Wednesday, January 26, 2011

< 244 > Kelip-Kelip

Hai,aku tak tahu kenapa sekarang semacamnya aku tak ada mood lah nak update blog macam selalu. Nak kata semester yang baru ni sangat sibuk ataupun hectic orang putih kata,tak adalah sangat pun. Asyik banyak kelas cancel, takpun perubahan jadual kelas secara last minute. Tapi memang dah agak dah akan jadi macam tu sebab sekarang dah mula belajar subjek-subjek klinikal secara total. Jadi, kelas memang akan ikut kesesuaian masa tenaga pengajar sajalah. Menakutkan jugalah. Tiba-tiba ada kelas pagilah, tiba-tiba tak ada kelas, tiba-tiba tambah kelas pulak.

Tapi sebab aku memang dilahirkan sebagai superwoman yang mampu siap cincai dalam masa 15minit sahaja,aku redahkan juga,terutamanya bila kelas pagi. Aku pun tak tahu kenapalah aku macam mengalami jet-lag yang teramat sangat. OK tipu!India dengan Malaysia beza waktu 2 jam setengah saja. Aku rasalah badan aku belum betul-betul tune in untuk belajarlah. Tidur mesti nak 6-7 jam juga kononnya esok pagi bangun boleh terus pergi beli nasi lemak dekat gerai simpang jalan je.Alih-alih makan nasi lemak dalam mimpi sajalah Faridahanum oii..TOINK!Tampar pipi sendiri sambil cakap 100 kali "I'm in Yiiinnnnnnndiya".*sebut betul-betul...Yeahhh!!!!Yiiinnndiiiyyaaaaaaaa!

Kelas pukul 8 pagi,pukul 7.42 baru nak bangun. Kocoh-kocoh la siap kan. Selalunya kalau dah macam ni,memang aku mandi 5 minit, sarung t-shirt, pakai kot putih lengan panjang sebab nak cover kan t-shirt yang sangat tak professional dan tiada etika tersebut, sarung tudung indon dan seluar!!! Ya kawan-kawan,seluar adalah instrumen terpenting untuk menyertai gerakan memanjat pagar beramai-ramai bersama-sama tempe. Memang aktiviti pagi yang sangat sihat. Mula-mula dulu aku segan juga sebab kolej aku tepi jalan besar je. Nak pukul 8 tu memang kenderaan bersimpang siur lalu.Tapi sekarang tidak lagi. Penuh stail aku panjat dan lompat dari pagar tersebut. Kalau nak masuk ikut pintu utama kolej akan membazir masa selama 2 minit-satu pembaziran masa yang sangat besar sebab pensyarah-pensyarah dekat India ini sangatlah punctual. Once dia dah masuk kelas,berdoalah dengan penuh harapan agar dia diberikan hidayah untuk benarkan kau masuk juga kelas tu. Aku pernah kena halau tak dibenarkan masuk kelas sekali masa kelas pertama semester 4. Nasib baiklah Sir Anand [Respiratory Medicine] tu cakap baik-baik "You're late,sorry.Please leave ".. 

Kalau dapat yang mulut laser kenalah ayat macam "Come next time!" Sentap!

Ada juga yang buat sentapan secara halus dan santai dengan soalan berbunyi "Don't you think you're too early for next class?"

Atau yang malas nak buat ayat-ayat sentap,hanya akan berkata "No!" siap dengan tangan talk to the hand tapi muka maintain pandang slides show.Sentap tak sentap tak?

Ada juga jenis yang tak mahu cakap apa-apa,sebaliknya sekadar main kibas-kibaskan tangan saja..memang bye bye bye tata titi tutu wassalam la jawabnya. 

hurmmm..dah banyak pula aku tulis ya. Apa lagilah nak cerita entah. Oh, sekarang tengah posting Ophthalmology / Eye.. Tak banyak nak cerita sebab boleh katakan majoriti kesnya,kes cataract. Mungkin dalam BM kita panggil katarak kot?Macam pernah jumpa saja perkataan tu..eh ke Lebuhraya Karak? TOINK! Jadi duduk hospital memang asyik main-main torchlight je.Kelip-kelip.HAHAHA.Takpun tiap-tiap harilah pergi test power dengan Snellen's chart. Lepas tu rasa macam wahhhh!magiknya setiap hari datang posting mata macam dah berkurang darjah kerabunan padahal sebab dah hafal dah huruf-huruf dekat chart tu.. TOINK!



Sabtu lepas sempat jugalah masuk dewan bedah tengok pembedahan nak buang cataract / katarak [minta-mintalah ada perkataan ni dalam Kamus Dewan]. Nah,aku bagi kau orang tengok sikit macam mana rupanya pembedahan yang aku tengok tu. ECCE-Extracapsular cataract extraction.

Amaran : pastikan anda tidak dalam posisi menguyah atau mengulum [opps!] apa-apa ketika menonton ini. Terima Kasih.


Ala-ala macam inilah lebih kurang.Tolong la salute kat aku ye. Aku pun tak percaya macam mana aku boleh bertahan tengok doktor tu buat 3-4 ECCE ni. Yang doktor tu pulak lagilah kena double salute sebab lepas habis satu patient je,dengan penuh yakin dia next..next..next..Dalam 3 jam,minimum 12 cases settled! TEEETTTT!

Sedikit fakta ringkas berkenaan mata

Ukur lilit = 75mm
Panjang = 24mm
Lebar = 23.5mm
Tinggi = 23mm
Berat = 7g
Isipadu = 6.5ml

Toodles!

7 comments:

anith said...

lastic eye surgery bahaya x?

udienjai said...

Tak rasa cool ke ECCE tu?!

oh memang bab halau 'NO - talk to the hand' tu sangat mantap. seriau jugak kalau kena kat diri sendiri!

beruang diabetes said...

hurm. dolu pegi kelas, dlm labcoat saye penah pakai..hurm..pakai..hurmm..haha..xpe la, xjadi nak taep..HAHA.
malam~

norfaridahanum said...

anith,lastic ke LASIK? anith ada silau ke?xdelah sakit manapun yang..kalo mcm yg surgery nih pun,xde jahit2 apepun,mana yang kena toreh tuh semua self-sealing je. zaman laser2 nih lagiklah..sakit sikit mestilah ada especially bila kesan ubat bius dah hilang.

sudien,the more cool /cool-er it is, the less RARE! it is.haha.ko mcm x tau aq..nak yang rare aje.

nadfati, ape?ape? sleeveless? spaghetti strap?tunggulah musim super-hot nnt.hoho

Unknown said...

uh.. bagus la ko ni.. :)

IMANSHAH said...

bakal dr ke??anak murid saya ramai di india

norfaridahanum said...

cikgu imanshah..ramai ye..salah seorangnya rohil azuan ramli kan?

heidi =)