Friday, August 19, 2011

Murtabak Maggi

Wohoooooo! Bulan puasa bulan mulia. Dan bagi anak-anak dara yang berpandangan jauh (macam aku.eceyh!) pastilah ini bulannya untuk men-test power di dapur dan mencuba resepi-resepi yang bakal digunakan sebagai senjata menambat hati suami dan mak mertua. TOINK! Oklah tu...setelah 11 bulan yang lainnya diisi dengan gosip-gosip bersama sahabat di ruang tamu, makanya bulan yang 1 ni, asuh-asuhlah diri untuk berhenti bergosip, dan melangkah-langkah lah ke dapur.

Ada lagi setengah jam sebelum berbuka. Menu 1 dah siap, yakni Murtabak Maggi! Yeay! Ini kali pertamalah mencuba.Hasilnya tak berapa nak cantik lagi rupanya...rasa InsyaAllah sedap. Mana aku tahu? Eceyh, kalau dah Melayu, memang terror bab "agak-agak" dalam masakan ni.HEHE. Tak payah nak celoteh panjang, kita terus pergi pada resepinya ya.

Pertama,dah nama pun Murtabak Maggi kan. Mee Maggi kira bahan utamalah, di samping telur. Masak Maggi sebungkus atas api macam biasa sampai kembang. Tak payah taruh perencah tau!

Dalam masa yang sama, pecahkan 3 biji telur dalam besen. Pukul rata. Masukkan bawang besar yang dah cili merah yang dah dipotong kecil-kecil. Ini ikut  suka hati lah. Kalau nak taruh daun sup daun bawang pun boleh =)

Oh,tadi aku masukkan juga daging ayam cincang beserta perencah Maggi sekali dalam adunan telur tu. Tepung jagung pun aku masukkan juga dalam satu sudu. Yang penting pukul kasi rata semua bahannya.

Jangan lupa masukkan garam dalam sesudu kecil. Teori akulah,memang kena lebih garam sikit sebab murtabak ni kita ratah saja, tak makan dengan nasi ataupun lauk pauk lain. So,memang rasa dia kena betul-betul cukup masin ,melainkan ko nak makan murtabak cicah kicap. Ewwww!

Kemudian, masukkan maggi yang dah siap ditoskan kepada adunan tadi. Gaul sampai semua urat Maggi tu kena telur.. Perghhhh!

Ambil kuali leper (frying pan), sapu-sapu minyak sikit biar betul-betul panas dan bolehlah masukkan adunan akhir tadi. Senduk demi senduk. Janganlah longgok sekali semua. Susah pula nak terbalikkan nanti. Bila dah letak atas kuali, tekan/tepek sikit dengan sudip,biar ada bentuk sikit.

Masak hingga kekuningan. Kalau nak garing sikit pun tak apa. Kehendak nafsu masing-masinglah!

Bila dah siap,boleh hidang bersama sos cili =))))

Lebih kurang beginilah murtabak Maggi pertama yang aku buat. Memang hari ini dalam sejarah betul!

Lagi 10minit nak berbuka..Kena pergi masak sayur pula!Selamat mencuba kepada yang nak mencuba!
Toodles!

8 comments:

naz said...

pakcik i meniaga benda alah ni. tapi i tak pernah makan lagi haha ok i nampak gambar tu tapi sekerat je. siapa tu? haha

hazimah said...

kitorg panggil pie maggie. kat skolah dulu jual sekeping singgit setgh. ceh mahal sungguh!

IMANSHAH said...

dulu masa jadik guru pengawas, budak2 pengawas jual benda ni lah..mak datuk, laku betul budak2 asrama kuat makan

norfaridahanum said...

apadaaa u nih naz! nway,itu lecturer i lah!gambar skerat sbb camera dia sayang kat i lebih =)

kak zimah,pie maggi? apsal nama dia membunuh nafsu makan?

imanshah,hahaha..itulah..sebenarnya belajar makan pun masa duduk asrama lah.tapi x berpeluang nak buat sndrik lagik.smalam br dpt

HabHas said...

mantap n nampak cam mmg sedap...huu.. penah berusaha nak dapat tp x berjaya..bolehah cuba..tp kalo yg x suka meggi sgt, camane? berjaya x?

norfaridahanum said...

@HabHas : eleyh,ayat nk sruh org buatkan utk dia jugak r tuh.balik india dululah ye! nway,cuba try ganti ngan spaghetti ke.huhu

cimOt said...

mmg best kalo dpt msk ni..ske sgt kalo boring xtaw nk mkn pe daaa..mudah.cepat.kenyang.

norfaridahanum said...

sodap pun sodapppppp!