Hai sekali lagi.Melampau-lampau pula aku update blog kali ini ye.Tadi,aku jalan-jalan lompat-lompat dekat blog sekali terjumpalah satu contest ini dekat blog Hamzah Ian.Terus rasa gatal nak masuk.Eceyh.Lagipun senang saja.Hanya perlu letak semula mana-mana entri terdahulu yang kau rasa macam best nak mampus tahap petala dewa moksya.TEET,aku dah mengarut di situ.
Aku tak adalah belek-belek semua entri aku terdahulu sebab semua entri terdahulu sumpah la best kan,nanti aku tak tahu nak pilih.[sila muntah hijau beramai-ramai di penghujung ayat ini] Akhirnya untuk berlaku adil dan saksama kepada semua entri-entri aku,aku pilih entri yang aku poskan setahun lalu pada tanggal 26/10/2009..Gila nostalgia dowh!Ke tak?TOINK! Dah,aku kalau mula menulis memang tak sah kalau mukadimah tak sampai 2 perenggan. Jadi,tuan penganjur,selamat membaca dan selamat berkenalan juga.Eceyh!Siapa-siapa yang lain yang berminat,boleh klik pada link penganjur tu ye.
*******************
YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG BERCICIRAN
Pantai Baga,Goa,India
Aku mendasari ertikata kemodenan saat di kiri aku,mat salleh enak membiarkan kulit disiat bahang mentari, di kanan aku adik-adik menjinjing hasil kraftangan mencari pembeli,di depan aku ombak terus menerkam pantai sebab dalam diarinya tiada istilah cuti Diwali,di belakang aku bir-bir berbaris cantik dengan slogan murah-gila-rugi-kalau-tak-beli,di bawah aku ada pasir yang terus-terusan dilanyak manusia setiap hari,di atas aku ada Dia yang Maha Mengetahui,itu saja yang tak pernah berubah sejak azali.............
Mereka bilang "U ni tak moden",
Sebab aku tak layan cerita sains fiksyen,
Mahu hanya komedi,cinta dan fakta
Tempatan sebolehnya yang utama,
Mereka yang moden kata,
Komedi ala-ala slapstik,
Cinta semua plastik,
Fakta sangat linguistik,
Tempatan?lagilah mereka jijik!
Aku yang tak moden kata,
Komedi bikin jasad lapang
Cinta buat jiwa menang
Fakta bagi minda terang
Tempatan itu kita jugalah,hai sayang...
[moden=harus canggih,haram meleleh,wajib orang puteh?]
Mereka bilang "U ni tak moden,"
Sebab first time naik LRT aku salah stesen,
Pedulilah,aku yang keluarkan setiap sen
Reunion dekat Midvalley mereka tanya kenapa lambat?
Jujur punya cakap, aku sesat,
"So,U pergi tanya pak guard?"
"Tak,kan ke ada peta setiap tingkat?"
Padan muka,kenalah gelak kuat-kuat,
Musim raya pi Jalan TAR,baju semua murah tak ingat,
Mereka kata ronda situ mereka tak hebat,
Aku yang tak moden dimohon khidmat,
Masuk 2 3 kedai buru-buru acu-acu baju-baju kalau-kalau muat,
"Kantoilah kalau orang nampak I ni,kita kena shopping cepat-cepat"
"I tak tahan macam ni,serabut,sesak,tengoklah muka I pun dah berkilat"
Sesiapa yang lalu pantas dilihat,
Mulut pula cakap tak pernahnya cermat,
"Ewwww..asal that girl pakai kampung sangat?"
[moden=tak boleh salah,tak pernah murah,tak mahu kalah,tak ambil kisah?]
Mereka bilang "U ni tak moden"
Sebab aku uarkan baju kurung pun fesyen,
Tak akan cacatkan sebarang profession,
"No way..pakai macam ni nanti I nampak macam baik"
[Habis,takkan nak dilihat macam taik?]
Jalan lima langkah tak ada siapa layan aku berceloteh,
Lantas ke belakang aku toleh,
Zaki[baca:Zack] tengah betulkan seluar yang sedikit terlondeh
Azura[baca:Xora]sibuk rapikan rambut yang sedikit teralih
Milah[baca:Mel]mengeluh benci pada high heels yang tersalah pilih
Aku perhatikan saja....sambil tersengih!
[moden=ketat,singkat,karat,naik meluat?]
Mereka bilang "U ni tak moden"
Sebab aku tak pernah pergi-hilangkan-tension
Mulalah mereka ulang-ulangkan "come on bebeh,
U tak payahlah study lebih-lebih"
Macam-macam songeh,
Seorang,seorang aku rasa nak sekeh,
Tak apalah,hidup kita,arahnya sendiri yang pilih,
Dari aku terkinja-kinja,
Baik aku buat yoga,
Sebab itu yang aku suka,
Dari aku layan MP3,
Baik aku tulis puisi
Sebab itu yang buat aku happy
Aku gembira kau gembira,
Tapi kau tak habis nak mengata
Pasai pa????
[moden:sentiasa sibuk,asyik mabuk,suka kutuk,jadi beruk?]
Mereka bilang "U ni tak moden"
Sebab aku tak ada modal nak eksyen
Aku nak pekena nasi lemak,but we all nak minum Starbucks!
Gelakkan aku punya BATA, sebab mereka sarung ROXY,
Bila aku kelek GUCCI, mereka kata design itu dah basi,
"I minta kat my mom"
"I suruh boyfriend belanja"
"Ni kakak I yang punya"
"Oh,mama aku tak kaya,boyfriend pun tiada,kakak pula saiz tak sama,jadi aku beli pakai duit biasiswa"
[moden=putih bersih,licin habis,terkenal,terkini,"terbeli?"]
Mereka bilang "U ni tak moden"
Sebab aku tak target duit berbillion
Sampai pencen nak dipayung government
Mereka yang moden pun bukak mulut
Dah belajar sampai ke seberang laut,
Kenapa otak U,U letak kat lutut?
Aaahhhhhh...debatkan topik ini yang aku culas,
Fikir duit saja,apa kau tak rimas?
Fikir diri saja,pergilah duduk angkasa lepas,
Fikir dunia saja,memanglah takkan pernah puas
Kayuhan global makin deras,
Tolonglah...jangan lemas!!!!
[moden=duit berjuta,kerja swasta,kereta melata,ada yang menderita?]
Aku dah lemas sebelum sempat ke dasar sebuah kemodenan.Biarlah...Aku hanya mahu hidup dalam lingkungan aman. Mati nanti dalam pelukan iman [yang sedang digugah oleh aksi mat salleh sebelah.TEEEEETTT!!!]
Baga Beach,Goa,India
17Jun2009
p/s: tetap nak balik Malaysia!!!!!!!!!!!!
p/s 2:teringatkan cucu Mak Ngah Dah,si Farisha,opppssss! maaf,Paris!
******************************************
Syarat pertandingan kena tag tiga orang juga. Jadi,macam biasalah..
NAZ , SUDIEN, LOLA
Ok siap!Cukup syarat tak nih tuan penganjur?
11 comments:
hiii...ske2.
menareknyer pertandingan ni.
tapi setelah membelek entri2 lama.
entries saya x berapa best lah...
hahaha..best gler anum! hehehe..
paling lawak skali salah naik LRT! bungek gler time tuh! hahahahaha..
saya pun model baju kurung juga. baju kurung cantik ape. kan, kan, kan? tak rimas, tak lemas. :)
.
.
.
musti pilih! ;)
good luck!
best sangat ayat2 kamoooo..berima dan bermakna..sedap dibaca bikin gua bisu seribu bahasa..
hey hey..seriously ur writing macam naz douwhhh~~~ahaaaa..nice to know u!!!i like!!!
good luck :)
wah pandainya bermain kata2..xpe lantak pi la org nak kata..just be urself k..that de best!!
good luck dear!ada masa baca entry cik tom juga ye ;)tenkiu~
Cik tom (28)
salam perkenalan untuk kwn2 baru dr EGBB.thank hiro sbb adakan contest nih.
kak zimah ade je post best saje rendah diri kan.ceyh
kaaaaaaaaa.......bengong kan sampai ke teluk gadong kita time tuh.bongek3
ahaks. nice..~
jemput baca blog saya jugak. :)
MARI MENGUNDI. (Kaio no.19)
http://kaio89kl.blogspot.com/2010/10/design-concept-yang-mengujakan-dari.html
Pergh.. I Moden.. Sal ada i-phone.. U tak moden.. sal U-turn.. ahakz.. apapapun.. lepak en3 EGBB..
Post a Comment