang guru agama.Lembut tapi cekal tabahnya ada.Di hari pengekebumian arwah Tok Wan,Tok Ajah seorang saja yang tak aku nampak menitiskan air mata. Sebaliknya,dialah yang menjadi pemujuk setia anak cucunya.Dan aku menganggap tabahnya wanita tua itu terbina sejak zaman Jepun. Sejak rambutnya dipotong pendek,dipakaikan seluar pendek menyerupai lelaki. Sejak dihantar duduk di hutan berbulan-bulan. Sejak keluarga Cina itu memilih untuk keluar dari daerah Trong,Siam.Ini latar belakang yang mencorak Mama,kemudian aku.

Arwah Tok Wan pergi bersama rahsia keturunan kami dari bumi Pakistan. Tapi telah arwah pastikan anak-anak lelakinya mempelajari ilmu persilatan. Saudara-mara yang mampu dijejak ramai yang bermastautin di Singapura.oh,kenal Ferhad? Abaikan..yang pasti,yang masih aku usaha untuk genggam kemas,tak mahu terlepas,ada dua pesan arwah...1.Jangan tinggal sembahyang.Sekalipun jangan! 2.Jangan tinggikan suara pada Mak kamu.Sikitpun jangan! Terima kasih tak terhingga untuk semua ini.

Cerita Ayah pula.

Ayah bukan Tok Bilal, apalagi Tok Imam. Kalau Tok Siak,memang ya. Antara orang terawal yang sampai ke surau,dan yang terakhir meninggalkannya. Dan aku suka terheret sama. Kemas meja, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah usai tarawikh di bulan Ramadhan. Aku rasalah sikap ayah itu mungkin disebabkan surau di kampung di Chemor jauhnya hanya 20 tapak dari rumah arwah Atok.Ayah mungkin dah disemai dari kecil sikap mendekati surau&masjid dan kemudiannya diperpanjangkan kepada anak keturunannya.Kalau tidak kerana ayah Tok Siak,mungkin sampai sekarang aku tak betah untuk bertadarrus di bulan Ramadhan, mungkin aku masih kekok untuk Dhuha, mungkin aku masih janggal untuk berbicara pada makcik pakcik yang lebih tua, mungkin sekarang Ayah tak perlu pening bila Pak Cik Radhi atau Pak Cik Yusni ber"tanya"kan tentang aku HAHAHAHAHA.Terima kasih Ayah.

Sini Anum bagitahu apa yang arwah Atok cakap pasal Ayah. Masa tu,Anum umur dalam 4-9 tahun,Anum selalu duduk kampung tolong Atok angkut getah sekerap, pergi kebun seberang sungai, kukur(?) kelapa, tabur dedak bagi ayam makan.Atok seronok Anum duduk kampung, tapi dia pesan-pesan jugak..perbualan dia lebih kurang macam ini.[Sedikit unsur Drama Melayu tapi isi penting tak berubah ye]

Atok :Atok bukan apa tapi kamu selalu sangat duduk kampung ni
Aku :Atok tak suka ke?
Atok :Bukanlah macam tu..Cuti sekolah ni kena juga mengaji[baca buku]. Belajar kena sampai tinggi-tinggi.
Aku :Senang je lah Atok semua tu. Anum selalu dapat nombor satu je. [Ok,abaikan ayat nih boleh?Masa tu ustaz tak ajar lagi pasal sifat mazmumah=p]
Atok :Habis mak kamu kat rumah tu siapa pulak nolongnye [tolong dia]?
Aku :Biarlah...mama dengan ayah garang...
Atok :Garang deme [mereka] tu sebab sayang.
Aku :Ala..ayah tu bukannya dulu tak pernah jahat-jahat. Ayah dulu macam mana Atok?
Atok :Ayah kamu tu..(senyum.senyum yang sebijik macam Ariz!)Ayah kamu tu lah yang paling senang nak dijaga.Ikut kata selalu. Tak banyak hal..Memang belajar dia tak tinggi.Sampai Tingkat Tiga je,itupun sebab awal dah sakit teruk.. Tapi bila aku suruh dia menoreh,dia menoreh.Aku suruh menyawah[bersawah],dia menyawah.Rajin budaknya tu.Nangkap ikan, nembak tupai,masuk hutan menjerat pun reti.Serba serbi dia tahu.
Aku :errrr....(dalam hati aku kata,satu hari Ayah kena tahu ni)


Jadi,setelah 12 tahun,baru hari ini Anum dapat bagitahu Ayah,walaupun secara bertulis sahaja...Oh,Ayah memang peminat nombor satu blog aku,cuma tak reti nak komen je sebab Mama tak ajar lagi katanya.TOINK!Dan Ayah juga tahu,aku anak yang punya memori paling jitu,tak gitu Ayah?hahahaha.Jadi,dialog di atas mustahillah palsu.

Susur galur sebelah Ayah..panjang lebar kalau mahu diceritakan.Kami asalnya berketurunan Megat..cuma bila sampai kepada nenek kepada ayah aku,Puteri Bee namanya,beliau memilih pasangan yang bukan dari keturunan Megat. Maka hilanglah nama Puteri di pangkal nama aku.Kalau tak,Puteri Norfaridahanum lah...ngeeeeee~ TOINK!Megat yang mana,biarlah rahsia walaupun meminjam kata-kata dari blog Pak Cu Sudin "I have the right to brag!"
esok-esok aku khabarkan. Mungkin masa Tiara Jacquelina nak buat persembahan teater pasal atuk atuk atuk atuk aku ke.Setahu aku,P.Ramlee saja yang pernah memfilemkan kisah atuk atuk atuk atuk aku ni. Apapun,terima kasih juga untuk semua ini.

Yang ulungnya, terima kasih Allah kerana membenarkan aku merasa cebis-cebis mereka ini mengalir laju dalam pembuluh darahku. Tidak banyak,sedikit ada tempiasnya yang meresap ke jiwa dan minda lantas menjadikan aku,seorang aku.



Sudah lama aku tak menulis sepanjang ini. Sedangkan asalnya,fikiran ini lalut saat mendengar khabar tentang Opah Salasiah yang telah kembali ke rahmatullah pagi semalam. Ya,Opah Salasiah yang mengajar aku kenal alif ba ta.Yang sabar melatih lidah aku menyebut perkataan ALLAH.[mula-mula dulu aku sebut-AWWAH..]Yang tidak ragu memukul tanganku [dengan penunjuk lidi atau kalau nasib tak baik,rotan!] saat bacaanku melanggar tajwidnya. Yang kemudian mengasuh aku supaya lancar membaca kata-kata Allah sebelum aku dikerah kepada Ustazah Nafisah untuk melagukan tarannum.Yang mohon aku bemalam di rumahnya saat anak cucunya pergi liburan.Yang bila senyum gigi emasnya satu.Yang bilamana adanya aku kumandangkan

Al-Kahfi dan Yaasin di Malam Jumaat berselang-selang
atau As-Sajdah yang mengisi pagi Jumaatku
atau gemersik Al-Waqiah sebelum lena
atau bisik 3 ayat penutup Al-Hasyar setelah celik
atau "Tabarakallazi" sebagai permulaan hari baru

insyaAllah,ada peruntukan rahmah,barkah dan pahala untuknya.
TERIMA KASIH OPAH SALASIAH.

Al-Fatihah.

Aku rindu pada teman kanak-kanak dahulu.Yang saling berebut nak mengaji dahulu[balik awal boleh pergi padang permainan].Yang sama main rounders,main tuju selipar,bergalah panjang.Along,Angah,Syafiq. Kak Islawati,Kak Eda,Alif,Nabila. Joe,Alfi. Syazana,Syafiqah,Sakinah. Anin,Ina,Shima,Sheila. Wan Faiz,Wan Jihan. Amanda.Ada yang masih di perumahan yang sama.Ada yang ketemu semula di alam maya. Ada yang mengisi dada akhbar dan berita hiburan. Ada yang jadi senior Along di fakulti perubatan. Hidup memang pusingannya berbagai arah.Tapi tetap indah.

Tahniah untuk yang membaca hingga penghabisan.Terima kasih untuk anda juga.

13 comments:

NAZ said...

hahaha! wah wah ada cerita keturunan yang menarik :) i pun ada belah bapa i juga. kalau tak nama i raja nazri tapi takpe lah biarkan rahsia :)

MomoN said...

terasa sgt kerdil diri ini berbanding dgn adik saya yg sorg ni :)
tapi saya bangga juga punya adik sebegini :)

anith said...

ok habes bace!
=p

zuldmn said...
This comment has been removed by the author.
mardhiah ismail (: said...

sangat bestt :)

hamzah ian said...

best2... gua bace sngt best

mardhiah ismail (: said...

hah , ni tajuk lagu tu.

you & i : ingrid michaelson. :))

honeem said...

ok dh abis bace. tp rasenya klu bnyk lg rahsia tbongkar mau bnjir dibuatnya. sedih n mis u

norfaridahanum said...

raja nazri raja kapoor..baik,i percaya=p


kak zimah,rasa kerdil itu wujud bila kita membanding2 sedang siapalah kita untuk membanding2 kan,bukan?saya senang ada kakak seperti akak juga=)


thanks anith =p



thanks mardhiah n ian..jemput kunjung lagik ye..mardhiah,lagu tuh catchy.suka!


mama,kenapa nak sedih pulak.terima saja semua itu sebagai anugerah. peluk cium dari anak manja Mama ni =) cepatlah ajar Ayah tulis komen macam mana.kalau tak dia dok bagi komen dalam fon je...tapi yg pasti,entri nih entri kedua yg berjaya buat Ayah nangis..hehee!

Unknown said...

kadang2 tu kite patut tadah tangan syukur. sebab lahir lahir dah ade orang azan atau iqamat kat tlinga kita kan.

norfaridahanum said...

kan!
cumanya sampai bila harus bersyukur dan berbangga dgn nikmat iman&islam kerana keturunan semata-mata???

farah_hanani said...

wah wah wah

seronok bace susur galur sejarah keluarga.

lupa nak tanya almarhum atok camane pak cu sudin masa kecik2 dulu.

kirim salam pak uda :)

norfaridahanum said...

kak long..ngehehehe!akhirnya,jumpa jugak blog bru nih kan?=)))))

al-fatihah untuk arwah atok