Thursday, November 11, 2010

< 232 > Entri Macam Best

6.50 pm..Terjaga dari lena,masih bertelekung. Aish, minggu-minggu exam ini selalu saja TERtidur sekejap-sekejap...Pembetulan, sebenarnya,curi waktu untuk tidur sekejap-sekejap. 10minit pun sangat berharga untuk kembali cergaskan tubuh. Serta juga untuk membenarkan otak memproses segala input kemudian salurkan kek kotak memori. Yupp! Sebab itu,tips dua kupang aku,setiap kali lepas sejam menghadap buku, rehatlah dalam 5-10minit. Pergilah bersembang santai dengan kawan-kawan atau masak maggi. Selepas itu,kembalilah kepada buku [bersama maggi baru masak.Nyum3.HAHAHA]

Kembali pada kisah terbangun pukul 6.55 pm tadi. Terus aku gegas ke dapur....
Ok,baca ini dalam satu nafas sahaja.

Terus panaskan minyak dalam kuali sambil potong bawang dan ubi kentang. Bawa keluar sardin dari tin. Letak nasi. Kuali dah panas terus campak bawang dengan ubi kentang. Panaskan minyak dalam frying pan pula. Ambil timun dalam peti ais. Potong 2. Tak buang kulit dia terus hiris tak berapa nipis. Kacau-kacau sikit bawang dan ubi tadi. Pecahkan telur konon nak buat telur dadar campur cabai burung. Tapi gagal.Macam biasalah,terus cincang-cincang guna sudip..jadilah..scramble egg,kononnya! TOINK! Masuk sardin dalam kuali pertama,tambah air sikit, letak api sederhana.Siap!

7.10p.m dah boleh pergi mandi. Elok lepas mandi,nasi pun dah masak teruslah melantak,tunggu apa lagi. Oh lupa,baca bismillah dululah tapi.TOINK!

Maka inilah juadah paling berkhasiat dan cukup zat nutrisi di musim-musim peperiksaan ini. Apis,sila kagum dengan ke-efisien-an Anum. Heh!


Punyalah tak ada masa nak pikir pasal sayur. Timun pun jadilah labuuuuuuu. TEEETTTT!

P/S: Sardin dekat sinih mahal. Ayam Brand import dari Malaysia. Satu tin yang lebih kurang 250 gram tu kalau tukar RM mahunya RM10. Ke memang harga dia macam tu? Ha,kantoi.nama je Tesco Extra depan rumah.TOINK!

4 comments:

anith said...

anith sgt sukkkkaaaa sardin!
tp everytime masak sure mcm xjadi! i mean, mcm kering.

grrrr selalo faild masak bende2 simple mcm sardin n bubur nasik!

ok skrg bubur ns dh boleh! sardin la.. nae ntah org lain dpt kuah dye byk2!

and nape ntah anith cmmnt pjg2..
hahaha

HabHas said...

mohon tiru resepi ye doc.. :p cam student-friendly aje..yg penting..kenyang... :P... exam oh exam...

cimOt said...

masak dalam satu nafas ja!!fuhlamak weyh hebak mung!!

norfaridahanum said...

ahaha..anith,anum plak sgt x konfiden nk msk bubur nasi.sbb mama sgt power buat bubur nasi kan...so setiap kali buta rasa mcm loser je.x sama lgsg.

en.habhas,boleh2..dh masak hantaq mai sinih sket naaaaa..

cimot..hebak la sgt.cacamerba ja nih