Monday, July 18, 2011

Tilapia Masak Taucu

Yezza!Chef Campak-Campak anda kembali beraksi. Maaflah sebab sebulan yang lepas teramat sibuk dengan kerja-kerja klinikal. Bila dah sampai giliran unir Perubatan Am memang alamat tak menang tanganlah. Perubatan Am kalau ikut pandangan aku,merupakan subjek paling asas yang harus dikuasai seorang doktor. Tapi bila nak kuasai Perubatan Am ni pulak, kenalah mantap bidang Anatomy, Physiology, Pathology dan Pharmacology.

Anatomy merupakan ilmu tentang struktur organ dalam badan manusia, Physiology pula tentang bagaimana organ-organ tersebut berfungsi dan bekerjasama sebagai satu rangakaian sistem. Pathology menerangkan pula tentang contoh-contoh gangguan ataupun kegagalan fungsi. Dan akhir sekali, dengan ilmu Pharmacology, kita akan menentukan ubat yang terbaik untuk seseorang pesakit. Dan untuk memahamkan semua subjek ini bukanlah semudah menghabiskan drama bersiri Grey's Anatomy mahupun House MD secara marathon di hujung minggu. TOINK!

Tak pasal-pasal dah bersyarah tentang ilmu perubatan pula. Mesti kau orang ingat aku suka sangat nak gambarkan betapa susahnya nak jadi doktor kan? HAHA. Tak langsung!!! Aku tak bersusah payah pun nak tulis perenggan kat atas tadi. Aku hanya ceritakan perkara yang betul. Jadi kalau ia kelihatan dan "kebacaaan"  dan tergambar sangat susah di fikiran korang,mungkin ianya memang susah kot??? TEHEEE!

Dah-dah..berbalik kepada resepi yang aku nak kongsikan hari ini. Tilapia masak taucu. Sebenarnya masak taucu ni boleh guna apa-apa ikan je aku rasa. Nak senang ikan kembong la kan. Murah pun murah. Tambah-tambah bila musim hujan dekat India ni,harga ikan memang melambung lah. Tapi tadi kat SPAR yang ada hanyalah ikan kerisik, bawal dan tilapia. Yang lain semua ikan terlampau gedabak ataupun terlampau mini saiznya. Maka akupun vote for tilapia!


Nak sediakan masak taucu ni mudah saja..Hah,kalau dah Chef Campak-Campak kata mudah tu,memang ianya amat mudahlah. Sebab kalau masakan lain mesti berpeluh dahi dan ketiak jugalah aku nak masak. Silap-silap sisa perpeluhan tu jadi garam tambahan dah.LOL.

Pertama, ikan-ikan digoreng macam biasa. Guna serbuk kunyit.
Kedua, sementara nak tunggu semua ikan siap digoreng, bolehlah sediakan kuah taucu tu. Macam biasa, bawang putih,bawang merah halia haruslah ditumiskan. Standard masakan melayu lah kan.
Ketiga, masukkan kuah taucu (kacang masin) Cap TAMIN. (hah,suka hatilah ko nak pakai cap apapun sebenarnya) Sukatan haruslah berdasarkan moto utama masakan melayu -  "Agak-agak!" Jangan tak caya ok,chef-chef antarabangsa yang terkenal pun dah reti guna perkataan ni ok. Anyway,untuk masakan hari ini, untuk 4 ekor ikan,aku guna 4 sudu besar taucu tu.
Keempat, tambahkan air dalam 2-3 cawan dan kacau.
Kelima, tambahkan air asam jawa dalam setengah cawan.Bergantung kepada kepekatan air asam jawa tu ya. AGAK-AGAKLAHHHH! =p
Keenam, agak macam dah ada rasa taucu tu,bolehlah masukkan ikan yang dah siap digoreng tadi ke dalam kuah taucu.Biarkan dalam 8-10minit bagi rasa taucu meresap dalam ikan sikit. Toksah gatal nak tambah garam dah. Taucu tu dah cukup masin ya tuhan!

SIAPPPP!



P/S: untuk resepi taucu pedas/berlada, aku cadangkan bawang,halia dan cili merah dikisar terlebih dahulu sebelum ditumiskan. Fuhhh!mesti lagi sedap tu.Eceyh. Selamat mencuba.

4 comments:

IMANSHAH said...

cef campak2 pun sodap

HabHas said...

huh..mmg Sodap n semPoi..... kna try wat niyh..

zuld said...

adakah ikan itu menggunakan serbuk kunyit adabi..??? baunya sungguh lazat!! saya pasti ianya serbuk kunyit ADABI! hahaha

norfaridahanum said...

imanshah:tak rasa tak tahu

habhas;cukup bulan bayar gaji ok=p

zuld:erks?mana nak dapat adabi sinih?anum bwk balik perencah sup dia je. nih serbuk kunyit india lah