Wednesday, March 28, 2012

Terpujuk

Masa keluar cerita Mavi Marmara diserang Israel dulu,aku marah sangat.Geram. Tak tergambarkan.Maki hamun dengan segala carutan yang wujud atas mukabumi nih pun tak akan berjaya hilangkan kegeraman tuh.Otak juga tak henti membuat telahan yang macam-macam tentang nasib ahli konvoi yang berada atas kapal tu. Kusut! Jadi lepas solat Zuhur,aku capai tafsir Al-Quran,aku letak ke dada.Mata aku pejamkan.Dalam hati aku berdoa sungguh-sungguh supaya Allah pinjamkanlah ketenangan kepada aku.Lama.Sampai bila aku sedia,aku bukak mata,dan aku pilih salah satu muka surat mengikut gerak rasa. Dan Subhanallah,ayat pertama yang terpampang di mata aku ialah ayat 37,Surah Hud :
"Dan buatlah kapal itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami,dan janganlah engkau bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim.Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan"

Rasa terpujuk.

Berjurai-jurai air mata aku masa tu.Seolah-olah dekat sekali interaksi Allah dengan aku masa tu. Dan sejak dari itulah,bila aku buntu,rasa nak marah,tak tahu buat pilihan,rasa hopeless...aku akan buat benda yang sama. Capai tafsir Al-Quran,istighfar dan doa mohon diberi petunjuk olehNya melalui Al-Quran,peninggalan terulung Rasulullah s.a.w...

Baru 2 minggu lepas masa hari jadi suami,aku berborak-borak dengan dia. Asalnya macam sembang kosong..hinggalah terbuka cerita-cerita lama.Toink!Hinggalah pada satu cerita,aku mengesan ada fakta yang tidak duduk di tempat yang sebenarnya. Aku peliklah..kenapa Manusia C suka tanya pasal manusia A dekat manusia B.Kalau nak minta penjelasan, dengarlah dari dua-dua pihak baru adil. Adoi! Silap aku dulu,punya kawan lelaki yang ramai. Dan tipulah kalau perempuan dan lelaki boleh kekal sahabat sahaja tanpa ada sebarang rasa. Yang tambah masalah kalau kawan laki kau dah ada teman istimewa dan kau hanya teman biasa. Tambah lagi masalah kalau kau pulak perempuan tapi perangai macam laki. Adat manusialah...perempuan yang lemah lembut mesti akan dilihat sebagai mangsa,kalau bukan juara. Tengok KuchKuch Hota Hai sudahlah.*contoh nak Hindustan jugak. Lepas tahu cerita lama tu,memang aku bara lah. Sekali dengan suami pun terkena tempiasnya.Kesian suami.Padahal niat baik nak jadi Manusia B yang boleh redakan keadaan je.Menyesal pulak dia cerita dekat aku dia kata.HAHAHA. Tapi,dalam rasa membara tuh, menangis jugak lah. Perasaan bercampur-baur antara nak pergi maki Manusia D ataupun nak pergi bercerita sendiri pada Manusia C my side of story.Aish,tak pasal-pasal pulak nanti ada yang berpecah-belah. Lepas tu menangis sorang-sorang mengenangkan nasib diri yang konon macam tak diberi pembelaan sewajarnya lah.Alahai....Suami bukan tak nak pujuk,cuma dia dah faham sangat kalau aku capai Tafsir Al-Quran dan duduk terperuk sorang-sorang,baik jangan kacau. Itu tandanya aku nak masa sendiri untuk sort out things.Nak tahu apa ayat yang Allah gerakkan untuk aku baca?
"Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahsia mereka,kecuali pembicaraan rahsia dari orang yang menyuruh (orang) bersedekah,atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia.Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yang besar" - Surah an-Nisa',ayat 114

Rasa macam dinasihatkan dengan lembut sekali. Tapi bukan setiap masa macam tu.Ada pernah aku rasa  macam diberi amaran keras. Ada masanya macam kena tegur pun ye jugak.Macam-macam. Tapi yang pastinya lepas tu mesti rasa tenang. Alhamdulillah..

Tadi pulang dari makan malam,  aku terima satu SMS.Membaca sekali..Tertampar.Hancur lebur impian. Rasa dikhianati. Hampir-hampir putus asa.Kenapa?Persoalan bersarang di jiwa.Kecewa.Walaupun dah pernah jangka ini bakal terjadi.Memberontak?Tidak sekali. Digagahkan diri untuk istighfar dan ingatkan Allah.. Allah...kenapa aku diuji lagi?Sedang dalam diri hanya mahu mencari redhaMu.. Entah berapa kali aku ulangkan istighfar,mohon dijauhkan dari walau secubit pun rasa ujub,takbur mahupun tidak ikhlas kepadaNya. Usai Isyak,aku mohon Ihdinassiratalmustaqim dan diteguhkan dengan pendirian yang haq. Istighfar lagi...risau kalau-kalau kekecewaan ini sebenarnya terlahir kerana ada kebergantungan atau pengharapan yang tinggi telah aku letakkan pada seorang manusia,bukan Allah. Tafsir aku capai lagi. Mohon pujukan dari Dia Ya Rabbi....Dan secepat itu jugalah dia lintaskan aku untuk membaca ayat 142,Surah AliImran, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"

Sebab kesedihan hari ini adalah kesedihan tahap super,aku teruskan  membaca lagi tafsir sampai habis satu muka.

"Dan kamu benar-benar mengharapkan mati syahid sebelum kamu menghadapinya,maka sekarang kamu sungguh,telah menglihatnya dan kamu menyaksikannya. Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul,sebelummnya telah berlalu beberapa orang Rasul.Apakah jika dia wafat atau dibunuh,kamu berbalik ke belakang? Barangsiapa berbalik ke belakang,maka ia tidak akan merugikan Allah sedikitpun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa mengekehendaki pahala dunia,niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu,dan barangsiapa mengekehendaki pahala akhirat,Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat itu,dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan betapa banyak Nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa.Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. Dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa, "Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - AliImran 143-148

Sekadar ingatan,ini bukan ritual alaf baru ke ape ye.Bukan juga perkara khurafat ke ape..Cuma mahu berkongsi apa yang aku buat bila aku buntu,stress,kecewa ladidadida...It works on me.Really! Mana aku belajar?? Lepas tengok video bawah ni..




1 comment:

Anonymous said...

Jangan kamu kata kamu beriman selagi mana kamu belum diuji dengan ujian.

*senyum*

setiap kali jatuh dan sakit, ajar kamu cara melangkah dan bertahan.


dan telah Allah janjikan pada orang yang sabar itu kejayaan. dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mematuhi Janjinya.

Tahniah.
Kerana, kamu belajar.
Dan kamu ada acccompany yang mendidik.

Alhamdulillah.

Jaga diri. Biarlah diuji, tapi gegas bangkit diri. Biar menebar luas fikir kamu; tapi berbahasa biar bertapis sehabis mampu, dan diam jika diri bukan sebenar diri.

sekali dinding ditebuk paku, bertampallah, bercabutlah, kesannya pasti ada.

*senyum*

semoga Allah kurniakan ketenangan kepada kamu, dan kesabaran kepada Doktor Habib.

dan pada keluarga kalian, di doakan keamanan dan firdausi yang di janji Dia; tapi, janji pada Dia dulu kita semua tunaikan.

kan?

*senyum*