Teman kesayangan yang namanya berpangkal H selalu sangat kata aku ini mahal. TOINK! Bertambah hari, bertambah kenal bertambah mahal.HAHAHA. Katanya mahal aku itu pada hati yang mudah sangat terbuka dalam memberi kemaafan kepada orang lain. Walllllaweeyhhh! Dia ni kenal aku ke tidak ni? HAHA. Aku banyak kali menyangkal dakwaan macam tu. Sebab pada aku,itu berbaur pujian. Dan bila pujian tu lahir dari mulut teman yang seorang ini memang aku naik rimas cepat sikit. Tak gentleman lah mengayat awek pakai ayat puji-puji nih. Tu skill monyet!LOL.Kalau orang lain,tak apa.Aku suka. HAHAHA.Eleyh,siapa la yang tak suka pada pujian kan?Cuma aku selalu ingatkan diri untuk tak selalu hidup dek pujian,supaya nanti tak adalah mati hanya kerana kejian.
Berbalik pada cerita teman kesayangan....Waceyhhhh..tak pernah-pernah Faridahanum nak membuka cerita buah hati pengarang jantung dia ni kan. Selalu letak Ipod Pink saja setiap minggu walhal hakikatnya,seumur hidup tak pernah memiliki Ipod apatah lagi produk Apple kan? Apa kelas Apple weh? Dah tak 'rare' langsung! (CEYH,PADAHAL TAK MAMPU NAK BELI. BAIK KO SHUT UP FARIDAHANUM!) Hari ini tiba-tiba angin taufan,laut tsunami,hujan lebat,awan nano apa entah la lagi jadi buang tabiat nak menulis pasal si dia pulak kan? Mungkin sebab bangun tidur pagi tadi tersalah kiblat kot (wrong side of bed,orang putih kata!) Ok,dah habis perenggan pasal teman kesayangan. TEEEEETTT. Maaf sebab dah bazirkan 30 saat korang baca perenggan ni.
Yang aku nak tulis sebenarnya,pasal maaf tadi. Kenapa susahnya untuk segelintir orang memaafkan kesalahan orang lain? Entah,aku tak boleh ulas hal itu..bukan personaliti aku. Jadi tak adillah untuk aku ulaskan. Biar orang yang sebegitu yang jelaskan bagi pihak mereka. Ada siapa-siapa? Di pihak aku yang terbaiknya ialah menulis kenapa aku mudah terbuka hati nak memaafkan orang.
Aku percaya semua orang ada kisah sendiri yang membentuk personaliti masing-masing. Banyak kali dah aku ulang ayat ni kat blog aku pun..Aku pernah...pernah berniat untuk tak memaafkan seseorang. Ini cerita lama ok.Cerita lama sebelum zaman mIRC famous. mIRC tu apa pun kau orang tak tahu? Nampak sangat cerita aku ni memang cerita dah lama gila kan?
Aku pernah berjumpa dengan seorang manusia yang pada masa itu aku rasa bakal jadi manusia yang akan aku benci seumur hidup aku. Dan aku simpan kemaafan yang dia tuntut dari aku untuk hampir 12 tahun lamanya. Pada aku,dia tak layak pun terima kemaafan aku. Dan aku ada hak untuk tak beri kemaafan itu pada dia. Allah pasti boleh terima tindakan aku. Dan dalam tempoh 12 tahun itu,hidup aku bahagia je pun. Lepak je. Untuk mengelak dari terserempak adalah perkara yang mustahil. Kurang-kurang setahun sekali mesti jumpa punyalah. Dan setiap kali berjumpa tu aku mampu untuk berlagak kuat sekurang-kurangnya di hadapan dia kan. Dan dia pula yang selalu kelihatan serba salah,bukan saja pada aku,malah ahli keluarga aku sendiri. Memang aku buat macam dia tak wujud,tak rasa apa-apa. Malah dia kalau nak panggil aku ataupun orang-orang yang tengah berada di sekita aku,dia akan fikir 10kali gamaknya. Selama itulah aku rasa menang. Selama itulah aku rasa aku bebas. Tanpa perlu membawa dia ke muka pengadilan pun aku dah berjaya buat dia rasa terperosok dalam penjara. Itu yang aku rasa selama 12 tahun itu. Seolah-olah dunia dan Allah bersetuju dengan tindakan itu. Tapi dalam tempoh 12 tahun itu jugalah,bahagia dan gembira aku itu sekadar di pandangan kasar mata sahaja. Mungkin aku mampu berlagak juara di depan dia selama 2 jam. Dan kemudian nanti aku jugalah yang bersedih 2 hari menyalahkan takdir dan nasib diri. Itulah kitaran gembira dan sedih aku.Untuk 12 tahun lamanya.
Dulu,aku memilih untuk tak memaafkan kerana aku tak mahu orang yang bersalah itu rasa dia betul/menang. Seolah-olah kita telah membenarkan dia. Atau dalam bahasa kasar yang perlu aku terima hakikatnya ialah...AKU EGO.
Dulu,aku memilih untuk tak memaafkan kerana aku rasa hidup aku dah cukup bahagia dan gembira tanpa perlu merisaukan apa-apa pun tentang orang yang bersalah dengan aku. Biar dia mati dengan rasa bersalahnya,kan? Walhal hakikatnya, dalam sedar tak sedar kita yang kusut memikirkan sama ada kita akan bertemu dia di mana-mana ke. Bila dah bertemu, kena berpura-pura untuk tak perasankan dia. Lakonan kena hebat.. Barulah dia rasa disisihkan!!! Nanti bila dah habis bertemu,fikir lagi cukup tak aku bagi dia rasa terkilan dan rasa bersalah. HAHAHA.Aku izinkan kau orang gelakkan kebodohan lampau aku yang satu ni.
IDulu,aku memilih untuk tak memaafkan kerana berasa tiada keperluan untuk itu. Rasa kita berhak. Tapi dalam masa yang sama cuba nak melupakan. Let me tell you my own rule..In order to forget,you must forgive first but if you forgive, doesn't mean you have to forget. Aku memilih untuk memaafkan,tapi tidak melupakan. Kerana apa? Kerana pada setiap ketentuan tuhan itu pasti ada hikmahNya yang tersendiri. Melupakannya seolah-olah menolak hikmah Tuhan,menolak kasih sayang dan ingatanNya terhadap aku. Berhakkah aku?
Salah silap dia pada aku 2 tahun saja. Tapi aku pula yang memilih untuk sedih secara extra 12 tahun.LOL.Yang pastinya,hidup aku lebih bahagia dan indah dan gembira sekarang,Alhamdulillah..Aku pun dah lama tak jumpa dia,maklumlah anak rantau...Eceyh..
Selagi mana seseorang itu mengakui salahnya, menyatakan dia nak berubah, dia akan berusaha untuk berubah, selagi itu aku tak punya masalah untuk memaafkan. Memang lepas dari dia,aku tak pernahlah jumpa orang yang aku nak kira berdosa besar sangat dengan aku pun. Lebih kurang macam "Kalau yang dia pun aku boleh maafkan,yang ini apalah sangat kan?"
Ya...Lain-lain orang lain-lain cerita. Kisah aku dan kau orang tak akan pernah sama. Sebab itu personaliti kita jadi berbeza-beza.Jadi aku kongsikan kisah aku di sini,kalau boleh ada yang mengambil ikhtibar. Kalaulah dirasakan boleh dan perlu. Terpulanglah...Ambil sebanyak mana masa yang kau mahu,tapi jangan sekali-kali terniat untuk menutup pintu itu. Memang kita bukan nabi,bukan malaikat,bukan tuhan.Sebab kita semua manusia.Memang manusia biasa. Dan setiap manusia bukanlah kebal salah silap dan dosa. Kalaupun tak mahu jadi lebih beriman, jadilah lebih "manusia"..
4 comments:
berbulu lah H tengok gambar nie kang.. hahahaha
sy suke komen apis..sekian hrp maklum
zaman MIRC ku tahu
hehehehe
lawak plak ingat balik
Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D
Really.
Post a Comment