Wednesday, October 13, 2010

< 223 > Seribu mimpi

Ayah,sila klik pada gambar keratan akhbar di atas untuk imej yang lebih jelas dan mudah dibaca serta untuk lihat anak comel manja Ayah berbelas tahun yang lalu =)))

Dulu,pada usia empat atau lima,
Masa aku masih mentah dalam menyusun huruf di larian pena,
Masa aku belum lincah melentur tubuh pada gema irama,
Masa aku tidak betah mengadu hanya pada Dia...
Cakar-cakar warnalah yang jadi luah rasa aku.

Tentang rintihku pada kisah sedih
Tentang takutku akan gertak ugut
Tentang keliruku dengan hala tuju 
Tentang harapanku untuk hari depan

Kecil aku dulu adalah anak sebuah tragedi,
Besar aku kini adalah gadis seribu mimpi......

11 comments:

MomoN said...

apa maksud anak sebuah tragedi?
macam sedih je bunyi dia...

norfaridahanum said...

errrrrrr......

oren said...

its perfect!beautiful words, very nicely written..
anum,be strong...allah takkan uji kita jika Dia tahu kita tak mampu hadapi ujianNya..
sama2 akk doakan anum kuat dan tenang dalam masa mendatang ok =)

norfaridahanum said...

aminnn..kak wanie..thankb byk2 for today.ye,kuat!cuma biasalah anum bila stress exam semua bnda bukan2 nk dtg skalik.toink

anith said...

like! =]

Anonymous said...

Pada kamu yang masih ada dia untuk kamu renggek dan pohon peluk kasih
bersyukurlah
dengan jiwa, kamu nikmatilah detik yang berbaki entah berapa ini
kita tidak tahu,
entah esok,
atau pun kejap nanti,
ada saja roh yang hidup bukan pada jasadnya lagi.

dan untung pada kamu yang masih ada sedikit ruang untuk melampias cerita-cerita lama
dan memeluk kemas memori sebagai selimut sejuk malam
tapi ingat dalam diri
bukan wujud kita hari ini untuk buat sejarah semalam menjadi hitam
sebaliknya
biar yang semalam jadi jalur sinar pada lorong hidup hari ini,
dan pimpin bunga pelangi esok hari.

kamu di sana baik-baik ya kawan
andai berduga; kamu ada Maha Esa Tuhan
dan jangan hanya paut pada manis-manis madu semalam
biar halus jemari kamu kait pintal madu baru dan bawa penawar palit-palit luka hari ini

dan moga esok lebih manis
dan moga esok-esok yang panjang tak berhujung itu lebih-lebih manisnya
dan manis itu, kamu ya norfaridahanum =)

exam itu susah kalau kamu mahu; tapi mudah kalau kamu permudahkan.
boleh?

NAZ said...

ur last word i like norfa :)

zuldmn said...

love you! =)))

Qiez AR said...

Go gadis seribu mimpi! cipta dan kejar lah sejuta lagi! ;)

honeem said...

Walau blum lincah melentur tubuh pada gema irama tp dah pandai duduk brtelimpuh katak bwah pkok serai. ingat lg ke.

harap anum jd seorg yg kuat smangat dlm mngejar cita2 n impian.

luv n mis u so much

norfaridahanum said...

mama!
rindu jugak...dah almost 500days away from home nih.i love u so much.
dont u worry..i'm always your strong baby girl.