Tuesday, August 10, 2010

< 214 > Ramadhan!

Saya baru mandi.
Jadi saya dah rasa sangat teruja dan bersedia untuk berpuasa.

Tapi sayangnya,perkhabaran dari Masjid Idghah berbunyi "Esok masih SYAABAN. Puasa bermula Khamis,InsyaAllah"

Namun keterujaan saya tidak akan pernah terbantut. Tambah pula,saya RASA tahun ini saya tidak perlu lagi beruzur syari'e di awal dan penghujung ramadhan. Jadi,untuk kemungkinan itu saya berasa sedikit lega...dan sekali lagi,teruja gila!

Bukan senang untuk ganti puasa sampai 10-11 hari.Itu satu hal.Satu hal lagi,melalui Ramadhan tanpa tarawikh semaksima mungkin,jujurnya,ada sedikit capik di situ. Serta, nak tak nak,perkara pertama yang terlintas di kepala bila disebut Ramadhan,pastilah puasa kan?Itu sayalah.Mungkin jawapan berbeza bakal diterima dari tokei kuih raya ataupun tukang jahit.Untuk sayalah,kurang ertinya apabila hari-hari Ramadhan berlalu dengan ada sibuk menjamah maggi waktu rehat tengah hari sambil mata bulat tengok TV.

Sejujurnya,saya rindu untuk berpuasa penuh. Sebab rasa nak "ligan" Along keliling Taman Anda setiap kali dia cakap "Kalau puasa penuh,Along kasi duit raya".Kalau mengikut perkiraan kitaran saya yang sangat normal dan menepati masa,dalam mimpi sajalah saya dapat berpuasa penuh lagi.Atau sama juga maksudnya, dalam mimpilah nak dapat duit raya dari Along.Ces!

Oh atau mungkin nanti [tiada kaitan dengan Peterpan] bila saya dah berkahwin dan mengandung,saya akan dapat kembali kepada zaman-zaman itu. Bolehlah berlagak dan mintak duit raya kat suami.Okay,apakah? Jadi,bilakah agaknya saya boleh mengandung ni? TOINK!

Tapi di tangan Allah,apapun boleh jadi.."Kunfayakuun"..Saya tidak mahu meminta doa yang bukan-bukan. Cuma yang saya hajatkan dalam setiap kelapangan untuk beribadah yang saya perolehi,dapat saya gunakan semaksima mungkin. AMIN.

Kalau saya doa dapat puasa sebulan penuh,pagi 1 Syawal pula terjadinya tragedi berdarah,sadis juga rasanya tak dapat solat sunat Aidilfitri nanti. Lihat...kita manusia tak pernah puas.Dan tidaklah kita mengetahui apa yang terbaik untuk kita lebih dari yang Dia ketahui. Maka,saya pilih untuk kekal dengan doa di perenggan atas tadi.

Pembaca sekalian,di mana saja anda berada dan tak kiralah mula puasanya bila.... Saya di sini memohon maaf atas salah silap saya sepanjang menulis di sini, terperli terlaser, terover dan segalanya. Semoga bertambah amalan dan menjadi insan yang lebih baik.Sama-sama kita.

Wassalam.

p/s:siapa tanya aku balik raya ke tak...siaplah,aku tuntut duit raya double!

7 comments:

Anonymous said...

selamat berpuasa penuh haha..
selamat bertarawikh
moga Allah redha amalan ramdhan kita kali ni :)

Dzul Helmi said...

blk raya x thn ni hehe............

Anonymous said...

Lama dah tak menulis kan Anum.
Apapun, aku suka isi yang kali ini.
Taman Anda.
Ah, bunyinya sangat dekat kan.
Dan sangat dekat juga hati hang dengan keluarga di Malaysiakan.
Alhamdulillah Kami dah mula Ramadhan.
Sufia ja yang belum mula berpuasa.
Tunggu besar sikit katanya :)

Semoga isi Ramadhan hang taun nih lebih indah ya Anum.
Semoga ada kawan2yang sama imarahkan tarawikh berjemaah di bilik; kalau pun bukan di Mesjid.

ah, aku berkata hal yang sama juga pada mama sufia
"Insya'Allah, kalau nak berpuasa penuh, kita berusaha dan berdoa pada Allah ya" dan tentu ada senyum sengih di situ. Ah, Allah itu Maha Pengatur kan Anum.

Biarlah kita redho saja dengan aturan-Nya.
Adik perempuan aku (satu-satunya) selalu saja mampu berpuasa penuh dalam usia-usia remajanya sehingga kini. 24 tahun dah pun. Tapi itu bukan datang dengan cubaan Allah. Ah, aku tau dia tabah untuk itu. Dan Allah tentu dah simpan penyelesaian untuk dia. Ameen

oklah, selamat berpuasa ya.
Assalamualaikum

p/s: seperti yang hang mintak, Sufia ada datang jenguk blog aku isnin lepas. ha'a isnin lepas :)
salam

MomoN said...

doa lah byk2 dan bgn mlm ni bulan puasa ni.. moga Allah makin permudahkan urusan awak dan juga mungkin Allah bagi petunjuk yg mana terbaik utk awak *wink*

NAZ said...

i tak gentar nak tanya. u balik raya tak norfa? hahahha

norfaridahanum said...

SELAMAT BERPUASA 2 ALL =)))))

SAYA TIDAK BALIK RAYA.NOKTAH.
maka along n naz,sila pos duit raya rm10.terima kasih.

INSYAALLAH..urusan kita semua dipermudahkan.kak zimah punya kes,disamping doa,kena ada ikhtiar hamba juga lah.balik raya nih,tolong apa yang patut =p

AJ...terlalu banyak yang tak tertitipkan di ruang blog ini..aku sudah makin berkira-kira untuk berkongsi kisah,takut-takut kalau tulisan aku diadili..hurmm..
ah sufia itu,sungguh menangkap mata sekali! aku macam boleh bayangkan dia berbicara nakal sebegitu.huhu

hamzah ian said...

harap2 aku dapat pose penuh tanpa halangan dibulan ini.. harap2 ini bukan terakhir..