Wednesday, October 05, 2011

Saifulislam, SEMPOI dan Sejarah

02 Oktober 2011
Alhamdulillah...selesai sudah program SEMPOI (Shifting Each Muslim Paradigm tOwards Islam). Dan Subhanallah...yang akhirnya telah membenarkan pertemuan aku dengan penulis blog Saifulislam, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Kegembiraan dan kesyukuran aku ni sebenarnya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, yang lagi banyak mungkin air mata. Ya,itu yang pertama terlahir usai program tadi. Tak percaya boleh tanya Encik Bakal Suami

Sukar untuk aku terjemahkan "bonding" yang wujud antara aku dengan penulis blog Saifulislam ini. Aku terserempak dengan blognya sekitar pertengahan 2009. Masa tu semester ketiga baru bermula, dan aku sudah pun mula merancang jadual kembara untuk cuti semester seterusnya. Cuti semester pertama selama 2 minggu telah aku habiskan menjelajah ke utara India bersama-sama 3 jejaka.(Toink!janganlah ada yang ikut perbuatan ini. Dulu akukan berdarah muda.HEHE!)Cuti semester kedua pula aku habiskan seminggu di Jakarta,Bandung dan Jogjakarta sambil menziarah sahabat-sahabat yang belajar di sana. Destinasi pilihan aku untuk semester itu ialah Turki, semata-mata kerana mahu menjejaki HagiaSofia/Ayasofya yang jadi igauan sejak zaman sekolah lagi. Teruslah aku Google-kan Turki. Dan menemukan aku pada tulisan beliau yang ini.

Pada pembacaan pertama,aku sudah jatuh suka. Niat asal nak tahu lebih lanjut tentang Turki pun terbantut kerana leka membaca pautan demi pautan tulisan di laman web itu. Saifulislam menyampaikan Islam dengan cara yang ringkas, santai namun masih terkesan di hati.Malah membuatkan semangat untuk terus-terusan membaiki diri berkobar-kobar. Ada nada tegas dan sindiran kadang-kadang.Tak apa,itu masih perlu dan akupun tak ada masalah dengan itu. Penulisan beliau tersendiri. Dan sangat berbeza dengan kebanyakan laman blog berunsurkan Islam ataupun self-proclaimed Islamic yang bila aku baca aku rasa macam "Kau ni nak doktrinkan aku ke ape?" atau "Mak aih..apa punya istilah penulis ni pakai?Susahnya nak faham". Inilah masalahnya dengan sesetengah puak. Mereka merasakan dakwah yang diwariskan Rasulullah  itu hanya perlu diusahakan pada orang yang dirasakan telah menunjukkan ciri-ciri kesungguhan dan kesedaran  maka dibentuklah jemaah mereka sedangkan dakwah itu sebenarnya seruan,panggilan menarik orang ke arah ajaran Islam.Tarbiyyah pula adalah pengembangan dan peningkatan ke arah kesempurnaan. Meminjam dialog drama Tahajjud Cinta,


"Kehebatan seseorang itu bukanlah dinilai dari kebijaksanaanya menjinakkan burung di sangkar,
tetapi kehehebatannya bersiul menjinakkan burung hutan..jinak,langsung makan di tanah"

Dan aku masih terus hinggap ke blog beliau dan meneliti pandangan dan perkongsian beliau. Blog Dr.MAZA dan blog Saifulislam adalah dua blog rujukan aku. Kedua-dua blog ini pada aku mempunyai satu persamaan yang aku sangat senang, iaitu kedua-dua penulis bukan sekadar memberi penjelasan jelas bersandarkan firmanNya mahupun hadis, tapi sebaliknya ada cerita realiti yang dikongsikan dan yang paling penting, setiap tulisan mereka mengajak aku untuk berfikir dan berfikir lagi. What to do?Aku generasi alaf baru..mana boleh terima semua benda bulat-bulat tanpa ada penjelasan yang jelas. Dr.MAZA aku kenali di kala pengharaman yoga merupakan satu isu hangat sebab selaku orang yang pernah mempraktikan yoga untuk tempoh kira-kira 2 tahun,aku memang tak nampak celah mana salahnya senaman fizikal dan minda tu pada akidah aku. Bla bla bla..dah masuk cerita Dr.MAZA pulak? TOINK!

Sekitar Februari 2010, aku dikerah hadir ke satu perjumpaan oleh Mahfidz,senior tahun akhir aku. Awal dari itu,ada beberapa sahabat batch yang dah menggesa aku hadir tapi aku menolak kerana melihatkan senarai muslimah yang bakal hadir semuanya bukan golongan calang-calang. Malah dah boleh agaklah isu apa yang nak dibincangkan. Macam mana pula ada orang boleh selitkan aku sekali ni? Haruslah tak layak! Tapi mengenangkan kesungguhan Mahfidz telefon aku suruh hadir dan atas dasar hormat pada senior aku gagahkan juga untuk datang. Aku masih tak lupa perasaan janggal aku waktu itu. Rakan-rakan sejantina yang hadir semuanya bersarung kaki, kalau tak berbaju kurung pun, baju labuh sampai ke lutut. Aku?

Satu-satunya baju lengan panjang dan longgar dan labuh cukup-cukup yang aku ada..dulu!

Aku nyaris mahu angkat kaki sebab rasa tak selesa dan tersesar sangat masa perjumpaan tu. Asyik-asyik sorokkan kaki bawah skirt je.TOINK! Tapi lepas Mahfidz edarkan satu proposal aku terus jadi hyperactive,hyperglycemic dan segala hype yang lainnya. Aku yang jadi teruja menjelaskan pada sahabat-sahabat yang lain siapa Hasrizal Abdul Jamil ni. Pelik bila ada yang berkerut dahi. Eh,come on la.Ini penulis blog Saifulislam ok. Takkan lah diorang-diorang ni tak baca blog tuh kot? Musykil aku. Masa tu Mahfidz jelaskan yang usaha nak bawa Saifulislam berceramah ke India ni dah pernah gagal sebelum ni dan dia masih mahu meneruskan usaha Abang Alimin tu. Wah, haruslah aku teruja kan?

PERMISI 2010

1 April 2010, aku dipilih menjadi Setiausaha Agung MSAI-Mangalore Chapter 2010/2011. Usaha untuk membawa Saifulislam yang dirintis jalannya oleh Abang Alimin kemudian diteruskan oleh Mahfidz hinggalah ke Alfian masih gagal. Saban bulan aku bertanyakan perkembangan program yang akan dijalankan ini tapi hasilnya masih...Kecewa. Alasan masih sama...Visa. Kami teruskan penganjuran Jalinan Sahabat Seluruh India (JaSSI) sekitar Oktober 2010. Hinggalah pada Februari tahun ini, ketika aku sibuk dengan urusan penganjuran program MaKSIMa, aku dikhabarkan urusan pengendalian bertukar tangan kepada Islamic Youth Association (IYA)  Manipal. Ada ajakan untuk terlibat serta sebagai jawatankuasa namun aku tolak sepantas dan setegasnya..kerana luka dan trauma di sebalik penganjuran JaSSI 2010 masih berdarah. Ah,itu kisah yang lain. PERMISI pula akhirnya dianjurkan pada Mei lepas di Bangalore dengan Dr.MAZA sebagai penceramah jemputan. Seorang lagi ilmuwan yang sangat aku ingin ketemu, tapi peluang itu terpaksa dilepaskan kerana clash dengan jadual peperiksaan. Kecewa lagi. Tapi, amanah JPA dan ibu bapa masih jadi keutamaan aku. Dan alhamdulillah...serba sedikit ilmu ada diperpanjangkan kepada aku oleh teman kesayangan =)

Usaha IYA Manipal aku iringkan dengan doa yang sungguh-sungguh, cukup-cukuplah kekecewaan yang berlaku. Dan rasanya macam dah lama juga tidak hadir ke program sebagai peserta.TOINK!

Program 3 hari 2 malam itu hanya ada 7 "compressed"slots bersama Ustaz Hasrizal. Saya sedar tulisan saya ini dibaca oleh sahabat-sahabat di India. Saya sekadar mahu memberi pendapat tentang program. (aku kalau dah mula tulis pakai saya ni,baik kau orang baca betul-betul)

1) Sejujurnya, saya merasakan kehadiran Ustaz Hasrizal ke sini tidak digunakan semaksimanya oleh penganjur. Ada slot yang perlu diringkaskan untuk sesi LDK yang pada saya outputnya tidaklah seberapa. Macam tak ada kaitan sangat pun,kot? Malah penglibatan peserta dalam LDK pun bukanlah secara menyeluruh. Bukanlah saya bermaksud nak suruh penganjur dera Ustaz ceramah sepanjang masa tapi saya yakin Ustaz bukanlah orang yang calang-calang ketahanan dirinya and he's not new to this field. Sebagai peserta saya yakin kesemuanya sudah cuba memanfaatkan masa bersama Ustaz sebaiknya, tapi alangkah lebih baiknya kalau masa itu diberi lebih banyak lagi.

2) Kedua, pengurusan tempat program (dewan ceramah,makanan etc) saya istilahkan sebagai tidak menepati piawaian. Saya pernah berurusan terus dengan pihak resort (malah ada staf yang masih kenal saya,ok riak!)   semasa penganjuran JaSSI tahun lepas jadi pada hemat saya, dengan jumlah yuran penyertaan yang dikenakan dan tempoh persediaan untuk penganjuran program SEMPOI ini sepertimana yang dimaklumkan kepada saya, pihak penganjur sepatutnya mampu menganjurkan program ini dengan lebih baik.

3) Ketiga,fasilitator(bukan semua) tak perlulah garang sangat boleh? Ini bukan masalah saya senior atau awak junior. Saya menilai anda sebagai tak profesional bila saya minta anda perjelaskan arahan, anda beri jawapan seraya menselitkan bebelan yang tak selesa didengari. Apatah lagi mengeluarkan arahan dengan nada yang kurang kena lantas membuatkan saya dan rakan saling berpandangan dengan riak wajah terkejut. TOINK! Saya faham tugas anda sebab saya pun pernah buat tugas yang sama. Kalau peserta penat, fasilitator double penatnya. Tapi bukankah anda patut dah sedia maklum akan hal itu sewaktu menyatakan kesediaan menjadi fasilitator?

Sebenarnya,saya asalnya rasa malas nak komenkan apa-apa mengenangkan kata-kata Ustaz yang sangat-sangat menghargai usaha penganjur. Saya katakan pada diri,mungkin saya perlu belajar untuk menghargai dan kurangkan membuat perbandingan. Sebab tu bila Mazni salah seorang AJK datang pada saya selesai saja majlis untuk minta feedback saya sekadar tersenyum penuh makna sahaja. Mazni telah lama bekerja dengan saya dalam MSA Mangalore,maka saya kira Mazni sangat mengenali bagaimana saya bekerja dan tidak akan punya apa-apa masalah untuk dengar sebarang komen atau kritikan. Salah saya ialah saya kurang mengenali kepimpinan IYA Manipal yang terkini. Mungkin ada seorang dua yang saya kenali dari JaSSI 2010. Tapi itu semasa saya memakai topi fasilitator di atas kepala. Oh,itu adalah sisi diri saya yang sangat berbeza! Tapi Mazni masih menunggu...HAHAHHAHA!Maka khas untuk awak Mazni,akak bagi jugalah komen. Dan juga untuk mana-mana pihak yang mahu mengambil komen saya ini sebagai rujukan kalau-kalau ada program yang nak dianjurkan lagi di India ni. Nak tak nak,pusing-pusing kita akan jumpa muka sama juga hadiri program kan?

Saifulislam mengajar aku bagaimana menjadi muslim yang ideal di zaman ini. Terlalu banyak yang aku mahu nyatakan pada sesusuk tubuh yang dah semakin kurus itu. Ustaz,saya terharu. Eh tak,saya hanya nak berterima kasih. Ke saya gembira sangat? Ah,bercampur-baur..mana yang perlu diucap dahulu ni? Sudahnya,aku hanya menghulur buku usrahku untuk beliau tandatangani. Kelu..langsung bukan aku. Cukuplah sekadar ada bukti pertemuan,ada tanda kenang-kenangan. Malah,ada juga gambar bersama. Itupun setelah hampir 10minit aku dengan NadFatin asyik ber-aku tolak kau,kau pula tolak aku".HAHAHA.

Yang lebih penting..ilmu dan perkongsian pengalaman. Itu yang akan aku jadikan rujukan untuk menjadi lebih baik dari semalam,InsyaAllah.


Besar pengaruh Saifulislam ni dalam hidup dan corak pemikiran aku. Satu yang ketara sama bila Ustazz bercerita tentang pengalamannya yang mana bila beliau nak buat ceramah je pasti akan ada program baru yang tiba-tiba diadakan pada waktu yang sama. Ustaz kata, "tindakan menyekat manusia untuk mendengar dari pelbagai cabang ilmu inilah yang bakal jadi sebabnya runtuh satu legasi".. Aku pandang teman di sebelah. Dan kami senyum bersama. Sebab kira-kira seminggu lepas,aku baru saja bersuara padanya "aku nampak 'perkara' yang sedang berlaku sekarang ni di Mangalore telah memecahkan kita dari dalam". 

terkenang Rasulullah bersuara "Ummati...Ummati..Ummati" sebelum baginda wafat. Ya Allah,satukanlah kami di atas Al-Haq.

9 comments:

AJ Nismihan said...

dan dengan Hagyasofia juga aku berjumpa dengan TOINK!, dan syukur, aku tahu berhenti untuk singgah dari situ.

TOINK! TOINK! sendiri memberi impak dalam dunia blog aku.

dan kamu tahu, Saifulislam.com juga kegemaran aku.
cumanya, aku kesana tak sekerap aku di laman lain; dan cuma seketika yang dekat ini baru bertatih-tatih pulang mencari sinar.

dan itu sisi manis bilamana aku menjadi pembaca lebih dari penulis; aku sedar siapa aku dan mencari ilmu lebih jauh dari yang pernah aku terjangkau.

dan untuk itu, kamu setuju saja kalau aku terus 'bercuti' lagi dari menulis kan anum?

*senyum*

Ustaz Hasrizal memang cukup manis pendekatan beliau.
Ada 3 naskah (termasuk trilogi Aku Terima Nikanya) yang menjadi habuan nafsu pembacaan aku kini.

dan kamu tahu? trilogi itu sesuai untuk sidia dan kamu; andai kamu selam dalam untuk mencari 'jizz'-nya.

*senyum*

anum;
bilamana kita biasa berdiri dibelakang tabir, pasti kita akan lebih jelas dengan lemah dan kurang pada yang kita hadir.
tapi lihatlah dari sudut yang baik.
balaslah marah mereka dengan basah manis pesan untuk dibuat kunyah akal mereka.
dan itu lebih baik.
dan lebih baik itu lebih perfectionis kan?
dan itu barulah anum yang cukup 'anumnya'.

*senyum*

dan kamu sihat saja kan anum; Alhamdulillah

AJ Nismihan said...

dan dengan Hagyasofia juga aku berjumpa dengan TOINK!, dan syukur, aku tahu berhenti untuk singgah dari situ.

TOINK! TOINK! sendiri memberi impak dalam dunia blog aku.

dan kamu tahu, Saifulislam.com juga kegemaran aku.
cumanya, aku kesana tak sekerap aku di laman lain; dan cuma seketika yang dekat ini baru bertatih-tatih pulang mencari sinar.

dan itu sisi manis bilamana aku menjadi pembaca lebih dari penulis; aku sedar siapa aku dan mencari ilmu lebih jauh dari yang pernah aku terjangkau.

dan untuk itu, kamu setuju saja kalau aku terus 'bercuti' lagi dari menulis kan anum?

*senyum*

Ustaz Hasrizal memang cukup manis pendekatan beliau.
Ada 3 naskah (termasuk trilogi Aku Terima Nikanya) yang menjadi habuan nafsu pembacaan aku kini.

dan kamu tahu? trilogi itu sesuai untuk sidia dan kamu; andai kamu selam dalam untuk mencari 'jizz'-nya.

*senyum*

anum;
bilamana kita biasa berdiri dibelakang tabir, pasti kita akan lebih jelas dengan lemah dan kurang pada yang kita hadir.
tapi lihatlah dari sudut yang baik.
balaslah marah mereka dengan basah manis pesan untuk dibuat kunyah akal mereka.
dan itu lebih baik.
dan lebih baik itu lebih perfectionis kan?
dan itu barulah anum yang cukup 'anumnya'.

*senyum*

dan kamu sihat saja kan anum; Alhamdulillah

norfaridahanum said...

yups!trilogi itu yang jadi buruan kami sekarang.aku pernah baca yang jilid pertamanya sahaja.mungkin nanti bakal jadi pemberian istimewa di hari istimewa barangkali...macam yang diilhamkan 5 tahun 5 bulan,kan? haha

AJ,aq sebenarnya musykillah..ada seorang penulis baru yang gaya tulisnya sangat mirip kamu.tapi oleh sebab kamu kata kamu masih bercuti dari menulis,maka aq terima sahajalah kata2 kamu.masakan kamu bisa bohong kan?

aq senang memberi kritikan kerana aq sangat senang dengan kritikan.. malah aq membesar dengan kritikan. tapi sayang,bukan semuanya begitu. dan itulah dunia...kan?

aq masih sihat alhamdulillah,mujur ada bekal Indiral sewaktu sakit dada menyerang di kala seronok ber-treasure hunt =)) jujurnya,aq boleh rasakan yang badan sudah tidak sesegar dulu dan mudah betul lelahnya.tapi aq masih mahu menjadi positif. selagi Dia beri aq kesempatan nyawa dan nafas,selagi itu akan terus mencari redhaNya di atas bumiNya =)

HagiaSofia..sungguh,ia simpan banyak cerita...

Dr Hana said...

Anum! huhu. Assalamualaikum. Aku mahu membuka kata dengan 'aku rindu kau' hahaha. juga kata ampun dan maaf kerana jarang contact. almaklumlah, busy woman ehehe. diri sendiri pun tak terurus... ahh, nak naik ke tangga kedua jugak! ok takde kaitan:p

huhu..best je baca komen kat atas ni. personally i agree with him/her.. tp tulah, i'm sure there's a reason why you had to write here kan? from reading this post... i'm assuming that org2 yang berkaitan susah utk berbincang. but you know what they say abou assume..

tp apapun, based on ur last comment on my blog (which aku tak sempat nak balas pun) I think I can understand where you're heading. Hope dapatlah settlekan dengan sebaiknya... Nak cakap kat sini pun macam tak sedaplah since public kan?

Nak tulis panjang lagi tapi macam syok sendiri pulak nnt haha.

~farhana ur long lost buddy~

norfaridahanum said...

Waalaikumussalam =)

apa tangga2 ni??aq pun tangga satu ni kadang2 licin dan retak.toink!

n d 1st commentor is a he.with a wife and 2 lovely kids =) one of my loyal reader..bukan macam kau!!!hahaha.sampai hati lupakan aq eh now???tp luckily aq x penah lupakan ko..nak lompat2 tangga pun carik kau jugak tau =p

entahlah babe..i'm still new to this field..over semangat je kot? tapi nak kata over pun macam dh patah semangat pun ada,TOINK!mungkin aq nih belum cukup layak atau cukup ekslusif kot....huhuhuhuhu.

hanum,kawan kau nari2 DULU.lol

AJ Nismihan said...

anum
Aku yakin, farahana tak pernah lupakan anum, cuma kesesakan jiwa menangangi kusut hidup sendiri di tanah orang pasti buat kita kalut dan terlepas satu dua hal yang kita tak pernah mimpi untuk lepaskan.
dan bilamana dia kembali tenang, pasti di cari kamu menjadi penyelimut rindu buat suburkan semai persahabatan yang sebenarnya tak pernah hilang; cuma terbias dari pandang oleh kita yang tak pernah sempurna ini.

kan?

*senyum*

yang benarnya, tiada manusia yang baru dalam hal kasih dan sayang, kerana dari rasa itulah kita hadir ke sini dan dengan itu juga kita bisa mekar menjadi putera/puteri. cuma, barangkali wasilahnya berbeza, tapi hujung langkah kita tetap mahu bertemu-Nya.
Jadi, selagi gelincir kita dari tangga kehidupan masih terpaut pada panduan Dia, kita masih bisa bernafas dengan langkah menuju Dia; dan itu masih lebih agung dari keagungan dunia yang lain kan?

*senyum*

dan mahu Trilogi itu?
eh, bukankah Ogos dah lepas?

*senyum*

ketika aku nyatakan aku masih bercuti, dia belum ada kan?
Hehe.
Penulis mana ni anum? kenalkan.

eh, dah macam email anum?

*senyum lagi*

dan akhir sekali.
berdikit-dikit lah dengan impian. dan kamu juga harus berkeras dengan kedegilan kamu untuk menjaga diri. sayanglah diri dahulu; semoga nanti kamu lebih bijak menyayangi yang lain.

jasad ini hanya pinjaman, dan esok lusa Allah pohon kita pulang kan.
jadi, beringat2dengan kesihatan itu sendiri pasti jadi kewajipan kan?

jaga diri ya anum.
sufia dah pandai berpatah dua dalam kata. mana tahu, kalau anum bisa sihat-sihat dan pulang jadi young doc nanti tak kekoklah sufia mengucap 'ter nyum' kalau bukan 'ati nyum' kan?

*senyum*

mazni mahirah said...

salam..
buat pertama kalinya meninggalkan jejak di sini setelah sekian lama menjadi silence reader.
hmm,ini tak lain selain merasa terpanggil & terharu dek kerana nama diseru-seru dlm post di atas..;)

Alhamdulillah & terima kasih atas komen yg diberikan.. InsyaAllah, akan dijadikan panduan untuk menambah baik pada masa akan datang..

True courage is like a kite; a contrary wind raises it higher. -John Petit senn

thnx kak Anum..;););)May Allah bless

beruang diabetes said...

lame jumpe blog ini baru perasan x follow lagi. oi kak, awat x crop duluuuuuuuuu kaki saye tuuuuu~ meoi. kantoi x pakai stokin..hakhakhak =P

norfaridahanum said...

@mazni : rindu nak meeting2 ngan awak =p.thanks btw =)

nadfatin : ah awak...memang berlagak.mana pandang blog picisan saya kan..haha. sori dik,akak pun curi gmbr FB awk je.igt awk x kesah. toink!