Monday, January 03, 2011

Sana Sini

Al-maklumlah bila balik Malaysia jarang-jarang macam ini. Setiap saat harus dipenuhi dengan temujanji dan aktiviti-aktiviti bermanfaat (la sangat!)

Oleh itu, aku mohon maaf sangat pada pembaca-pembaca setia blog aku yang tak seberapa ini (macamlah ada!) sebab aku dah jarang-jarang menulis.Ada berlonggok entri sangkut kat peti draf. Baru letak gambar,Mama dah panggil suruh tolong dekat dapur. Baru nak tulis sastera, Along dah ajak tengok Magika.

Yang ada pun entri mp3 merah jambu saja lah. Itu wajib. Kalau tak nanti ada orang merajuk tak boleh nak belajar. Final professional exam dia dah la lagi seminggu. AJA AJA AWAK!

Harap belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua. Semoga beroleh bahagia, sukses dan yang penting, rahmat dariNya dalam menjalani hari-hari yang mendatang.

"The year is almost gone, but it has also made us strong.The path was long but we walked it with a song. There were tears and fears but we also had reasons for cheers" - Auntie Jamie


Dan juga baru rasa nak tulis entri panjang sikit saja,dah ada panggilan telefon masuk. HEHE. maaf, yang ini wajib dijawab. rindulah! *langgar dinding 100 kali

3 comments:

*cimOt* said...

berjalan tak cukup tanah!!

hazimah said...

amboih2.

aina mardiah said...

manfaatkan masa dkt M'sia :)
best!