Naimah@Che Amah binti Hashim kembali ke rahmatullah Rabu 25.4.2012 5.30 petang waktu Malaysia.
Banyak yang aku mahu coretkan tentang wanita ini,dan 23 tahun pengalaman aku bergelar cucunya.
Tapi untuk penulisan ini, aku dahulukan setinggi-tinggi syukur aku pada Allah kerana memilih aku untuk dipinjamkanNya seorang nenek sehebat Tok Ajah.
Untuk yang bertanyakan, cukuplah kalau aku katakan apa saja penjelasan sisi perubatan itu cuma penyebab sahaja,ajalnya telah ditentukan Allah lebih lama dahulu.
Aku cuba membuang jauh-jauh rasa terkilan dan ralat di hati kerana tak dapat menatap wajahnya untuk kali akhir.
Dan suara gembiranya sebelum berpergian ke Makkah 3 minggu lalu, aku putar-putarkan lagi di benak minda. Berulang kali.
Al-fatihah.

No comments:
Post a Comment