Sunday, April 10, 2011

< 261 > Kisah Penglipurlara

Ada seorang penglipurlara. Hidupnya penuh cerita,dia rasalah. Jadi dia pilih untuk bercerita. Cerita sahaja apa yang dia suka dan kira boleh dicerita pada khalayak awamnya. Ceritanya tak disampai melalui bicara lisan tapi pada satu persatu abjad yang diletak pada sekian-sekian susunan. Dia pun tak sedar sebenarnya dah terlalu lama juga dia bercerita pada entah siapa-siapa yang membaca. Kadang-kadang dia risau fikirkan kalau-kalau dalam kalangan pembacanya ada yang tidak suka pada ceritanya lantas nanti dia dipulau. Atau dituduh sasau dan segala macam -au -au lagi. AUUUWWWW!!!! Ada masanya dia fikir mahu berhenti dari berkongsi,tapi kemudian nanti kalau dia hidupnya sunyi,hatinya sepi, ke mana mahu dia lari pergi? 


Penglipurlara mulanya dulu bercerita secara sembunyi-sembunyi. Di kamar sendiri yang berkunci. Sekadar melepas lelah dan rindu di hati. Pada kasih yang tak sudi. Pada cinta yang telah pergi.Sekadar untuk handai taulan kesayangan.Yang tidak jemu meminjamkan telinga bila penglipurlara bercerita, meminjamkan bahu bila penglipurlara menangis sehabis mahu. Yang mahu penglipurlara terus melangkah gagah. Yang menghulur semangat kuat.Kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih sahabat? Rela saja bila kain baju dibasahkan air mata dan hingus yang mengalir lebat!HAHAHAHA.


Melewati setahun..Penglipurlara makin besar. Penglipurlara mahu keluar. Cinta lama bukan lagi subjek utama. Penglipurlara mahu bercerita pada dunia luar. Tidak tahu sama ada itu bakal jadi satu tindakan bijak atau tindakan budak. Hari ke hari, dalam cerita seloka, ada yang terhibur sama. Dalam titipan rohani, ada yang ikut berkongsi. Dalam keluh letih,ada yang menghampar ucap sabar. Dalam hujah pendapat, ada membalas pedas. Dalam botol ada apa?Hah,yang itu tanya Raja Azmi lah.HAHAHA. Yang pasti, penglipurlara mahu terus di sini,tidak mahu berkalih lagi. Sampai bila?Penglipurlara pun tak pasti.


Semalam,penglipurlara senyum dalam keterharuan saat sembang panjang dengan pembacanya yang lama menghilang.Yang punya jiwa menawan seorang sukarelawan. Yang penglipurlara pernah sangka hilang ketika berpergian di Haiti membantu mangsa gempabumi. Dulunya bujang kini dah beristeri, dulunya gemuk sekarang tambah 5kg!HAHAHA. Dulunya di UK, sekarang dah di Kuwait, entah bila nak balik menetap di Malaysia oiii. Dulu cakap Melayunya tunggang terbalik, sekarang bangga gila sebab dah reti guna perkataan "merisik".TOINK! Katanya,terima kasih pada si isteri-yang sudi tinggalkan kerja mengikut suami,di senggang masa internet dilayari, dan "blogwalking" macam dah jadi hobi. Sudahnya isteri ketemu penglipurlara yang masih bercerita tanpa jemu. Penglipurlara yang sentiasa ingat setiap susuk makhluk yang pernah masuk menjenguk membaca cerita yang disampai penuh khusyuk. Penglipurlara yang hingga ke saat ini  masih canggung dengan canggihnya teknologi,hanya mampu memulangkan kagum dan syukur pada yang selayaknya.

Hari ini,penglipurlara cuma mahu mengucap salam sayangnya pada semua pembaca. Sama ada pada yang dah layak digelar sang setia atau sekadar singgah tanpa jejak dan nama. Mahu semua tahu yang berharganya kalian kalah si berlian.Sebab penglipurlara lagi suka emas putih dan platinum.HAHAHA.Tapi percayalah, setiap satu kalian fi'ilnya berbeza dan istimewa. Baik AJ Nismihan, Larasephia, Naz ataupun Cimot. Raja & Isteri. Hamzah Ian & Cikgu Imanshah apatah lagi! Serta juga rakan-rakan yang penglipurlara pernah bergaul hebat, berpelukan erat dan bergandingan rapat..Semuanya..

"Semoga hidup kalian dilimpahkan berkat,mati kalian dalam rahmat, dunia kalian terhindar maksiat dan akhirat kalian beroleh syafaat.Amin."

Esok,jika cerita penglipurlara tiada lagi, saat nafas terhenti dan jasad dijemput Ilahi, penglipurlara cuma mohon kirimankanlah doa seikhlas hati.Ah,adakah yang sudi? 

TEEEETTTTTTTTTTTTTTTT! Okay,dah..pergi sambung kerja lain. Sayang selalu.

23 comments:

oranglidi said...

ni prtama kali ak kesini. susunan bahasa yg indah. hehe.

smpai knal rapat dgn pmbaca tu. bagusla, berblog biarla knal sampai ke alam realiti kan.

smoga truskn berpenglipurlara.

NAZ said...

norfa. i nak peluk u sekarang juga. ok fine i tahu tak boleh hahaha. terima kasih sudi kawan dengan saya yang tak bersekolah apatah lagi berpelajaran tinggi macam mereka2 yang lain :) kalau pergi sekalipun bagitahu tanam kat mana senang i nak tabur bunga hahaha

norfaridahanum said...

@org lidi : hello =) rapat ke? x adalah...x pernah jumpapun.semua sembang2 dlm internet nih je. thanks!

@naz : weeekk!x boleh x boleh. oh nanti jelmaan i ketuk tingkap u gtau kt mane tanam ye.haha.tp harap2 masa tu u x kawen lagik.HAHAHA

IMANSHAH said...

salam

wah nama saya pun ada gak..huhu..

salam kembali buat penglipur lara..huhu

semg selamat slalu di sana

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. jemput la singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my experiences travelling ke 45 buah negara.. :)

HabHas said...

waa...sgt suka keindahan bahasa + sgt bermakan..teruskan cerita penglipur lara.. "SALAM SAYANG" juga.. :p

oranglidi said...

kalu dah sampai sembang tu kira rapat jugek le. hehe

cimöt said...

yeahhhh..naz xboleh pelok..tp ai bolehhh..hahahaha..

setiap satu kalian fi'ilnya berbeza dan istimewa..hohoho..sukeeee..

oh penglipurlara nanti blk malaysia harap2 dapat jumpa..hihihi

norfaridahanum said...

@imanshah : insyaAllah.thanks atas doa.tapi june nak balik ipoh jap.yahooo!


@jhazkitaro :org parit buntaq nooo? slmt kenal.dah ushar sket2.nnt kna baca lagik sbb byk negara kottt! =)

@HabHas :haha,nasib baik ckp slh eja..bermakna ek? heh,kalo bermakan hati pun tarak sape nak pujuk laaaaa baiiiii sayanggg=p

@orglidi :=))) layan aje

@cimot :u n naz mmg rival gila ek merebut ai..terharu makkkk.haha. insyaAllah.ade la 1 week kalo nk jumpa pun.but i expect it to be really hectic.LCCT ok!haha

Lola MK said...

hahaha..hampas gile encik naz ckp

"kalau pergi sekalipun bagitahu tanam kat mana senang i nak tabur bunga hahaha"

lola saaaaayyyyaaannnggg anum! =)

zuldmn said...

hohohohohohoo

gadisBunga™ said...

salam. teruskan berblog. :D

norfaridahanum said...

@LolaMK :naz memang ade trait sengal yang tahapehape.haha. sayang kamu jugak lola!

@zuld :haaa..nk report r tuh

@GB : insyaAllah=)

Abidin Sani said...

biar yang berbasah sayang itu resapnya dalam hati tak pernah dibiar kering. agar tak merekak dan pecah pulak hati itu esok lusa.
dan biar, sebaiknya simpan untuk momen yang tak terjangka.

ah.
siapa-siapa saja mahu kata itu ini luar dari post kamu kan Dr Wannabe.
*smile*

teruslah berkisah dengan cara kamu sendiri anum, kerana itu yang buatkan kamu meresap dan lekat pada ingat aku dan yang lain. Biar anum itu anum, baru ada umph; barangkali.

untuk seterunya; aku ulang ucap cliche ini: jaga diri seboleh-Nya.

*smile*

salam

norfaridahanum said...

ke mana kau menyepi encik abidin sani???aq ada kirimkan emel tapi malangnya emel kau dah x valid. adeyh,ape cer?

Abidin Sani said...

as Doc you suppose to know better than me that every life will come to end; and just call it the end for 'me'.

*smile*

tahu tak, bergaduh itu cara yang perit untuk kita kenal satu sama lain; tapi yang itu cukup berkesan. Bertekak lah dengan penuh berhikmah, dan nanti kamu jumpa mutiara bagi setiapnya; andai kamu cuba sedalamnya.

cari equlibrium point, and you need both to sacrifice part of yourself to make other people happy: and we often call them tolakansur.

Biarlah bergaduh sekali sekala, dan banyak kali pun tak apa; asal kamu berdua kutip hal yang baik bagi setiap perbalahan. kita belajar banyak benda dari kesusahan; dan itu sendiri element of life!

you are survivol girl; you cant be 'beaten' once and say 'i am done'. that is not so anum i believe!

wake up and find the best diplomatic way to solve the fight; and you will treasure something bigger than you expect to.

*smile*

and this old man say more than his suppose to say; just ignore me then.

norfaridahanum said...

makin serius usaha untuk melangkah ke tingkat yang lebih serius,makin bertambah2 tekanan dan bebanan. makin banyak perkara mahu difikirkan..beulkah dia yang paling rasi.benarkah dia yang dijodohkan Ilahi..

apapun,aq akan pulang ke Malaysia Jun nnt usai peperiksaan aq. ada urusan nak diselesaikan =)

meantime,encik jagalah diri encik baik2.kerana anda stranger terbaik yang pernah saya kenali.seolah-olah sangat memahami setiap bait tulisan dan harapan aq di sini.

AJ Nismihan said...

ah dulu spm pun tak sesusah degree nih kan?
dan tentu pmr, upsr mahupun pts tak sesusah mana berbanding spm yang super payah dulu tu kan?

*senyum*

dan hidup ini apatah lagi anum.
you are not fighting for 2 or three years survival, but it is for eternity. thus, thing should be complicated and though than we should imagine right?

shall we fight with empty handed?
yes, only if you care to fail and dare to say you have nobody to accompany with.

in fact; Allah always there.
and this hard and hurts are only reasons for us to attach closer to HIM.

pesan satu.
dalam kusut mainan emosi kamu nanti Anum, berwudu' lah serba lengkap rukunnya, dan dirikan sola sunat 2 rakaat; atau setidak-tidaknya buka balik 'surat cinta' dari Allah untuk kita semua; dan di dalamnya hanya 'sadaqallah hal azim' ya Anum.

*senyum*

untuk imtihan, aku doakan kamu tenang dan sukses. anum bukan bodoh-bodoh alang sampai layak ke sana kan? Jadi, show your real Anum, but not for me; for Whom the talent came from.

dan semoga perancangan Jun kamu diberkati Allah hendaknya.

dan.

maaf, untuk buat kamu tidak selesa dan 'force' you to call me encik. although i am stranger, but that is not so anum to call me 'encik'. betul kan?

*smile*

and last.

'aku kawan dengan hang semata-mata sebang hang hot'; boleh tak macam tuh?

*smile*

people always said and believed millions things in second, but i only believe that i know what is what; unless those are for my better hereafter.

norfaridahanum said...

*senyum*

terima kasih AJ.ko sorang je rasa aq hot.LOL.boleh pulak komen semua entri ko hentam taruh kat sinih ek?sekeh kang!

itulah tu AJ..sekarang lebih banyak memilih untuk berdiam diri kalo ditanya tentang hal2 itu.ataupun memencilkan diri dari khalayak yang berbincang akan hal itu.cukuplah,aq dah letih dengan permainan manusia yang bijak meanipulasi kata2 kita dan mengambil kesempatan atas keterbukaan kita.sudahnya,kita sendiri yang dibilang membuka pekung di dada sendiri,meludah ke langit etc...sedang asalnya,aq bercerita memang atas dasar rasa gembira yang mahu dikongsi tanpa rasa sangsi sedikitpun pada orang2 yang bergelar kenalan.aish!nanti aq emo lagik.

tthank u so much juga kerana masih setia di sini dan tenang saja terima segala perangai kurang matang adik jauh kau ini.hehe.

nway,sewa dewan SUK berapa ek untuk satu majlis? aH-Ha!

AJ Nismihan said...

sebab ada comment moderator. kurang2aku tau hang baca komen ni sebelum TERdelete pun.

and will still drop comments here as long as i like it; boleh ke overule landlord macam tuh?

yang kita bersahabat itu dengan manusia, dan mereka sendiri tidak akan pernah sempurna sebagaimana juga kita. maka, janji dan kata mereka pasti ada lompong dari benar dan jadinya juga.
maka.
berwasatiah.
berpada-pada.
dan sentiasa ada batas dalam setiap aturan.
biar yang terjadi semalam dan kelmarin itu jadi batas untuk kita ambil kira dalam esok lusa yang mendatang.

rambut sama hitam; tapi ada ja yang pendek panjang, yang kaler-kaler, yang kerinting lurus.

*senyum*

ah.
sewa ya.
*senyum*
nanti aku semakkan.
closed to thousand i suppose.

norfaridahanum said...

lakukan apa saja seselesa dan semahu kamu AJ.kalau kamu cross the line pasti aq tak akan teragak2 memberitahu.mudah saja kan?

thanks..kawan2 aq hanya mampu dibilang dgn jari AJ. kenalan ya,mmg ramai.melangkau lebih 1000 di FB.lamam sosial katakan.haha.

nearly 1000?*x mampu tersenyum* haha

AJ Nismihan said...

rate dewan bankuet:
http://bkp.perak.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=74&Itemid=106

tapi, boleh adjustkan kot. Insya'Allah

norfaridahanum said...

TQ AJ...aq ni angan2 nya saja lebih sedang dari baligh parents dh ckp kenduri kawen harus di rumah saja.haha.