Wednesday, November 03, 2010

< 230 > Mee Bandung


Untuk menyejukkan sikit atmosfera blog aku ini serta juga menyejukkan hati aku yang sedikit amarah,marilah kita sama-sama layan lawak di bawah.Kalau lawaklah kan..Aku jumpa di Facebook kawan aku.Kongsikan sajalah..


“Kisah Mee Bandung”
Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina … Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung …
Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana …
Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun …
NYUMMYYY!!!

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti …

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yangkeliru …
“Bang … abang dapat poskad yang peliklah hari ni,” kata Norzalina.
“Oh, tak pe … bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,” kata Ahmad Suffian.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihatAhmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!
Poskad itu berbunyi …
Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!

KWANG...KWANG...KWANG...

Ok,dah tak ada kerut. Kalau muka kerut,orang tak nak kahwin dengan kita.TOINK!

6 comments:

oren said...

wahahahhah....quadriplets!!!dahsyat ...memang pengsanlah si suami?eh die kawen dake dgn mistress indo mee tu?
haha..ayoish,awat tensen2?tenang2..emo sendiri2 dalam bilik air ,rendam kepala dan muka dalam timba sekarang.=))

zuldmn said...

hahahaha..

mengonggg!

shazruls said...

ok bley kawen dh...hehehe

Qiez AR said...

aku baru ingat masuk sini kang bleh terliur. ceh!

hahaha

doctor, ade cara scientific kah nk dpt kembar 4 gitu?

Amir Syahir said...

baru lepas mkn mee kari..sepupu tu.haha

norfaridahanum said...

oren : heh,mcm knal je petua tuh kak.hahahah

zuld :sekali sekala

shzruls :SAH! =P

lara :errr...i rasa mcm ada..tp bg i try dulu.hahahaha.

hiro :dilarang menyebut nama2 masakan msia di sinih..sensitif owh