Thomas Beatie kelihatan sama seperti lelaki lain. Bermisai,berjambang,berdada bidang tanpa sebarang "bukitan". Sekilas pandang atau dua tiga kilas pandang pun anda pasti melihatnya sebagai seorang lelaki biasa. Namun tahukah anda yang Thomas Beatie pernah memenangi gelaran Ratu Cantik Hawaii? Bukan sebarangan gelaran ratu cantik macam Ratu Cantik Pondan dekat Thailand ataupun Ratu Cantik Nyah dekat Pahang yang jadi kontroversi sangat baru-baru ni.Si Thomas Beatie ni memang pernah menang gelaran Ratu Cantik Hawaii masa dia bergelar perempuan yang bernama Tracy Lagondino!
Macam Acha Septriasa pun ada.LOL
Walaupun dah dinobatkan antara wanita tercantik yang pernah dimiliki Kepulauan Hawaii, Thomas sendiri sebenarnya meragui adakah jiwanya seiring dengan fizikal yang Tuhan dah anugerahkan. Sampai satu saatnya,dia yakin yang sebenarnya dia lebih berjiwa kelelakian lantas mengambil keputusan untuk melakukan pemebedahan penukaran jantina.Setelah pembedahan yang membolehkan dia beroleh organ utama lelaki,dia meneruskan terapi hormon "jantan" testosterone yang menggalakkan pertumbuhan misai,janggut dan beberapa karakter sekunder lelaki yang lain macam...bulu dada...err..bulu bulu bulu je yang aku tahu ni macam mana?LOL. Terapi hormon tersebut turut menggalakkan perkembangan otot,kepadatan tulang serta turut menyebabkan suara lelaki kedengaran garau.Ghau Ghau bunyinya!HAHAHAHA.
Pembedahan penukaran jantina tidak mewajibkan seseorang itu untuk melakukan (Sterilisation) pemandulan serentak. Ye lah mana tahu,tiba-tiba kau insaf bertaubat nak jadi perempuan balik ke kan?Makanya organ reproduktif wanita yang ada dalam badan Tracy memang tak diusik.Masih ada rahim dan ovari(kilang telur) dalam badan Thomas tapi fungsinya telah dikekang dek hormon tetsosterone. Bukan ada siapapun yang tahu kan?Lainlah kalau semua orang ada mata macam mesin radiologi.Boleh X-ray atau scan tubuh manusia di sebalik pakaian. Jadinya,Thomas/Tracy ni kalau dari segi bahasa memang boleh jadi contoh manusia terbaik untuk digelar luar lelaki,dalamnya perempuan. Thomas kemudian mendirikan rumahtangga dengan pasangannya seorang wanita "betul" bernama Nancy dan mereka hidup bahagia...sekejap.
Hinggalah satu ketika,Nancy disahkan menghidap penyakit endometriosis-sejenis penyakit yang mana tisu normal yang sepatutnya wujud dekat rahim sahaja,tiba-tiba wujud dekat tempat-tempat lain.Macam dengan ovari,payudara,abdomen..Silap-silap haribulan,boleh juga terlepas masuk dalam salur darah dan diangkut ke paru-paru dan otak!Tisu-tisu ni tisu normal cuma berada dekat lokasi yang abnormal. Nak tak nak,tisu-tisu ni akan bertindak balas macam tisu-tisu normal lah. Bila "datang bulan", tisu-tisu ni pun ikut berdarah sekali sebagai respons kepada hormon.Kesudahannya, Nancy menjalani pembedahan pembuangan rahim terus. Maklumat internet tak berapa nak lengkaplah berkenaan hal ini tapi aku suspect yang endometriosis Nancy ni lokasi dia kat ovari so dia buang rahim+ovari sekali. Atau kalau mungkin dia tak buangpun,memang Tuhan jadikan dia memang tak boleh mengandung sebab endometriosis ni antara penyebab utama kemandulan. Macam 2in1 package. Ikut kajian, kalau sesorang ada endometriosis,memang tinggi peluang untuk mandul.
"Wanting to have a biological child is not a male nor female desire,it's a human desire" kata Thomas Beatie. Dan atas sebab itulah beliau mengambil keputusan untuk memberhentikan terapi hormon testosterone yang telah diambil selama 8 tahun. Dan dalam masa 4 bulan,dia sudah mula beroleh kitaran haid macam wanita biasa. (Subhanallah,I always amaze with this one God's creation-our body!) Thomas berjaya mengandung hasil dari pembelian sperma di bank sperma...Hingga ke tarikh ini,mereka dah ada 3 anak pun!Anak ketiga lahir tahun lepas,3Ogos 2010...Oh wait??3 Ogos???What what what?TEEETTT!
10 comments:
wowwww..aku terkezut..semua kuasa Tuhan..
woo..mmg menarik ah .. :p
dah 3 ke anak die??..aku ingat die mengandung sekali je..klu cmtu baik jadi pompuan terus..kawin ngan laki 'betul'..kan normal hidup..huhu
Mkcik,rajin nooo hang wat research.ak pernah la mnyimpan hasrat dlu nk cri info psal dia after class patho dlu.tp trkubur niat dh.haha..nway,itulah nikmat kebesaran Allah bg kpd hamba2nya..minta saja segalanya Dia bg..tp pernah k kite trfikir tujuan apa nikmat itu Allah kurniakan? Hehe..sekadar renungan.thanx,buddy!
Frm,
u knw who i am~~
@cimot : percayalah pada "kunfayakun"
@HabHas : kalo rajin pergi baca lagi cerita usaha diorang ni.sentimen masyarakat...ectopic pregnancy..triplets..bla bla bla.
@shuhaiza:itu baik dipandang kita lah..mungkin tak baik dan susah dipandangan encik thomas=)
@SamsungGalaxyTab :Allah itu Maha Pemurah,Penyayang lagi Maha Mengasihani..bila masa pulak kelas patho woi?nih kelas OBG la.kelas patho tu dah bertahun ditinggalkan pun ko masih nak kenang2 ye.mantap2.haha
kuasa tuhan mana boleh lawan. kuasa tuan boleh di gulingkan. haha cantik apa dia, kenapa lah jadi lelaki haihh
naz:sebab dia cantik pun u still pegi cari lisa surihani.hahaha.mungkin pada dia cantik tuh x cukup n x bawa ke mana pun..hati lebih bersuara kelelakian kot?hati tanpa iman?
walaweh
ratu kut lepas tu jadi 'lelaki'
sayang kan
Meatball IKEA Halal
oh my! this story is realy interesting kak anum! thx 4 da info! <3
yg perfume pen tu, eny amik order dulu, kak anum nak wangian apa? :)
Post a Comment