Friday, December 10, 2010

Siri 24 : Nafsu

Assalamualaikum. Jurnal Jumaat bersiaran kembali.Alhamdulillah sebab aku dikurniakan kesempatan masa dan tenaga untuk menulis dan berkongsi dengan kalian semua di sini.

Hari ini nak menulis pasal nafsu. Sebenarnya, macam-macam yang terlintas di fikiran aku masa mengulangkaji Mikrobiologi yang buat aku jadi lebih sayangkan agama aku ini.Tapi untuk hari ini aku kongsikan yang ini dulu.InsyaAllah,ada kesempatan aku tuliskan tentang yang lain pula.

Tentang virus HIV yang menyebabkan penyakit AIDS

Ayat dalam nota Mikrob aku berbunyi lebih kurang begini ..................
"There's no evidence that HIV can be transmitted via insects or other vector" 
Virus ini memang modus operandinya ala-ala "killing me softly". Slowly but surely. Hari ini kena jangkitan, 10-20 tahun kemudian baru ketemu ajal. Paling awal 5 tahunlah. Ada yang bernasib baik, tak akan sakit pun hinggalah mati disebabkan penyakit lain.Virus ini menginap dalam darah. Bila virus ini mula saja "beranak-pinak" dalam darah..memang harapanlah..Ia kekal selama-lamanya. Virus ini tak boleh hidup/survive lama-lama luar dari tubuh. Tapi yang ajaibnya,tak ada kajian sains yang dapat membuktikan lagi yang virus ini dapat disebarkan melalui nyamuk. Cuba tengok penyakit denggi dan Chikungunya, virusnya dalam darah juga. Nyamuk Aedes gigit manusia yang kena denggi, ambil virus sekali dan sebarkan pula kepada mangsa seterusnya pada gigitan seterusnya. Demam malaria,kumannya dalam darah juga. Disebarkan pula oleh nyamuk Anopheles betina.Jadi, kenapa agaknya? 

Ini sekadar pandangan tak sedalam mana dari akulah. Sebabnya, HIV ini penyebab utamanya tersebar ialah bila nafsu tak dikawal akal. Main tibai dan bedal saja siapa yang ada depan mata. Tak kira halal haram. Nafsu pada pandangan akulah,hak milik ekslusif setiap individu. Maknanya,sendiri kawal, susunatur dan latih jadi elok.Ye tak? Kalau elok,datanglah sehebat manapun godaannya,insyaAllah masih kuat juga jiwa seorang hamba itu. Oh,cuba bayangkanlah  kalau Allah jadikan nyamuk itu berpotensi untuk jadi agen penyebarnya? Tak pasal-pasal..tapi Allah tak ciptakan macam itu.Mudah,sebab Dia Maha Adil.

Tapi, tak dinafikanlah juga ada kes jangkitan HIV disebabkan oleh proses pemindahan darah yang tak efisien. Kasihan. Tapi mengikut statistiknya tak sampai 1% pun. Sebab apa? Sebab Allah kurniakan kita ilmu dan teknik sains untuk kenalpasti virus ini dalam darah. Subhanallah. Jadi darah yang tercemar memang bank darah tak akan bagi peluang, terus bye bye bye.TOINK!

Sebenarnya,para doktor,jururawat dan kakitangan perubatan serta paramedik juga adalah golongan berisiko tinggi untuk terkena jangkitan HIV. "Needle prick injury"..istilah yang selalu digunakanlah. Elok-elok dah cucuk orang pastu jarum yang sama tercucuk tangan sendiri. Wallaweeyhhh.Aku pernah baca dalam novel "Denyut Kasih Medik". Memang kasihanlah. Cuak juga tolong!Apalagi kalau kes-kes kecemasan kan.Mana nak tahu pesakit yang datang itu ada HIV ke tak. Apapun memang dah ada langkah berjaga-jagalah. Kalau ikut protokolnya,kena pergi buat laporan. Dan kalau pesakit memang sah-sah ada HIV,rawatan segera untuk diri sendiri kenalah dimulakan Sebab macam aku cakap awal-awal tadi, kalau HIV mula dah beranak pinak memang menyesal sahajalah yang tinggal.Tapi ada SEDIKIT masa dalam beberapa jam untuk HIV masuk ke dalam badan,cari sel terpilih dan kemudian barulah beranak pinak.Doktor-doktor yang alert memang akan mulakan terapi serta-merta untuk halang HIV dari beranak pinak InsyaAllah,kerja anda tolong orang,Allah pasti akan tolong anda.Percayalah itu.

Yang lagi satu aku kasihan, ialah anak-anak tak bersalah yang jadi mangsa sebab HIV ini boleh merentas rahim. Maknanya,kalau ibu ada HIV,bayi dalam kandungan kena sekali.Kasihankan. Tapi kalau dikaji semula, penyebab perkara ini ialah...jeng jeng jeng
1) angkara si ibu yang "ter"silap pilih kerja
2) angkara si ayah [dan sebab itulah Islam gariskan panduan mencari suami,isteri dan juga Islam perkenalkan undang-undang syariah yang sangat adil dan membela wanita]

Tapi....yang paling aku kasihankan....mangsa-mangsa rogol si penagih dadah segala. Yang ini, memang aku hanya mahu peluk dan menangis bersama. Yang aku mampu pesankan hanyalah, Tabah dan ingatlah,Allah pasti lebih sayangkan kamu. Dan semoga kamu termasuk antara golongan bernasib baik yang tak akan menderita sakit itu hinggalah ke akhir hayat kamu.

Ok,cukup-cukuplah emosi. Kita sambung sedikit saja lagi tentang nafsu. Al-Quran menyebut tentang 3 nafsu.

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baik"{89:27}
Nafsu Mutmai'nnah (jiwa yang tenang)

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati) {75:2}
Nafsu Lawwamah (jiwa yang menegur dan menempelak setiap kali berbuat baik dan jahat - ketika berbuat baik,jiwa ini akan menempelak kerana tidak cukup bagus,ketika berbuat jahat,jiwa ini menegur kerana sesal)

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." {12:53}
Nafsu Ammarah(mengajak ke arah maksiat dan kejahatan)

Ingat,Islam tidak mengajar supaya nafsu itu ditiadakan langsung kerana nafsu itu lumrah dan fitrah manusia. Dan disebabkan itu,Islam juga mengajarkan bagaimana untuk kita disiplinkan nafsu tersebut. Yang itu..macam kena tulis lain kali pulalah ya. Harus kembali kepada buku.Ahad ada praktikal Pharmacology. Killer subject.TOINK!

Sehingga ketemu lagi di lain jurnal ya. Semoga kalian dalam lindungan Allah selalu dan dikurniakan iman yang berlipat ganda tambahnya di setiap hari yang baru. InsyaAllah.

Yang baik itu ilmu kurniaan Allah, yang kurang itu memang khilaf aku sebagai seorang hamba juga. Wassalam

3 comments:

HabHas said...

terima kasih dan tahniah doc :p jurnal menarik..sepatutnya segala ilmu yg dipelajari makin mendekatkan diri pada allah..doc berjaya menghasilkan dan mempamerkan dlm penulisan kali ni.. (seblom ni pon ade..toink..tett) tahniah..
yups..nafsu perlu dibebaskan secara "terkawal" & x perlu nak 'dikuarantinkan' ..bahaya oh!.. menunggu nex jurnal..thumbs up.. mg sentiasa bertambah iman n amal doc jg.. *wink.. all da best..

cimöt said...

TIONK!TOINK!

betol!jgn dibiarkan nafsu mengawal diri..

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

singgah mbaca satu lagi pandangan pakar tentang hiv. t kasih.