Entah bagaimana, entah di mana harus aku mula..Merakam kata untuk kamu sang arjuna yang sedang lena...
Kepenatan sekali gayanya..Kenapa? Itu janganlah ditanya. HAHAHA.
Sayang....aku coret bait kata ini di atas awan. Satu rakaman penghargaan, satu tulisan kenangan, satu akuan kesetiaan.
Saat kamu lena ini....aku duduk sendiri mengenang separa purnama yang aku lalui. Siang malam berganti dengan kamu di sisi. Indah? Ah,kalaulah aku punya adjektif yang lebih gah lagi. Bagaikan mimpi?Tapi ini realiti. Bagaikan syurga? Moga-moga ikatan ini bawa kita ke sana.Amin
Ingat lagikah kamu saat Ayah genggam erat tangan kamu, sebelum ucapan penyerahan terlancar dari bibirnya beserta goncangan tangan yang mungkin ibarat gempa ditancap kamu? Ingat lagi saat kau tertegun seketika sebelum menyambut akad dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim sebagai pemula? TOINK!tak pasal-pasal kena dua kali daaaa!
Sah ? Sah! Sah! Alhamdulillah...
Dan aku mencuri lihat engkau senyum seraya menghela nafas lega. Senyuman yang tidak dibuat-buat. Sebab kalau kau control,mesti tak kantoi gigi sebelah kanan yang senget ke dalam sikit tu! HAHAHA! Sayang, tahu tidak saat itu dada aku yang mahu pecah tiba-tiba jadi sejuk dan kaku? Dan saat kau duduk tepat menghadap aku untuk lafaz taklik, seluruh tubuh aku berasa pelik? Lafaz kamu tadi seperti menukar seluruh aku menjadi baru...
Dan akhirnya, momen sayu itu muncul. Satu persatu air mata meluncur. Cis, benarlah telahan kawan-kawan di Twitter dan merata-merata. Faridahanum cengeng, ratu air mata! HAHAHA. Ada aku kisah? Jujurnya sayang, dalam secebis masa itulah aku terkenang akan jalan ranjau dan lembah kemarau yang telah sama-sama kita redah untuk sampai ke hari nikah. Detik-detik lalu saat kita rasa penyokong kita hanyalah Allah.
Sayang...agak-agak kamu adakah antara mereka yang hadir tidak tertawa saat lihat gelagat kita bertukar cincin di pelaminan? Oh,mungkin ada seorang..Abah!Itu special case lah sebab memang dah fesyen muka tegas setiap masa.
Masa itu jugalah tubuh aku nak kehabisan dopamine, terketar-ketar huluran tangan aku menunggu sarungan cincin. Yang kau pulak tiba-tiba ada rush of adrenaline entah dari mana .Tak sempat aku nak salam,apa lagi nak cium tangan, kau dah sauk kepala nak cium dahi tak sempat-sempat? HAHAHAHA! Maaf kerana aku larikan kepala serta merta. Itu refleks bawah sedar. Siapa suruh kau tak sabar? Mujur aku ingat status aku ketika itu ialah seorang "Puan"- milik kamu yang hakiki. Kalau tak,awal lagi aku dah angkat kaki.
Sayang...maaflah kerana kita tiada destinasi bulan madu. Kita punya saudara mara hilir, hulu, sini dan *denu. Kalau tak lawat sekarang,setahunlah mereka menunggu. Lagipun, sebelum nampak bulan kita dah masuk beradu. Malam-malam bersama kamu, manisnya kalah madu. Okay,kita berhenti saja di pintu situ.HAHAHA.
Sayang...terima kasih dari aku. Seikhlas hati untuk kamu. Atas sudi kamu membalas cintaku. Atas redha kamu memilih aku. Atas sabar kamu melayan aku. Atas cermat kamu dalam memandu(eh,tak perli tau!.HAHA)
Apapun sayang... aku akan tetap sayang kamu. Sebab kamu sanggup lari pecut dengan aku dari Gate 8 terminal ke pintu 63 bila gate closed tadi. Itu salah aku,bajet VIP ke diorang nak tunggu? Gilalah! Haru weh,haru! Jadi aku biar saja kau menumpang lena di bahu. Tapi janganlah sampai tinggalkan cenderamata air liur basi macam dalam bas Besut - Ipoh hari tu. Ewwww! HAHAHA. Jangan marah ye sayang, nanti sampai India I masakkan kegemaran terbaru U,kueytiow kungfu!
Aku harus noktahkan penulisan. Walau masih berbaki 3 jam penerbangan. Dan di India sana sedang menanti fasa baru kehidupan. Engkau bakal kembali kepada pekerjaan. Dan aku mula sarung semula topi siswi perubatan. Aku pun dah mula bosan. Kalau kau bangun sekarang,boleh juga kita sembang-sembang.TOINK!
Cukup untuk kau tahu ini sayang...Separa purnama aku hingga ke saat ini....Kalaulah dapat aku beri sehampir gambaran..Macam inilah kot perasaan....Rasa macam bila kau dalam kapal terbang ni...MACAM DI ATAS AWAN.
14 Januari 2012
AK 1203 (KL ---> Cochin)
* denu = sana (kecek Klate sket)
Photos by NadiaJamil & Qidran
14 comments:
Salam hanum!:)
Bahasa indah dikarang, seindah bunga dlm taman hati. I baca tersipu2 malu bce okeyh!hahahahahahahahaha. Galak tak i.
Kdg2 xihengat you dah jd isteri org. Tak bertemu secara face to face ni. I tak tahu nk react sopan ke gelak mcm biasa?-mcm lah you jd org lain pulakkan- Tanggungjwab still sama cuma bertambah cket je kan? Tp you sukaaaa kan? hik2
Anyway, barakallahulakuma alaik. Happy sgt the moment yg you ada skrg!:)
Hugs
Siti Syazwan
cuba kalo apis n along cakap gate closed from the beginning. sure korang be2 memang x cukup tanah lah nak lari dari mula kat international flight passenger entrance tuh! hahahaha so kira baik lah kitorg! haha all the best! nantikan kitrog datang menyebuk kat india, makan angin! hohoho
awwwww!
congrats anum!
haih nk kawen jugak! haha tp mayb sebab lengguk bahase yg buat anith jelez! hahahaha kl anith nk cite, silap2 2 baris je! hahaha
alhamdulillah syukur pada Ilahi , atas kurniaan isteri yg sgt lestari, penulisannya cam x abes menari-nari, jadi penghibur setiap hati (especially me).. toink.. oo..patutlah minta diari kat dlm flight tu.. btw..sgt cinta dan sayang kamu..x reti bermadah tapi tulisan ini sgt kuhargai..da bole jadi hadiah hari jadi..so x yah tensen2 nak pikir hadiah apa nak bagi.. B doakan moga anum jadi isteri B yg solehah dan bakal ibu kepada anak2 yg soleh ..amiin.. I LOVE YOU.... terima kasih anum...
sweetnya komen hubby kak anum! sangat berpadanan lah kalian berdua.. masing-masing manis bermadah! semoga pertalian ini akan kekal abadi sehingga ke syurga.. amin :)
@siti syazwan : i isteri org..tp kawan u sampai bila2 babe.so chillax aje! habib pun sporting lah
@zuld : marilah mariiiii!
@anith :eh,anith jgn rendah diri sgt.anith pun terer jugak lah menulis cmnih =) seriously.
@suami : I LOVE U TOO,B
@eny : amin amin amin.tq so much
xtau nak komen ape. tapi bace x berhenti gelak..hahahahaha =p
Tahniah Dr. Habib Hasan.
Maaf tak dapat nak bersalam tahniah hari tuh. Kami lewat sangat sampai ke majlis di Ipoh.
Apapun, kamu bisa saja jadi suami yang terbaik kan, dan pasti itu juga muslim yang baik.
Anum ni tulang rusukmu yang bengkok. Dengan sayang dan kasih, pelahan-pelahan kamu lurutkan dia dan untuk menjadi lurus.
Oh, tentu saja kamu tahu yang physiotherapy ini makan masa untuk berjaya kan? jadi, moga Allah berikan sabar dan takwa pada kamu untuk jadi suami ikutan.
Ameen.
dan anum, dont be naughty. you are Puan with a capital P right now. and be Proud, Pride and Polite with Professionalisme. Let him love you the way he love too, and be gel with tolerate and humble to be the best ever wife in the world. at least, in your world.
*senyum*
weyyyy...tuptup dah kawen weyyy!
ahaha, anyway, congratulations banyak2 ok! :D
alahai so sweet....... syahdu baca. bertambah2 syahdu bila hubbynye yg komen =)
waaa tahniah..tahniah n tahniahhh
:)
@nadfatin : marilah gelak sama2.tehehehehe.
@AJ: "let him love u the way he loves too"..waaaahahaha! ini satu azimat keramat.baiklahhhhhh! should stop be too demanding,i guess?tapi x boleh jugak..sebab Habib nih kdg2 dekat public pun dia show love(physically).i x biasalah.terus aq lari buat2 x kenal.HAHAHA.
@GB : weyyy...GB la yg lama x singgah sinih weyyyyy.hihi
@munnafendy : oppsidebedoo! syahdu ke?alaa...dah x rock lah saya camnih =p TQ 4 visiting btw
@imanshah : terima kasih cikgu!
@najwa ns : =)))
sampai ke telinga aku senyum tatkala membaca bait-bait karangan kamu..acewahhhhh..tetibe aku dah bermadah..toink!! hahaha..entah bile dpt ketemu..?hmmm
happy for u dear..
Post a Comment