Sunday, July 11, 2010

< 209 > Kalaulah

Kalaulah...

Kalaulah malang itu berbau,mungkin dah lama dah ia berbau macam bau lecah air depan gerai air depan rumah aku ini.



Atau bau masak gulai lemak nangka, sebab memang dah macam nangka busuk aku jatuh!


Terbaik je aku jatuh kau tahu!Masa nak lintas jalan pula tu. Jalan depan kolej waktu tengah hari rambang sudahlah banyak kenderaan lalu. Yang pasti,sempat lagilah aku menyilangkan kaki waktu jatuh dah terbaring tu.TOINK!Gila kau tahu.Kaki dah nak naik ke langit dah kot.Sudahlah pakai baju kurung. Tuhan saja yang tahu. Adeh!

Tapi masa nak bangun tu,sempat lagi menggeliat kiri kanan dan bila dah pasti tulang belakang masih di kedudukan asal,baru bina keyakinan untuk bangun semula. Oh,siap boleh balik rumah,mandi,tukar baju lain dan gigih pergi kelas semula okay!Lebih awal dari pensyarah tu.

Jadi pengajaran dari cerita ini ialah
1)kalau nak sewa rumah, silalah yang dekat dengan kolej. Jarak 2 minit jalan kaki memang heaven-lah!

2)Sila bergerak awal ke kelas.Kalau jadi perkara-perkara macam ni,kau masih boleh bertindak pantas dan pastikan diri hadir ke kelas juga.EhemEhemEhem.Pelajar contoh kan aku nih?HAHAHAHAHA!Padahal kelas petang itu macam compulsory attendance la jugak sebab semester lepas aku banyak ponteng Pathology.TOINK!

3)JANGAN sediakan payung sebelum hujan,semasa hujan,selepas hujan.Kejadah semua tu! Bila kena pegang payung sebelah tangan ni,macam hilang keseimbangan la aku rasa.

4)Sandal cap apapun,kalau dah 2 tahun usia,bawak-bawaklah tukar ye.

Sebenarnya,kisah ini berlaku Selasa lalu.Inipun sebab Mimi nak tengok sangat rupa keadaan lab coat aku.Nasib baik aku blogger sejati. Sempat snap gambar siap! Dan nak jadi cerita Mimi pula yang jatuh depan Bharath Mall tadi.Lagi mantap tu.Bharath Mall hari ahad yang tak hujan ni,memang tak terbayanglah berjuta manusianya kan?Kau memang terbaiklah Mi..HAHAHA.Aku tahu kau baca ni.TEEEETTT!

6 comments:

MomoN said...

hahahahahahaha... akhirnya!!
"Sila bergerak awal ke kelas" eleh padahal nk g minum jus dulu kan? :P

norfaridahanum said...

ala kak...itu niat tambahan je..niat utama masih, MAJU KE KELAS!hahaha.

hamzah ian said...

lor.. sian lak gua bace ni..
tapi kalo gua tengok lu jatuh mesti gelak gile2.. hahahaha

NAZ said...

tu dia norfa yang comel jatuh ya. hahaha di mana bumi u pijak di situ juga langit u nak junjung kan hahaha

Siti Syazwan said...

la...awak jatuh ke?cian sy tgk. bsh kottt:))hahahaahah.mst comel gila u ms u jatuh!

norfaridahanum said...

ian,terima kasih kerana kasihan.haha =)

naz,terima kasih kerana kata i comel.huhu=)

wan,terima kasih kerana kata i gila.TOINK? =P