Monday, September 13, 2010

JaSSI 2010

ASSSALAMUALAIKUM


Saya menulis ini selaku Setiausaha Program JaSSI2010 [JAlinan Sahabat Seluruh India 2010].
Program ini akan berlangsung di Mangalore,Karnataka,India selama 3 hari bermula dari 1 Oktober-3 Oktober 2010 iaitu kira-kira 2 minggu sahaja lagi. Ingin saya maklumkan bahawasanya program tahunan ini bakal melibatkan kira-kira 150 pelajar-pelajar dari kolej-kolej perubatan dan pergigian di seluruh India serta dinaungi oleh Islamic Medical Association of Malaysia(IMAM). Beberapa pakar perubatan,ustaz serta juga wakil MERCY Malaysia akan hadir ke program ini untuk memberikan pendedahan kerjaya serta diskusi berkenaan tugas dan tanggungjawab selaku seorang doktor muslim.

Jadi mengapa tiba-tiba saya menulis tentang perkara ini?
Terus terang saya katakan yang kami pihak penganjur JaSSI 2010 masih memerlukan sumbangan untuk menampung kos penganjuran JaSSI. Kalau mengikut draf bajet yang telah dirangka, jumlah tajaan yang diperlukan mencecah RM13,000. Saya turut dimaklumkan bahawa usaha mendapatkan tajaan masih diusahakan oleh biro berkenaan manakala jawatankuasa tertinggi berusaha mendapatkan sumbangan peribadi dari pelbagai pihak.

Sejujurnya, saya mengakui bahawa pembaca blog saya ini majoritinya terdiri dari muda belia yang masih menuntut,belum punya kerjaya apatah lagi sumber pendapatan sendiri. Namun saya memohon jasa baik kalian kiranya mengenali mana-mana pihak untuk kami panjangkan permohonan tajaan ini,harap dapat dimaklumkan pada kadar yang segera. Mana-mana pihak yang berminat untuk memberi sumbangan peribadi juga sangatlah dialu-alukan.Saya juga mengharapkan kerjasama dan sokongan dari rakan-rakan seperjuangan yang berada di seluruh dunia,yang menganggotai organisasi kepimpinan di tempat anda belajar untuk turut menghebahkan perkara ini.

Saya bersedia untuk meng-emelkan kepada anda kertas kerja program yang telah diperiksa dan diluluskan oleh wakil IMAM. Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruangan komen. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun rasmi penganjur

ICICI Bank Mangalore Branch,Hampankatta
IFSC Code:ICIC0000014
Acc No:001401523038
Beneficiary:Syed Syafiq Basyir

Sumbangan anda biar sekecil manapun,insyaAllah bakal jadi saham yang besar di akhirat kelak.
Wassalam.

Blog JaSSI2010------ http://jassi2010mangalore.blogspot.com
Facebook JaSSI2010------ Jassi Mangalore

5 comments:

orang panggil aku mun. said...

kak anum,sy link kan post ni kat blog sy boleh?^_^

norfaridahanum said...

boleh..silakanlah dik.
[tp siapa sebenarnya nih ek?]

norfaridahanum said...

laahhhh..kome ke mun..teman igtkan sape lah tadik.haha

orang panggil aku mun. said...

heh heh heh heh :P

enyheartsdiamond said...

goodluck kak anum <3