Monday, November 01, 2010

< 229 >Sang Pelangi Pudar Warna

Sang Pelangi pudar warna...Pernah dulu aku rindu kamu. Pernah dulu aku sayang kamu. Pernah dulu aku cinta kamu.Sang Pelangi pudar warna...Pernah dulu aku kejar kamu. Pernah dulu aku tunggu kamu. Pernah dulu aku bersama kamu.

Sang Pelangi pudar warna...Telah aku relakan sebuah perpisahan. Telah aku redhakan kau cari kebebasan. Telah [dan masih]aku doakan kau ketemu kebahagiaan. Telah sembuh sakitku dipersiakan. Telah aku bangkit dari kekecewaan. Telah aku singkirkan segala kebencian kerana aku masih mahu berjalan ke masa depan berbekalkan tauladan dari picisan kenangan.

Sang Pelangi pudar warna...cukuplah dahulu sekali saja jalan kita bertemu. Aku tak kata kau seteru. Cuma aku lebih selesa kalau tak mendengarkan kamu.

Sang Pelangi pudar warna...hadir kamu tiada lagi membawa seri,tidak pernah kunanti lagi.Aku hanya mahu terus senyum dalam sisa nafas berbaki,ataupun menitiskan air mata untuk insan-insan yang layaknya disayangi..Jadi hari ini, dalam penuh rendah diri dan harap tinggi,aku pohon untuk yang terakhir kali,jangan pernah kembali ke sini...kerana ini kamar yang baru. Kamar bahagia aku,tanpa nyatanya kamu.


26 comments:

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

awk...
'engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri...'

yang berlalu biarkan berlalu.. kerana hujan akan tiba, dan pelangi baru akan muncul :)

Anonymous said...

i love u sweetheart!!
be strong as u r..
im here for u no matter how...


Lets Allah take care of it..
coz i noe u did wateva d best for urself n ur future....
i heart u~~

imanshah said...

allah hilangkan matahari, lalu Dia hadirkan guruh dan kilat, lalu kita menangis..

rupanya Allah ingin hadiahkan

oren said...

ok.i noe dis entry shud be in 'serious' mode kan,well i'll comment on dat later,tapi nak cakap ni dulu..HOTS giler pic tu...ala2 artis takmo paparazi kejap dah..dgn shades and everythin dat u wearing...kekke
ok serius sekarang..anum,doa banyak2,minta Allah jauhkan dugaan macamgini,minta dibukakan hati orang2 yang pernah membenci dan lupuskan dendam dan palit hati yang mungkin masih sembunyi..=)

anith said...

erk.!

take care~

hazimah said...

anummmmm~~
moga Allah permudahkan segala urusan ye.
jaga diri jaga iman :)

Lola MK said...

yeahh~~kelihatan aku di situ..hahah~enter frame jap..

"sy manager artis ni..n dis is a restricted area.reporters r not allowed 2 b here.hey u!no camera plz! tlg buat laluan,artis sy nak lalu..i sue u if take another pic!"

sekian sj..hee~

i like dis one.but pudar is not d best word 2 describe d rainbow.don't u think so?ngeee~~
*mode jahat*

bbsan said...

:p CRYSTAL CLEAR......

Anonymous said...

toink!apalah mslh makhluk asing tuh [bak ckp lola].semak lah weh.

he shall thank u sbb ko nih msh berdoa yg baik2 utk dia.oh lupa,perlu ke aku tulis kat sinih mcm mana usaha ko bersusah payah yakinkan his current gf to accept him btul2? [aku dah TERtulis btw:p]kelakar okay!sket punya baik ko angkat dia tinggi2, mintak dat girl bagi dia chance segala.cuba ko carik balik password skype ko weh,byk benda dlm tu boleh kasik itu org duduk diam2.

ape2 pun,tumpu pada exam yg nk dtg nih la ye.gudluck!

p/s:u noe u luv me!xoxo

Lola MK said...

atas ni sure tikah~n hell yeah!!betul!!plg suke ayat

"cuba ko carik balik password skype ko weh,byk benda dlm tu boleh kasik itu org duduk diam2."

haha!

good luck in u guys pny exam!

yourStalker said...

Buku cerita itu ada bab dan perenggan yang beza-beza.
Ada intro, klimaks dan ending nya.
Kalau cerita itu terlalu lurus dan mendatar, kita pasti hilang debar dan menjadi bosan hujungnya.
Lantas, sesekali ada obstacle datang golek2supaya kita ada short mission to solve.
Ah, aku anggap semua itu bisa buat hidup lebih enak hujungnya.
Ya, pasti.

This is part of the big puzzle; but of course you can handle it yourself my doc!

norfaridahanum said...

@izyan :pelangi petang? errrrrr... not a good choice nway.used 2 b out theme song.HAHAHA.ouch,kenangan oh kenangan

@anon 1755 : *hugs* TQ

@cikgu iman : pelangi!

@kak wanie : tenkiu...sy ikut senyum baca komen akak.terima kasih.sy doakan utk akak sekali,insyaAllah.semoga dipermudahkan segala urusan kita.amin.*hugs*

@anith :tq anith!

@k.zimah :*hugs*

@lola :oi oi...dah tuh nak taruh ape plak sygku? anon bwh ko tuh bukan tikah.ntah,aq yakin kuat bukan tikah.[sbb tikah yg no2 tuh.haha] xpelah,ada hikmah kot Allah buat aku lupa password tu. and thanks!sgt perlukan luck.

@bbsan :*high5* ini faridahanum bukan lisa surihani.ini dunia realiti bukan cerita adamaya laaahhhhhh.fast-learner u r =p

norfaridahanum said...

@ anon 0131 : tidak pernah aq padamkan apa saja jejak bicara yang kalian tinggalkan. jadi aq mohon sekali,jangan diheret yang tidak bersalah di sini.

jgn dibuka cerita2 lama yang aq sendiri pun hampir terlupa sebenarnya.sbb jujur,aq mahu nanti kesudahannya kalaupun kami tiada bersua,biarlah aku dan dia masing2 senyum gembira,tanpa ada cemburu dan dendam di dada,ikhlas mendoakan sama2 bahagia..

"dat girl", as u mentioned, is still my friend walau atas nama rakan blogger sekali pun,masih kwn aq.n as a very close friend,i know u know betapa aq peluk jaga kawan2 aq.mohon hormat dr kamu di situ.

Terima kasih *hugs*

norfaridahanum said...

@yourStalker : ah,berani pula mengguna nama begini ya..kalau org lain takut punyai stalker,hadir bicara kamu sentiasa aq nantikan,stalker.budiman se-orang tua se-orang bapa itu sentiasa dengar lain namun cantik isinya.

TQ stalker..doakan aq kuat,kerana untuk ktika ini,cukuplah dgn debar exam saja yang mengusik hidup aq.aq perlu berjaya untuk agama,untuk kedua ibubapa dan untuk anak kamu,sufia.

dtgnya takdir ini dr Allah,mungkin tanda kifarah,jadi pada DIA juga aq kembali dan mohon dianugerah kematangan dan kekuatan.

p/s:ini betulkan AJ? ayah aq dah mula tanyakan ttg kamu.HAHAHAHAH.kalau pernah ketemu dan cam dia di ipoh sana,tegur2 lah ya.

| Larasephia | said...

salam..semoga kau disana sejahtera dalam lindungan Allah.

serasa aku, pelangi ciptaan Allah itu tidak pernah akan pudar warnanya. Yang terlihat pudar itu mungkin kerana mata manusia tersirat perbatasan.mungkin selepas guna "eye mo" atau any other appropriate eye drop, pelangi yang tadi kau lihat pudar itu akan kembali sirna warnanya. Kau patut lebih tahu lah girlfriend, after all, you're a doctor okay! ;)

Tapi jangan silap faham girl, bukan aku nak encourage kau supaya embracing the rainbow again, tapi sebenarnya aku sedang cuba memujuk kau supaya tak membenci pelangi itu. kerana pelangi ciptaan yang indah.kan? jadi seperti saranan Lumut, tunggu lah dengan sabar akan hujan dan pelangi baru yang akan muncul selepasnya! :)

norfaridahanum said...

@lara...terima kasih untuk sisi pandangan yang berbeza.tapi,cop dulu! yourStalker itu bukan Lumut kan?aq kira itu pesan2 Lumut di kamarnya yang aq telah terlepas pandang.mustahil utk Lumut yang "something" itu untuk ikut jejak di sini.wat malu aq je weehhhhh kalo dia baca nih..

mcm nih la lara..apa kata kalau aq kata pelangi yang dulu itu adalah pelangi di mata seorang anak mentah yang tak mengerti bagaimana fitrahnya sebuah cinta itu untuk ditunjuk arah ke landas Yang Kuasa?

anak mentah dulu kini makin dewasa dan menoleh semula pada pelangi itu,warnanya benar pudar dan baru dia sedar..di mata mentahnya dulu,dia SANGKA itu pelangi.sedangkan itu sebenarnya bias2 cahaya silau,hanya mata yang sakit tapi masih mahu memandang ke depan,akan ketemu pelangi sebenar,insyaAllah.

sungguh,tak ada benci aq palitkan di hati ini.

norfaridahanum said...

oh lara!semoga dipayung rahmat Allah slalu juga atas kamu ya.maaf tercicir doa itu sedangkan kamu letak ianya di mula tulismu.

zuld said...

MELETOPP! =))

| Larasephia | said...
This comment has been removed by the author.
| Larasephia | said...
This comment has been removed by the author.
norfaridahanum said...

lara!x mahu delete =p
little soldier itu sahabat aq di bumi indonesia lah=) yeay!mmmg mahu jumpa dgn seramai rakn blogger yang boleh setelah lebih setahun hanya berkongsi bicara dan tulisan =)


apis!ya a aw!

| Larasephia | said...

opss, terdelete sudah. tlg jgn injek saya doc. :|

haha, maaf lah syg, RALAT. nama pun manusia. kan?
dan ini, nah, copy dan paste semula

Insyaallah.
dan
terima kasih.

lebih ramai mendoakan dan meng aminkan lebih sejahtera hidup kita d dunia. Alhamdulillah la kan?

bila mahu pulang ke tanah air? kepingin mahu bersua muka berkongsi lara. ewwahhh :P

norfaridahanum said...

hahahahaha.lara sweetheart.terimakasih sbb buat i ketawa setelah lebih sejam membaca tentang bakteria2 durjana ini.toink!

oh,i balik insyaAllah 19dec.smpi klia 20dec..jumpa jumpa..mahu!

yourStalker said...

Biar saja guna nama ini, agar boleh kamu delete buang apa yang aku tulis kalau kamu mahu.
Itu kan guna nya ada comment moderator!

itu pelangi!
sana itu juga pelangi!
yang sana juga pelangi!
ah
mana yang benar pelangi?

percaya atau tidak
semua itu cuma bias cahaya yang nampak cantik buat seketika.
tak lama
kemudian hilang
dan padam

kenapa dia datang kalau hujungnya hilang?
mudah.
hidup ini tidak ada yang panjang melainkan di sana.
dan
gembira dunia hanya sekejap buat kita tersenyum; dan sebelum ketawa kita yang pertama tadi tamat, dah datang bergolek duga yang pertama, dua, tiga dan sepanjangnya.

Jadi?
doakan saja semuanya baik2
dan kita tak terlalu asyik dengan padangan bias cahaya itu, lantas gelincir tanpa sedar; dan gagal bangun-bangun lagi.

p/s: aku stalker yang suka tengok kamu gembira. dan boleh saja petik kata-kata dari pelusuk mana untuk kamu tumpang baca, agar yang baik itu untuk kamu dan keluarga. insya'Allah.

yourStalker said...

FEEDjit & Kiraan Pengunjung
I HATE STATISTICS.I LOVE STALKERS

AKU BUKAN TUKANG BANCI.KAMU LANGSUNG TAK DIPERHATI

LETS BE FREE.LEPAK SAJA DI SINI

:)

norfaridahanum said...

stalker yang aq kagumi,
terima kasih utk titipan ikhlas kamu dan atas setianya kamu mampir ke sini.dan atas kejujuran kamu memberi sisi yang beza pada setiap tulisanku.

ini ruang bebas utk aq bersuara..dan kalian hadir juga patut rasai kebebasan itu. terkilan aq ini kerana terpaksa menggunakan comment moderator.janji aq,ini untuk sementara waktu sahaja. sampai kecoh2 ini reda dan aq selesa.