Tahun lepas, pada tarikh ini,aku di Dubai
Tahun ini, di India semula. Terperangkap dalam peperiksaan akhir universiti yang boleh buat kau qada' tidur 12jam setiap kali lepas habis satu subjek,tidak sedarkan apa-apa,serta tanpa rasa bersalah.
Tahun-tahun sebelum ini,memang di Malaysia lah. Di samping keluarga tercinta. Dan mereka memang membahagiakan dan selalu membuatkan tarikh ini menjadi lebih bermakna.
partners in crime
Lebih-lebih lagi si Athifah la. Tahun lepas,aku baru touchdown di Dubai Airport, baru nak cuci-cuci muka, si genit yang tak berapa nak genit tu dah sibuk telefon.Pagi tadi sama juga.Tak nyempat-nyempat!Pagi-pagi buta waktu Tok Imam Masjid Idghah pun baru buka mata aku rasa,si genit ni dah sibuk-sibuk telefon. Semalam lepas dating makan KFC yang baru buka kat City Centre, aku balik terus tidur terbungkang tanpa sedikitpun ingatan pada dunia fana. TOINK! Sedar-sedar telefon berbunyi,nombor ayah yang naik, terus aku angkat bagi salam dan cakap
"Ha genit,cepatlah wish birthday Kak Anum!"
Dan kami dua pun ketawa besar. Bahagia kau tahu. Tambah pula bila dengar Mama gelak gedik-gedik kat belakang Athifah tu. 10 kali ganda bahagia! Walaupun mata masih tak dapat nak bukak sebab diselaputi taik mata. TOINK! Tak apalah..bahagia itukan lebih pentingnya untuk dirasa dalam hati,bukan untuk dilihat. hahaha,memang TEEETTT je ayat.
yang tengah-tengah itu si genit.eh,tak genit pun? =p
1 Muharram,kalau dari segi Islamnya,kita lihat ini sebagai satu permulaan tahun yang baru. Besar dan betapa signifikan-nya tarikh ini dalam hidup aku memang tak dapat aku nafikanlah. Kalau bercakap tentang azam, cita-cita dan pengharapan...rasanya sejak lama dulu aku lagi gemar merancang satu tahun ke depan bermula pada tarikh ini. Untuk bercerita tentang semua itu memang tidaklah. Itukan rahsia masing-masing.TOINK! Yang pastinya,mahu menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.Bukan?
Jadi di kesempatan ini juga,aku nak ucapkan terima kasih kepada Mama dan Ayah.weee~~~~ Untuk Mama yang sanggup usung Anum ke hulu ke hilir [dan ke Kg.Kuang Hilir,Chemor.HAHA] selama 9bulan lebih kurang hinggalah Anum selamat keluar ke dunia secara kuak lentang pada pagi 1 Muharram 1410H.Terima kasih kerajaan Malaysia sebab bagi cuti 1 Muharram. Kurang-kurang masa Mama kepenatan hari itu,adalah Ayah untuk temankan Mama sekejap,kan?
Dan yang pastinya,pada tarikh ini,walau sesibuk mananya aku belajar belajar dan belajar, berfoya-foya, berjalan-jalan melihat alam,bercinta, bergelak ketawa mahupun bersedu sedan, akan aku peruntukkan masa untuk diam atas sejadah, merafakkan syukur, mempersembahkan taubat dari lubuk hati yang dalam...dan....Sadaqallahulazim....
Aku kembali semula pada helaian pertama Al-Quran.
8 comments:
walau dmana kita berada...biarlah perubahan itu dari diri n hati...insyaallah
moga2 kehidupan bertambah gemilang..selamat awal muharram :p
Selamat tahun baru kak anum. :)
oh anum,ku sgt cuak nk viva. lagi sejam nk viva. aku dok tgk blog ko. cbe bce,tp tak masuk. bkk bku pon dh tak masuk. cuak2.......patho...cuak..... ok,nnt aku try bce blk n3 ko nih. hah!!
nice entry! huhu.
mana shoutbox? nak bgtau, anda dah kena tag, cepat datang ke blog saya ^^
http://adamhafismaarof.blogspot.com/
misai ayah mu norfa. saya sukaa haha salam maal hijrah norfa. n ayah nya :)
happy birthday !
elehhh
Post a Comment