Wednesday, May 11, 2011

< 266 > Nora Elena


"I can choose either to be a victim of the world or an adventurer in search of treasure. It's all a question of how I view my life" -Paulo Coelho,Eleven Minutes. 
 ~Pamukkale,Turkey2009~

Semenjak dua menjak aku dah tahu link http://malaymoviesfull.blogspot.com ni, sehari kalau tak layan sekurang-kurangnya satu cerita melayu memang tak sah!Semalam admin dia upload satu lagi cerita baru, drama bersiri Nora Elena. Cerita ini adalah adaptasi secara longgar dari novel Kasih Yang Suci karya.... Entah tak ingat. Tapi aku pernah bacalah novel tu.

Sinopsis ceritanya kalau diikutkan novel tu, watak utama si Nora Elena ni pernah mengalami peristiwa hitam masa usia belasan tahun yang mana dia telah diperkosa oleh orang yang dia tak ketahui. Jadi dia membesar menjadi seorang yang agresif dan sangat sukar menerima lelaki hinggalah akhirnya ditemukan dengan Saiful Idham.Barulah dia terbuka hati. Sayangnya,Saiful Idham bertindak membatalkan perkahwinan mereka masa malam pernikahan sebab entah dari mana dia dapat tahu cerita silam si Nora Elena ni. Nak buat cerita lagi dramatik, datanglah penyelamat yang sanggup kahwin dengan Nora ni. Dan penyelamat ni sebenarnya tanpa Nora ketahui adalah orang yang bertanggungjawab menghancurkan zaman remaja dia dulu. Alasan mamat tu bagi ialah dia ikhlas nak "cop" Nora supaya Nora tak kahwin dengan orang lain.Kira dia dah syok sangatlah dekat Nora tu.TOINK! Kesudahannya macam mana? Orang cakap penonton sekarang dah pandai kan? Jadi,pengakhiran cerita drama Melayu dan novel Melayu mesti boleh diteka-teka kan?TEEETTT! 

Baiklah,aku bukan nak ulas pasal kualiti drama Melayu ke apa. Bukan bidang aku. Penglibatan aku sebagai penonton/orang yang dimainkan emosi saja.Titik. Nak cakap pasal mamat yang buat kerja gila main "cop-cop" anak dara orang pakai cara paling baghal (bak kata P.Ramlee) tu pun dah banyak kita baca dekat dada-dada akhbar kan?Aku rasa aku nak ulaskan tentang manusia-manusia senasib Nora Elena ni.Macam mana agaknya diorang rasa ek? Tengok watak Nora Elena tu memang tekanan sangatlah. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau bagitahu Saiful Idham,takut pula nanti ditinggalkan. Bila tak diberitahu, rasa bersalah yang amat besar pula.
"Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara - hartanya, keturunannya, rupa parasnya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya kamu akan selamat",Muhammad s.a.w.
~Istanbul,Turkey2009~

Aku tak nafikan perkara sebegini masih jatuh dalam klasifikasi taboo untuk perbincangan umum dalam kelompok masyarakat kita. Kalau ikutkan kata guru-guru agama,ini termasuklah dalam perkara keaiban diri. Makna kata,berdosa kalau dikisahkan kepada orang lain.Baik kalau keluar dari mulut tukang bawa cerita ataupun empunya diri sendiri.Aku pun tak berniat nak mencipta kontroversi. Dan tulisan ini sama sekali bukan untuk menyangkal hukum agama.Sekadar menimbulkan satu persoalan untuk kita sama-sama fikir dan bincangkan. Adakah “kehilangan keperawanan” ataupun “kehilangan maruah diri” yang jatuh dalam perkara-perkara aib?Atau kedua-duanya sekali?

Pada aku,perawan/dara/gadis/virginity itu satu perkara objektif.Boleh nampak,boleh periksa,boleh dibuktikan. Maruah diri itu lebih subjektif sifatnya.Kau tak nampak,tapi kau tahu ianya wujud,ada atau tidak bersama seseorang itu. Macam kes Nora Elena ni, pada pendapat aku memang dah tak dara, tapi bukannya dah tak ada maruah. Dikatakan aib kerana ada bangsa dan budaya yang pantas saja buat kesimpulan hilang dara = seorang sengsara = hilang maruah = dilarang hebah. Tanpa sempat dikaji letak duduk sebab musabab terjadinya perkara sebegitu. Kemudian diasimilasikan pula dengan kefahaman agama. Belum dikira pelbagai istilah bahasa yang kadang-kadang mengelirukan dan menambahkan pening kepala. Teori senteng aku je lah.I'm open for discussion =)

Kalau sesiapa yang kenal Teri Hatcher,aktres Hollywood yang berlakon sebagai Lois Lane,berpasangan dengan Dean Cain dalam Superman. Hatcher berlakon juga dalam Desperate Housewives tapi aku tak tengok cerita tu makanya aku tak tahu watak dia sebagai apa.Toink! Tiba-tiba masuk kisah Teri Hatcher apa hal? Oh, Teri Hatcher ni pernah ceritakan dalam buku tulisannya sendiri tentang pengalaman hidup dia bilamana dia diperkosa oleh bapa saudara sendiri semasa kecil. Dia membesar berbelas-belas tahun merahsiakan perkara tersebut hinggalah satu hari,masa dia dah pun jadi bintang popular,tiba-tiba dia dapat tahu ada seorang gadis remaja yang failkan laporan polis terhadap pak cik dia. Kes pencabulan!Tapi polis macam kekurangan bukti yang boleh membantu siasatan. Dan akhirnya,Teri nekad untuk tampil membuka kisah silam dia.Masa itulah baru ibu bapa dia tahu cerita sebenar. Memang sedihlah bila baca. Bapa dia memang asyik menyalahkan diri sendiri. Kalau bapa dah macam itu,ibu jangan cakaplah kan!Kesian orang macam Teri ni...Bila dah rasa macam lepas dari beban yang selama ni disimpan seorang diri,sekarang terpaksa meyakinkan ibubapa yang itu langsung tiada sedikit pun salah yang berpunca dari mereka.

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing-Pepatah Melayu 
~Ankara,Turkey2009~

Aku bukanlah nak kata kita kena contohi dunia Barat. Mungkin ada sesetengah yang akan cakap yang barat itu dah terlampau kebaratan sangat.Hilang pedoman dan nilai-nilai moral mereka. Tapi pada sesetengah perkara dan ketika,sifat keterbukaan mereka itu aku kagum. Pada aku kan,lagilah tekanan kalau Nora Elena terpaksa pikul beban itu seorang diri. Nak dikhabarkan kepada sekeliling,takut nanti dituding balik membuka pekung di dada sendiri. Aish,macam didiskriminasi pula. Macam dia pula yang salah,kan? Bertimpa-timpa bebanan pula yang nak ditanggung. Memanglah , Allah menguji seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya. Tapi tak salah kan,kalau masyarakat sekeliling ikut sama membantu supaya terasa lebih ringan ujian itu kepada Nora Elena. Entahkan lebih ramai mangsa yang mampu untuk bernafas lega bila ketahuan yang dia punya saudara senasib yang sama....Kot!

Cuba fikirkan..dan setiap kali bila sampai kepada satu kesimpulan,fikirkan sekali lagi sama ada kesimpulan itu dipengaruhi elemen mana-mana bangsa dan budaya,atau tidak. Islam turun untuk semua, bukan untuk satu-satu bangsa dan budayanya sahaja. Dan untuk pengendalian kes Nora Elena, Teri Hatcher dan tragedi-tragedi seumpamanya, dalam congakan aku,masyarakat Barat yang menang.Seriously!But do correct me if I'm wrong=)

2 comments:

Lola MK said...

berat nanang tajuk ni..dok bule sebarang komen..hehe..insyaAllah i will respond to this soon.huhu..

NAZ said...

kita masih kurang berfikiran terbuka. tetapi lebih suka benda yang terbuka oppssss. kalau saya kata sudah tidak punya teruna awak boleh terima tak norfa? kalau awak sudah tidak punya dara, mengikut pengalaman saya awak akan saya terima. mungkin mengambil masa. tetapi saya perlu tahu sebab yang munasabah tanpa cerita yang di tokok tambah.