Friday, October 15, 2010

Siri 21 : Marah

Yang tercatit di dalam Al-Quran melalui Surah Ali-Imran ayat 133-134
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurgaNya yang luas seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.(yaitu) orang-orang yang berinfak baik di lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan"

Yang meniti di bibir kita sehari-hari..
"Aku dah tak sabar dah ni..nak je aku penyet-penyet..hempuk-hempuk..kasi lumat cam belacan tu..siool la mamat tu...wat gua bengkek je"... 

Assalamualaikum...macam selalu dengar saja ungkapan-ungkapan di atas tadi terpacul dari mulut-mulut yang dikuasai nafsu amarah. Sabar yop sabar! Tak pasal-pasal syaitan guling-guling happy sebab dia dah berjaya mengalahkan kita.Siapa kita?Kita inilah..manusia..manusia yang digelar sebaik-baik kejadian itu. Yang tadi itu baru contoh kecil..banyak lagi kalau nak dikirakan..

Jadi hari ini aku nak kongsikan sedikit panduan mengatasi perasaan marah ini.Pertama-tamanya,aku bawakan wasiat Imam As-Syafie ...
"Marah adalah salah satu dari panah-panah syaitan yang beracun. Oleh itu hindarilah ia,supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya"

Ketahuilah yang bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan setiap perlakuan kita. Ingatkan diri yang marah itu satu perlakuan biadab untuk dipertontonkan bukan sahaja pada hambaNya yang lain bahkan pada Allah itu sendiri. Untuk menyebut ayat kita ini manusia yang hina saja..tak sempurna..memang cliche saja bunyi nya kan?Tapi itulah..dah memang kita manusia..bukan Sang Pencipta. Kita perlukan Dia untuk duduk dan jalan di muka bumi ini dengan sempurna. Jadi pada senggang masa yang ada,selalulah berdoa pada Dia untuk dijauhkan dari sifat marah. Kita bukan robot tapi kita dicipta olehNya. Rasa marah itu boleh dikawal oleh kita dan kita ini dikawal olehNya. Jadi pohonlah supaya Dia mengawal kita dengan baik supaya kita juga boleh mengawal apa yang kita kawal dengan baik juga.

Seterusnya, ingatlah yang marah itu tidak langsung membawa apa-apa kebaikan pada diri kita.Buang tenaga saja. Silap haribulan kelaurga dan kawan-kawan sendiri ikut terbuang. Sesi marah-memarahi ini hanya akan membawa kepada permusuhan dan dendam sesama makhluk Allah sahaja.Tak gitu?

Oh,satu panduan yang agak kelakar...Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita bila sedang marah? ngeeeee~~agak-agak ada rupa ayam berak kapur tak?Macam mana rupa ayam berak kapur pun aku tak tahu sebenarnya.Tapi aku tahu muka kucing lepas kena libas dengan bantal.ngeeeee~~selalu nampak sebab selalu buat.toink!Aku ini kalau ikutkan jenis panas baran juga dulu..Ariz pernah kena penampar aku sekali kot.TOINK!Sekali itu ajelah.Tapi alhamdulillah..sikit-sikitlah aku ubahkan..I kakak favourite diorang la kira.[ceyh,perasan]Cuma sekarang dah tak reti marah orang,jadinya asyik menangis sorang-sorang.Adeyh!

Bila datang aura merah macam nak marah itu,[lebih kurang macam petanda aras laut dah nak hampir ke senggat Tsunami] banyakklah membaca Ta'awwuz - Auzubillahi minasyaitan nirrajim. [Aku berlindung daripada syaitan yang direjam] Sebab apa?Tengok hadis yang aku letakkan di awal tadi.. Marah itu datangnya dari syaitan..Jadi sebelum syaitan dan tenteranya sampai,kita bina kubu dan benteng siap-siap.Dan tiadalah perlindungan yang terbaik melainkan dari Allah s.w.t jua.

Masih rasa menggelegak macam dalam kawah gunung berapi juga? Cepat-cepatlah ambil wudhuk. Air wudhuk itu menyucikan tubuh dan mententeramkan jiwa,InsyaAllah. 

Masih tidak berjaya? Usahakanlah diri untuk tidur. InsyaAllah perasaan marah akan reda sesudah bangkit dari tidur. Lagipun tidur boleh recaj tenaga yang hilang. Singkirkan semua tenaga-tenaga yang negatif. Lagi baik dari pergi buang tenaga anda melampiaskan nafsu amarah sekaligus membuang tenaga yang sepatutnya boleh digunakan untuk aktiviti lain yang lebih berfaedah,macam belajar contohnya =) Ada satu panduan menarik nak aku kongsikan.. apabila datang marah,sedangkan anda berdiri,maka duduklah. Sekiranya duduk,maka bersandarlah.Aku perasan yang perangai bersandar itu memang tabiat Ayah setiap kali dia mula rasa nak marah.wink!

Akhir sekali..Kalau kita buat salah,kita tak suka kita dimarahi kan? Jadi,anda rasa orang lain sukakah diamarahi walaupun atas silap sendiri?Renung-renungkanlah dan selamat beramal!


Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lantas berkata pada baginda "Wasiatkanlah kepadaku sesuatu" dan baginda bersabda "Jangan marah". Pemuda itu bertanyakan lagi berulang kali. Dan Rasulullah ulangkan juga berkali-kali "Jangan marah" [Imam Bukhari]


P/S:Kredit penulisan kali ini pergi pada tulisan si dia di Facebook.*uhuk3* Aku tambah-tambahkan sedikit di sana-sini saja. Agak sibuk kebelakangan ini. Isnin dah mula exam. Doakan aku ya kalian. Sehingga ketemu lagi. Wassalam.

8 comments:

anith said...

hurm marah anith pn dh kurang!
xde la trok mcm dl!



btw, ehem2 gedix tp comel la entry yg bwh!
auwww

norfaridahanum said...

cis,nk gak komen post yg bwh..haha

soffea said...

salam ziarah sini ;)

sy pon sedang belajatr mengawal marah~

ms. mac said...

i nak comment yg bwh gk: sweeeeeeettttttttt!!!

KecHiQuE oLiGoS said...

M***** kata; buat apa nk marah atau berdendam kat orang.. buat penat kita je.. kita dok panat2 memaki dia, berkeluh kesah, padahal orang tu tak tau pon yg kita marah kat dia.. :)

anyway, all the best for ur exam...

Anonymous said...

untuk anum:
Kamu janji yang terbaik untuk kamu dalam usaha dan yakin diri kan?
kalau tidak, nak hantar jenguk dimana sufia dan adiknya bila demam nanti?
jadi, exam sedia sehabis baik.sedia dengan si'DIA' yang Maha Mengetahui segenapnya ya anum.

untuk 'sidia' yang menulis:
Alhamdulillah.
Aku berkongsi tumpang redup dalam penulisan kalian.
Ya.
Marah itu api. Api benci. Dan benci itu bukan bawa apa-apa selain dari menculik rasional diri dari diri kita. Bukan?
=)

norfaridahanum said...

thanks to all for commenting in this post.

n special thanks to AJ.tunggulah aq abes exam,aq serang mailbox ko bertubi-tubi.haha

IMANSHAH said...

wah budak SOKSEK rupanya.sokseksoksek la juga ek kat dunia belog ni