Sunday, September 19, 2010

< 220 > Soseh-Soseh Rumah Terbuka

WE ALL SHARE ONE THING IN COMMON, THAT IS..DIVERSITY

Sudah lebih seminggu 1 Syawal berlalu..Tapi disebabkan kehangatan dan ke"sangap"an nak makan kuih raya masih terasa, dan gelojak jiwa ini dimengerti oleh rakan-rakan yang baik hati, lapang saja rumah-rumah terbuka untuk aku datangi tanpa dilabel sebagai pencuri.


Sambil simpuh-simpuh,keluarlah segala cerita.Gosip sana sini tu memang biasa. Cuma bila musim raya dan bulan mulia ini,gosip putih je la yang keluar...Alhamdulillah.Masih sedar.
Kaum perempuan dan rumah terbuka. Bila berkumpul macam ini,nak tak nak..beg tangan mahal campak tepi.

Tapi yang buat aku nak tergelak terguling bilamana dari rumah-rumah terbuka ini,dapatlah tahu rupanya ramai juga yang jadi pengunjung rahsia blog ini ye.Hai koranggggg! HAHAHA. Tinggal-tinggalkanlah jejak macam Kak Zimah dan Shu..aku alu-alukan saja.

Faridahanum dah mula buat entri syok sendiri macam ni ye. HAHA! Bajet gila orang stalk blog dia.Kalau dekat rumah,Apis akan cakap, "Kau ingat kau artis?"

Sebenarnya, berkenaan entri219 aku. Bertubi-tubi aku kena.TOINK! Soseh-soseh rumah terbuka la kiranya ni.

Ada rumah yang aku baru jengah masuk saja,salam yang aku bagi pun rasanya tak bersambut lagi,terus kena satu das
"Amboi labuh tudung ustazah arini...bila kahwin ustaz ni?" Lepas itu gelak ramai-ramai.Aku buat muka toya saja sebab masa itu aku dah nampak rendang tok depan mata. NGAPPP! Terus aku ubah topik.

Ada teman yang aku pujikan tudungnya yang lawa macam orang nak kahwin.Dibalasnya,
"Nak pinjam nanti..Boleh saja" Ya Rabbi tuhanku.Aku HAHAHAHAkan saja.

Musykil.

Hinggalah di rumah terbuka petang tadi, semasa bersalam-salaman minalaidilwalfaidzin dengan senior, ada seorang kakak ni cakap
"'Oh...lupa nak cakap..congrats juga ye.Dah happy-happy ek sekarang?"
"HAAAA...apakah?"
"Ah kau tak payah nak mengada..yang kau bunga-bunga kat blog tu apekemendenye?"
"HAH!Stalker la akak ni!!"

Mari sini aku jelaskan ya. Aku ini orangnya terbuka dan senang untuk kau bawa bicara. Aku boleh cerita pelbagai perkara. Dari A-Z sampai ada yang mungkin rasa aku ini tiada rahsia. Oh,aku yakin semua orang punya rahsia. Aku juga. Aku yakin.Bukan main rasa-rasa ni.

Sebab itulah aku katakan,dalam butir-butir bicara aku yang selalunya laju dan memakan waktu, bukan semua akan kau tahu. Ada perkara yang aku pilih orang-orang tertentu,bukan apa..ada orang yang aku hormat lantas aku ceritakan kerana mahu khidmat nasihat.
Ada yang aku treasure sepanjang hayat..Sampaikan rasa nak buka mulut pada orang lain pun jadi berat selagi tak pada dia aku ber-curhat[indonesian slang for CURahanHATi]



Memilih dalam bercerita,itu memang aku. Tapi kalau kau datang menyapa dan bertanya, aku tak pernah membiar bisu atau melontar jawab palsu. Itu memang aku. Sekurang-kurang,ada angguk atau geleng aku balaskan.

Dan selebihnya,aku lebih suka mampir ke sini berkongsi cerita melalui bait-bait kata tanpa suara. Atau juga di capaian maya yang lain[baca:Facebook] Pada susunan abjad-abjad yang kalian baca inilah telah banyak tangis yang tersendukan, tawa yang terzahirkan, kecewa yang tersusutkan, debar yang terleraikan.

Ya,tafsir kalian mungkin berbeza. Pada hemat A, entri219 adalah tentang cinta. B setuju,tapi bukan tentang cinta aku katanya. C pula sindirkan aku saja bikin kontroversi.D jeritkan sah!aku dilamun cinta.HAHAHA.Jadi ada kiriman emel yang pantas saja mengingatkan aku akan batas-batas yang perlu dijaga,Terima Kasih tak terhingga untuk itu. Dan pada yang tertanya-tanya "siapakah gerangannya?" biar gambar ini saja yang menjawabnya..

Jawab gambar "Biar siapapun dia[jika benarlah ada],InsyaAllah..memang yang terbaik punya!!" HAHAHAHAHHAHAHA!TEEEEETTTTTT!

p/s: teringat pula cerita P.Ramlee yang Ibrahim Pendek keluar dari foto dan bercakap dengan kekasih hati dia tu.Cerita Seniman Bujang Lapuk kot,tak silap.

19 comments:

Anonymous said...

1.makin DAHSYAT penggunaan frasa dan kata2
2.'akak' la ni
3.mane ader stalker..singgah jer isii mase bace jurnel
4.pape pun,akak tumpang gembire utk anum,semoga 'pelukan hikmah indah' anum berkekalan,dan mendapat keberkatan.. banyak yang perlu anum belajar dalam menjage perhubungan,i.Allah..
5.TAK PAHAM biar benar gerangan DALAM gambar KONTROVESi last tu ye.
akan dikorek sampai hujung muara
6.panjang tak coment ni.kate suh singgah macam zimah dan syu.
7.pasni mention macam akak''
hahahahahhaahhahaha

MomoN said...

anonymous atas ni macam tahuuuuu je sape :P
nape x buat "akak comel" lagi kak?
hahaha...


anum, tesedak jap tgk gambar last :P

NAZ said...

hahaha aippp dalam sorong papan tarik papan. ada juga yang jadi balak oppsss

Anonymous said...

i am your stalker.
trust me for that ya Anum =).

for me, it is simple.
whoever he is, no matter what; he must be the best!

anum should always be anum; and being an Anum, even Zahiril Adzim pun belum tentu dapat peluang.

betul tak?
hehe.

ops.
Asal kamu baik-baik aja disana sudah lah.
jaga dirinya dan sentiasa ingat tuhan ya Doc.

salam =)

zuldmn said...

hahaha..
nama saya ada disituu!!! yeahhh! =)
luv u anum! =)

Anonymous said...

dear kak anum,
u noe wat i envy most 'bout u?
it's 'bout d fact dat since we wer in soksek,u alwez look gr8 even w/out any make-up on.i rmmbr telling u "kak anum mmg natural beauty lah" during annual dinner05.every single pic in diz post proves dat.n i still wana tel u again n again.

i wil alwez admire ur beauty,intelligence n dat outstandin character.n i bet it isnt easy to win ur heart.u bttr let us noe whos dat lucky guy [if ders any,nway!hihi!]

*btw,i'm 2 yrs jr than u.same batch wif eny.owh,no hard feelin if u dun rmmbr me*

psenk said...

kenape si anon ni puji lebih2 ni. mintak duit raya er?

btw, makin lame post ni susah dihadam. ibarat cume menghadam kulit durian. PFFT

yananana said...

alahai, bestnye tegk gambar :) hehe. anum, yana suka kurung pink anum! yeayyyyy!

and i noticed something, dian eh yang pakai tudung tuh? kalau yana x salah lah. hehe

anith said...

nak gelak je!!!
pape pun kl nk kahwin, nk bg sepasang!!!
pengapit!
hahahahaha

norfaridahanum said...

akak anon [ke mak enon?=p]
1.dahsyat la sgt kan?yg snggup baca smpi abes lagik r dahsyat!
2.ye,'adik' tau..haha
3.alhamdulillahhh..ade jugak yg mmbaca
4.aish..mane leyh tumpang2 saje2.at least,CCD la seround.
5.haha..buat2 faham je lah..pergilah korek smpai muara sutan battery pun xpe..kalo ade gerangannya,gtaulah..haha
6.panjang tak komen balas nih?=p
7.YE KAK WANIEEE.gotcha!

norfaridahanum said...

kak zimah bwk bertenang.yg dlm gmbr tuh semua kan tunangan org.eyh?=p

naz,pepatah negara mana tuh?=p

apis,haruslah ade nama kamu..i miss u.n luv u 2

yana..thanks!yups,it's dian.alhamdulillah =)

senk,cuba buangkan sifat dengki haloba dan sewaktu dgnnya itu.heh.u x perlu nk hadam2 dah..puasa sket.GEMOK ok.

cik anith n cik GG la jadi pengapit nnt bleyh?haha.entah2 masa tuh,anak2 korang yg jadik pengapit anum kot=p

norfaridahanum said...

anon 08:20
kamu kan yang menghantar emel itu?terima kasih tak terhingga ye.
kegilaan aq pada ZA itu sudah lama hingga aq sendiri pun sudah lupa..nampaknya kamu memang stalker sejati.haha.rasa mcm knal kamuuuu =p

anon JRsoksek[waeda ke?],
kalo kulit akak bukan jenis sensitif dah lama kot akak tempek2 jugak.hahah!no laahhh...
itu semua bukannya kekal lama dik.frankly said,byk lagik yg kurang kt akak nih.SILA JANGAN JADIKAN CONTOH YE. hahaha.TQ nway. "soksek puncak gemilang!" HAHAHA

udienjai said...

haish~ melepas la ni? teeett! hahaha'

biru pun sedondon, oren pun sedondon, cream pun sedondon. Pandai kau pilih baju raya buat kitorng konfius. ceit.

selamat hari raya!

iRah said...

awwww...anum! dgn i tanak citer? :D

bydway, bonia mak datin siapa tu? hehe

norfaridahanum said...

sudien...nmpk gayanya cmtuh lah kot =p TOINK.hahaha.sengallah ko.

yezaa...semua samer kan?ngeh


miss irah,hehehe..tuh bonia mmbr i lah..u bz sgt cmne nk gosip.LOL.

Anonymous said...

anum,bila nk announce ni??? hahaha..ak pulak yg excited! hahaha..

nway,terima kasih krn mengizinkan ak berada di tempat istimewa sbg sahabatmu utk berkongsi segala isi hati ko...

ak bangga punya sahabat seperti kamu! sayang anum! muahx!

norfaridahanum said...

NOOR ATIKAH SAINI,is that you??
omg,like sriously ko tinggal komen kat sinih?hahaha..nak announce ape nye?announce tnggu tarikh kawin dah set lah.haha.toink.

aq lagik bertuah ade kwn ko.luv u to max n forever babe n d most.[utk masa nih..hahaha!] muah muah muah

Anonymous said...

hahahahaha...yes! ko buley bau jejak ak! hehehehe..xpe,tmpat ak as kwn selamanye still ada kan????? kira ok sgt dh tu..hehehe...

kalo nk announce bgtau ak dlu..nnt ak book mic kat masjid an-nur tu! haha..

norfaridahanum said...

atikah sainiiiiiiiiiiiiiiiiii! hahahahahhaa