Friday, October 08, 2010

Siri 20 : Usrah dan ......

Assalamualaikum...Hari ini aku memilih untuk menulis secara santai saja jurnalnya. Lebih berkisar pada pengalaman dan pandangan sendiri. InsyaAllah,kalau ada hadis sahih dan ayat Al-Quran yang berkenaan, akan aku cuba tampilkan sekali. Jadi...tajuk kita hari ini,usrah.

Aku yakin,dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh dan penuntut institusi pengajian tinggi pasti sudah biasa mendengar perkataan ini. Perkara apa yang pertama sekali terbayang dalam kepala anda,ye? Aku? HEHE! Kalau 7-8 tahun dahulu aku dengar perkataan ini,mesti aku tarik muka sehasta. Jujur ini aku katakan. Aku trauma sikit dengan perkataan usrah ini asalnya walaupun dari segi bahasanya,usrah itu indah sangat maksudnya ...USRAH bermaksud keluarga [kot!pardon my broken Arabic]

USRAH ZAMAN SEKOLAH MENENGAH
HAHAHAHAHAHAHA. Bagi aku masa untuk gelak guling-guling selama 5 minit dahulu.
*5 minit berlalu*

Hurmm...apa yang aku boleh katakan ialah usrah zaman sekolah menengah dahulu, SCARY MAK DATUK OK!Masa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 2,setiap kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan lemudian seorang kakak dari Tingkatan 4 yang kita panggil naqibah akan bertanggungjawab untuk mengetuai kumpulan usrah kami.Ada masanya [seingat aku macam setiap masa saja] semua kami harus berkumpul untuk diberi sedikit tazkirah@tarbiyyah@whatever!Pada aku, itu lebih pada sesi nak brainwash atau torture adik-adik junior. Contoh,nak tegur adik-adik yang tak bagi salam semasa berselisih dengan junior. Kakak-kakak naqibah ini akan panggil nama,suruh manusia malang berkenaan bangun tengah-tengah khalayak ramai dan kenalah soal siasat dan perli yang bertubi-tubi. TOINK! Yang kelakar nak mati aku masih ingat ada sekali tu, member aku seorang ini lepas dah kena serangan bertalu-talu dan kakak naqibah pun dah puas hati sebab tengok member sebak dan nak nangis [konon macam sinar keinsafan dah datang la kan,wtfish?] cakaplah "sorry ye kakak"..Ada pulak kakak ni cakap "eh...sorry tu apa ya..aku tak ada dictionary la"..Mangkuk tingkat betul.Nak saja aku tanya "dictionary tu apa ya kak?"

Ini lagi satu masalah.Usrah masa itu aku lihatlah kan,macam lebih kepada kepentingan kakak-kakak naqibah itu sendiri.Marah adik-adik sebab tak bagi salam pada senior.Kan dah lari tu..Salam itu untuk diucapkan pada semua umat Muhammad yang bersaudara.Siapa yang memberi,siapa yang menjawabnya itu soal kedua. Memang kelakar kalau kenangkan bila berselisih dengan akak-akak nih,berturut-turutlah salam aku bagi. Dah macam Nippon Hait Hait kau tahu.HAHA!Kalau tak nanti, ada pula perli yang keluar "Aish,bagi salam kat akak depan sorang tuh je ke dik?" Tak ke macam TEEEETTTT?


Tambah pula masa tu aku budak band. Memang asyik kena bambu je lah dengan kakak naqibah. Sebab apa? Sebab budak band pakai baju seksi.TOINK!Sebab budak band selalu lepak bilik band yang pintu tingkap tertutup lelaki perempuan tak tahulah buat apa.Sebab apa lagi ye..sebab budak band memainkan alat muzik.Haram Haram Haram. Eh,macam tak pernah dengar saja teguran itu keluar?Adoyai!!!
Yang ber-couple coupling [cuddling?] pun target-target utama.Macam biasalah kan,panggil dan tegur malukan depan khalayak terbuka. Niat mereka mungkin betul, tapi pelaksanaan cara yang dilakukan tu..Wallahua'lam.Ah terlampau banyak trauma usrah sekolah menengah. Cerita yang best pada aku bila masa sebelum bersurai dapat nyanyi ramai-ramai.TOINK lagi!

Sesegar hijau daunan,
Begitulah kita diibaratkan,
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka,
Setinggi langit biru menongkah dunia,
Kita mengharung badai 
Atas nama kasih insan bersaudara

USRAH ZAMAN KOLEJ
Tiada sebarang komen di sini disebabkan aku dah terlampau "seriau" bila dengar perkataan usrah tu. Sekali pun aku tak pernah join. Tikah ada pergi sekali masa mula-mula sebab nak tahu benda apa usrah ni.Pastuh kena pula pengaruh cerita-cerita trauma aku terus tak pergi. Astaghfirullah.(-__-)" Yang tak boleh lupa bila bersalam dengan seorang kakak naqibah dekat musalla KTT usai tarawikh sekali tu, akak tu cakap "Oh,yang ni akak tak kenal sebab...." Tak payahlah aku teruskan ayat penuh bermadah sendu tu. Aku sengih kambing sambil dalam hati cakap "Orang usrah ini memang macam ni je ke????"Terima kasihlah, baik saya usrah dengan keluarga betul saya je kak.Mak Ayah Tok Nenek pun reti hormat saya. TOINK! Ini sedikit menyimpang dari topik ya, tapi apa yang aku perhatikan zaman sekarang ini, orang terlampau "craving to be respected" tapi terlupa that in order to gain respect,you have to mould some qualities in yourself so that you will be respected.Not to abandon the first and foremost rule, learn to respect others first!TQ

USRAH ZAMAN UNIVERSITI

Haaaaaaaaaaaa..nak jadikan cerita, masuk tahun pertama dekat India ini,aku duduk sebilik dengan Yvonne. Yvonne baik. Kalau waktu rehat tengah hari dia ingatkan aku Solat Zuhur. Kalau dia stay-up, dia kejut aku bangun Subuh. Kalau aku solat, memang tak dengar langsung bunyi apa-apa dari pihak dia.Dia pernah tanya kenapa aku tak sertai usrah, aku cakap jujur. Itu bukan perkara wajib,tiada paksaan dan pintu hati minda segala memang tak terbuka untuk sesi usrah. Jujur. Aku seorang saja perempuam Muslim Malaysia tahun pertama masa itu yang tak pergi usrah padahal ada 2 kumpulan usrah masa tu. Boleh saja kalau nak pilih mana yang aku nak.

Akhirnya nak jadi cerita, aku pergi juga setelah hati betul-betul terbuka. Alhamdulillah. Better late than never. Aku percaya hati yang mencari hidayah Allah selalu akan ketemu penambahbaikan dalam hidupnya hari demi hari.

Dua-dua naqibah aku dah pernah cuba. Ada sesi yang hambar,ada sesi yang so-so. Ada yang terlampau statik atau monotone atau I don't know how to describe it laaaahhh.Ada yang tiada langsung nilai-nilai kekeluargaan yang aku cari-carikan itu. Nak tak nak,apa saja persoalan atau debat kata yang nak lontarkan jadi tak terlontar because I still can feel the gap and distance. Boleh juga katalah hidayah tak sampai pada aku sepenuhnya la kan. Tak apa,yang pastinya,macam aku cakap tadi,aku berdoa dan mencari hidayah itu,insyaAllah.And I always believe that there's no such thing as bad student. It's either the environment isn't supportive or the teacher,who isn't alert and don't know how to manipulate the condition good enough. Enough said here.

Masuk tahun kedua pengajian,kakak naqibah pun bertukar.Siapa? HAHAHAHA.Masa awal-awal memang sama macam tahun pertama pengajian jugalah.Tapi macam aku cakap tadi, a good teacher/pembimbing knows how to manipulate our condition. Congratulations Kak Zimah untuk itu.Eyh,kantoi pulak siapa orangnya?HAHAHA. Tapi titik tolak kepada semuanya bermula dengan percutian aku ke Turki. Sekali lagi,izinkan aku deviate from the topic.Al-maklumlah dah lama tak menulis.Laju saja menaip segala cerita.

Terlampau banyak peristiwa yang berlaku di Turki yang sangat-sangat meruntun hati dan seolah-olah menarik aku untuk kembali pada fitrah seorang hamba kepada Allah yang Esa,mungkin juga seorang da'ie kepada saudara seagamanya. Aku tiada hak untuk mengatakan aku sekarang ini lebih baik dari kamu..Tapi cukup pada batas ilmu pengetahuan dan waras aku,aku hari ini lebih baik dari yang semalam.Semoga esok kalau aku dipanjangkan umur menjadi lebih baik dari hari ini. Itu doa aku untuk kamu semua jua.

Turki menyalakan sumbu syukur dalam diri kerana dilahirkan sebagai seorang Islam.Turki menzahirkan satu suasana yang aku selesa dan senang untuk berada di dalamnya. Laung azan yang menggamit dari hampir 3,000 masjid di seluruh pelosok buminya itu memang panggilan yang aku rindu-rindukan. Turki membuktikan pada aku yang Allah sentiasa dekat secara rohani walau berlonggok khilaf diri. Jika atas setiap khilaf itu diselitkan rasa malu dan sesal dan mahu berubah,insyaAllah akan mampirlah hidayah. Aku berusrah di bumi Turki pada setiap lintas lalunya anak-anak muda dan perempuan jelita mereka. Pada senggang masa yang diisi dengan sembang tentang Islam dengan pemilik hotel bersama Apple Tea terhidang.Pada singgah jengah aku di kedai-kedai cenderamata sambil bertanyakan tentang sejarah berbekalkan fasih Arab yang tak semegah. Pada rukuk dan sujud yang penuh khusyuk di daerah Selcuk. Ya,di destinasi terakhir itulah aku ditampar dengan bisik kasihNya. Hari ini aku ceritakan di sini.

Daerah Selcuk merupakan destinasi terakhir aku sebelum kembali ke Istanbul.Jadi bila dah destinasi terakhir duit pun memang dah dibelanjakan macam air.Mujur hotel telah siap ditempah dari awal. Makan? Hanyalah roti yang dibeli 3-4 hari sebelumnya di Safranbolu. Minum? Air paip yang diisi dalam botol free pemberian bas pelancong.Kalau dah muak,masuk saja mana-mana kedai pasti akan diberi teh percuma.HAHA.

Paling tidak dilupakan masa kami berdua betul-betul dah lapar satu hari. Memang masa itu ternanti-nanti nak naik bas saja sebab bas pelancong di Turki macam kapal terbang dalamnya. Ada makanan minuman sekali. HAHAHA. Jadi sementara menunggu bas bertolak,masa aku habiskan di masjid berhampiran saja. Teman yang seorang kembali ke stesen bas sebab di situ ada Wifi.HEHE. Diam aku di masjid itu sungguh-sungguh aku mohon kesejahteraan dan keselamatan untuk kami.Duit di tangan masa itu memang tinggal lebih kurang 75lira. Tiket Hagia Sofia saja sudah cecah 20Lira@10Euro. Hostel tak kira lagi. Nasib baik cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga dah beli siap-siap. Aku rasa aku tak pernah tawakkal sebetul-betul tawakkal macam itu. [Alamak!siaplah bila mama baca ni] Tenang aku langkah keluar dari masjid itu dan aku ketemukan seorang perempuan British berlegar-legar di perkarangan masjid. Aku lontarkan senyum dan dia datang pada aku bertanyakan tentang azan yang dia dengar, "I heard the song several times. I kinda love it so much.That's why I come to see what you people are doing. Is there anyway that I can go inside to see?" Berbekal pashmina teman aku untuk menutup kepala,wanita itu masuk sebentar dan kemudiannya dia keluar mengajukan beberapa soalan kepada kami. Usrah lagi? Dan di penghujungnya dia berkata "I'm so glad to meet you both to accompany me. Come let me treat you for dinner." TOINK!Rasa macam nak sujud syukur dekat perkarangan masjid itu juga kau tahu.
cropped photo sebab teman,Dian masa tu belum bertudung. Alhamdulillah =)
Lepas itu,jumpa pula seorang pemuda Brazil kacuk Jepun.HAHAHA.Dan dia bantu bawa kami ke hostel murah tapi alhamdulillah selesa. 12Euro untuk 2 malam.Dan perjalanan pulang dari Turki memang satu perjalanan seribu erti untuk aku..Dan aku bersyukur kerana pada tahun yang baru ini,Allah masih beri ruang dan kesempatan untuk aku membaiki diri. Masih. Terus. Allah masih mahu aku jalankan tanggungjawab aku atas muka bumi ini dengan sesempurnanya. Dan usrahlah markas terbaik untuk aku mempersiapkan diri aku ke arah itu. Atas jerih perih dan getir,aku gembira kerana yang memilih corak hidup aku ialah aku dan niat tujunya masih satu dan penuh ikhlas yang jitu.InsyaAllah.

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Usrah...kini jadi sesuatu yang aku rindu.

Haza usrati =))))

12 comments:

Anonymous said...

salam.

saya terharu sangat baca post ni. it reminds me of my past as well. saya dulu sek agama jugak. saya fhm yg akak2 naqibah tu, perangai die macamana. betul, niat baik. pelaksanaan tak kena tmpt. saya pernah je kena malu kat padang dpn org lain.

bila saya masuk maktab, usrah lagilah saya tak pernah pergi langsung. budak tesol. mcm budak band jugak. die ingat kita ni hidup style mat saleh je kot. pandang lain macam je.

hari kedua saya kat nz, ade org ajak usrah. saya tak pergi. stigma kat usrah tu mmg tinggilah. tapi, alhamdulillah. 3bulan lmbt dr org lain, tapi bila join. haih. betul rasa mcm family. btw, usrah mmg maksud keluarga.

Anonymous said...

ok. panjang skit plak hehe. sory ye. saya rasa, kita yang dah didedahkan btul2 dgn konsep "usrah= keluarga" ni lah yang kena ubah cara usrah bergerak kat msia. bukan hanya pada org yang pakai tudung labuh. pada sume. tarbiyah tak memerlukan kita, kita yang perlukan tarbiyah.

pergi turki dari india mahal tak? teringin nak pergi jugak :D

MomoN said...

:)
moga usrah mendekatkan lagi diri awak kepadaNya..
ingat, usrah bukan segala2nya.. tp segala2nya bermula dgn usrah... :)

ms. mac said...

anum! i hated usrah in school dulu and when i entered college i thought i never ever wanted to join usrah ever...tapiiii my lecturer sendiri met me in person and pujuk me to join usrah...at first i joined just because i wanted my professor tu to notice that i ACTUALLY did what he asked me to...after a few sessions, i come to enjoy usrah...sampai kalau i terpakse miss it pun i rase rugiiii...huhuhuhu

ms. mac said...

btw, i like the last piece on sabda rasulullah tu...last yr i remembered using it for one tazkirah i had to present before class starts. *thumbs up*

NAZ said...

wow. maaf saya tak mampu berkata apa apa pada penulisan tahap ini. kerana saya masih belum layak :) nice norfa

Anonymous said...

Alhamdulillah
aku senyum pada tamat pembacaan aku anum.
=)

Alhamdulillah

paling tidak, kamu dah menikmati indahnya tawakal itu bila benar pada jalan letak kamu.

paling tidak, kamu masih ber-ruang masa untuk menikmati erti usrah yang benar usratinya dan membuka pintu-pintu benar pada perlaksanaannya; moga yang ini jadi lestari tinggalan kak zimah dan kalian seperti kamu hendaknya.

aku sendiri masih jauh banding dengan kamu anum.
aku sendiri kagum dengan susun basah bahasa kamu pada sang wanita yang bertumpang suka pada seni azan itu.
ah.
terlalu banyak yang aku kagumkan.
tolong.
tolong jangan kagum ini buat kamu riak.
tapi
biar dia rendam dan terima dalam resap diri kamu menjadi padi yang tunduk dengan isi yang penuh.

ah.

moga kamu dirahmati Maha Esa Allah senantiasa ya anum.

=)

walau aku ambik masa nak habiskan ini, aku bersyukur kerana aku tak tinggal walau sepatah kata.
Ameen

jaga diri ya anum

KecHiQuE oLiGoS said...

awak... saya rasa sebak baca... best kan bila dapat sesuatu yang indah.. Allah sentiasa beri yang terbaik buat hambaNya yang inginkan petunjuk.. may Allah grant us iman, forgiveness and the best of state when we return to HIM..
semoga ianya kekal selamanya... =)

norfaridahanum said...

@Att Ashburn,mungkin kita perlu berganding bahu berpimpin tangan dalam hal ini?

nway,ke turki dr india naik jet airways dalam rm1600 kot =)

@kak zimah,wafaa n naz =))))

@AJ..terima kasih.puji dan syukur aku dikembalikan pada Allah juga.ah,kamu..insyaAllah...faridahanum ini tak akan hidup dek puji,tak akan mati dek keji =)

@awak...banyak lagik kurang sy ini.tiap kali sebelum lena,bila dimuhasabah diri,pasti ada yang kurang sana sini...yg pasti,niat dan usaha untuk membaiki diri itu tak akan pernah mati.semoga kita dilorongkan jalan ke syurga.AMIN

Lola MK said...

alamak..usrah kt skolah..bek ko tny kak zimah je..aku x brani komen lbih2..hehe..

ktt n unpad..hmmm..issues n non-stop issues.aku x suke nk cmpur aduk hal dlm kain aku ngn org yg x close.yup..maybe ape yg cube diterapkan tu x smpai..agknye..in the end,i'm still on my own..tape..insyaAllah ade rezeki mgkin aku dpt blajar dr kelompok USRAH juge..=))

p/s:sorry a bit bz..jst got time nk round2 blog.hihi..

Lola MK said...

oooppss~mksud aku dgn "hal dlm kain" is they tend to talk about personal things more than what we want to listen masa usrah..

norfaridahanum said...

will always pray 4 d time to come 2 u lola darling...and for d meantime,im loving u d way u r.=)