Tuesday, August 31, 2010

< 218 > Momen Merdeka

Menjelang tarikh 31 0gos 2010, saat seluruh pelusuk Malaysia diisytiharkan cuti umum, aku di bumi India sambut juga. Merdeka yang berbagai-bagai..

MERDEKA dari Orthopedics..end-posting tadi Alhamdulillah berjalan lancar.Tapi sayang nak tinggalkan Unit C Wenlock. Cikgu-cikgu semua best dan mendorong rasa rajin nak belajar juga sebulan ini. Kalau cikgu cengil tak tentu pasal, memang aku dah bo-layan. Anyway, now I'm saying hello to psychiatry!

MERDEKA dari autopsy@bedah siasat. Cukup 10 bedah siasat aku dah saksikan sepanjang tahun kedua pengajian ini. Yeay!Tapi masih tak boleh lupa mayat lelaki yang gantung diri dan mayatnya hanya ditemui 2 minggu kemudian..dan mayat surirumahtangga yang kena bakar dengan suami sendiri.Okay..okay..I'll stop talking about that

MERDEKA dari err....puasa? Biasalah tu..My sex chromosome is XX. Hehe!RAYA!RAYA!lol!

mari gelak beramai-ramai dengan muka seposen aku ni.HAHA!

SALAM HARI KEMERDEKAAN...Untuk golongan yang pentingkan diri dan suka saja bangkitkan isu-isu panas secara keterlaluan,hentikanlah usaha tak berfaedah tu woiiii!

P/S: Yang bercita-cita nak tengok muka aku di Salam Perantauan, itu macam tidak akan berlaku saja.HEH=p

4 comments:

hanafijaafar said...

hantar la salam perantau kat harakah, huhuhu...

naz said...

norfa. u nampak kurus dalam gambar hhaha teruskan momentum itu

hamzah ian said...

oyeah,... nice

Anonymous said...

Merdeka dari hati lara?
Merdeka dari kusut jiwa?
Merdeka dari bimbang tugas?

ah.
takkan dapat bebas semua kan?

tapi; kalau sekali-sekala dapat bertumpang sandar dan menghela senafas dua nyawa pun sudah tinggi nikmat-Nya kan; Alhamdulillah.

untuk kamu, jaga senyum yang 20sen itu ya. sebab kita takkan sedar tinggi nilai sesuatu, melainkan kita kehilangannya kan Dr?

jadi, selagi boleh, tenang jiwa; dan senyum :)

take care.