Saya seorang yang sangat percayakan hubungan antara tubuh badan dan alam. Baiklah,ayat pertama tadi kedengaran sangat pelik pula. Tapi kurang lebih,begitulah yang saya cuba sampaikan.
Saya percaya yang selepas suatu ketika atau suatu perkara yang menuntut penumpuan minda melangkaui gabungan penumpuan minda Detektif Conan dan Hajime Kindaichi, ataupun kerahan tenaga yang melewati batas kemampuan Son Goku dan Sailormoon R,badan akan menjadi haus dan dimamah keletihan yang amat sangat. Dan di saat ini,untuk kembali ke puncak prestasi,saya harus melarikan diri ke daerah asing,sekadar untuk mengundang sunyi pada diri. Kesunyian yang dihadiahkan oleh tempat-tempat istimewa ini bukanlah dikira dari jumlah nafas nyawa yang menderu di situ,kerana jujurnya, ramai sahaja yang seperti saya. Yang pergi mencari sunyi dalam indahnya semulajadi bumi.
Pada saya,tempat-tempat sebegini seolah-olah mempunyai satu loji janaan kuasa yang luar biasa unggulnya mengatasi loji nuklear Chenobyl dan bisa melampiaskan zarah aura dan tenaga cerapan Bima Sakti kepada apa/sesiapa sahaja yang berada dalam zonnya.Maka tidak hairanlah selepas hampir sebulan kembali ke India,saya mengambil keputusan untuk melarikan diri sebentar.
Pantai Parangtritis,Jogjakarta pertengahan 2009

Bukit Broga, hening pagi awal Januari yang lalu
Pada saya,tempat-tempat sebegini seolah-olah mempunyai satu loji janaan kuasa yang luar biasa unggulnya mengatasi loji nuklear Chenobyl dan bisa melampiaskan zarah aura dan tenaga cerapan Bima Sakti kepada apa/sesiapa sahaja yang berada dalam zonnya.Maka tidak hairanlah selepas hampir sebulan kembali ke India,saya mengambil keputusan untuk melarikan diri sebentar.
Kalau diikutkan,sekembali sahaja ke India kekuatan minda dan tubuh saya sudah diuji.Berkelana seorang diri selama 12 jam [11malam-11pagi] di Terminal Satu,Lapangan Terbang Mumbai. Dan menghadapi semester baru yang rata-rata pensyarahnya penuh dengan kejutan macam yang saya ceritakan di entri <273>. Sibuk mengendalikan kerja-kerja badan pelajar Malaysia yang mungkin dilihat enteng oleh sebahagian pihak. Jenuh bila anda tahu yang anda uruskan bukan calang-calang acara,bukan calang-calang orang,bukan calang-calang wang.Serta juga musim pertandingan sukan dan kebudayaan tahunan antara batches telahpun kembali. Ah,anda pun kenal saya bagaimana bukan?
mengagumi Pencipta Gua Trang Bulan, Tekam, Jerantut,Pahang dalam lewat malam awal 2008
Saya mahu dan harus lari sebentar mencari sunyi itu. Sunyi yang meminjamkan kekuatan dan ilham. Dan saya akan kembali dengan semangat , tenaga dan fokus yang baru. Malam ini saya pergi. Dan nanti akan saya kembali... Sebelum perlawanan akhir menentang juara bertahan minggu hadapan. Sebelum sibuk selama sebulan mengendalikan acara-acara besar dan orang besar. Sebelum berteleku sendiri menyusun langkah tari. Sebelum berlari-larian di balapan.
MAKA SEKIAN SAHAJA PENULISAN TERSOHOR AKU HARI INI. NAK PERGI BERCUTI PUN BANYAK MUKADIMAH NAK DIBERI.hahaha. AKU KE MANA? ENTAH!KALAU IKUTKAN,AKU MAHU BERKEMAS DAN BERMALAM ATAS SAMPAN SAHAJA.IKUT SAJA KE MANA ARUS MEMBAWA AKU PERGI.BERNAS TAK IDEA?KE MUSTAHIL?
Aci redah saja!!!Lets go,babeh!!
dibuli lembut oleh ombak dan bayu Teluk Batik hujung Disember lalu
7 comments:
hav a safe journey doc..replenish all d energies..with lots of stories and memories to be cherish and written :P ..
thank u dr.!!!
p/s:cherish tuh patutnya cherished kot?=p
have fun and a safe journey ok?=)
ehhh saya dalam gambar tu!!!!!!! hahahaha
teringin mahu ke bukit broga
semoga bertemu kembali dengan damai yang hilang, sahabat :)
eh awak g mana?
Post a Comment