Baru pagi tadi dapat bersembang
panjang dengan Mama dan Acu selepas pemergian Tok Ajah menghadap penciptaNya.
Berat...rindu...rasa kosong. Bukan mudah untuk menerima berita ini, apa lagi
untuk melalui hari-hari tanpa doa Tok Ajah di sisi.
Dan yang pasti turut merasa
tempias sedih ini pastinya sepasang kembar cilik ini. Kami panggil mereka Adik
dan Kakak.Tiada lagi “kari Tok Ajah” kegemaran mereka.
Aaaa...budak-budak,apalah yang difikirkan sangat oleh mereka kan? Itulah yang
kita selalu katakan.
Sedangkan si kembar inilah yang
saban bulan akan menunggu Tok Ajah dengan penuh gembira di hadapan rumah teres
setingkat di Bukit Mertajam. Di situlah persinggahan Tok Ajah setiap kali perlu
ke Hospital Alor Setar untuk pemeriksaan perubatan.
Nampak saja tongkat Tok Ajah di
muka pintu mereka akan terus melonjak riang bertanya, “Tok Ajah ada bawak
kari???” Pastinya Tok Ajah tidak pernah menghampakan mereka berdua. Malah, kami
semua. Kalau pulang ke Lot 76 pun, pasti air tangannya juga yang memasak. Kak
Juma pembantu rumah duduk di tepi menghulur sudip atau barangan yang Tok Ajah
perlu.
Selepas selesai majlis kahwin
hari tu,aku singgah ke Lot 76 membawa cucu barunya. Dan malam sebelum itu pun
dia sudah bertanya aku mahu makan apa. Oh,pastilah nasi goreng pedas dan bengkang
roti! Dan bila kami tiba, makanan sudah siap terhidang atas meja makan utama,
bersama pinggan,sudu dan garfu. Persis layanan hotel.
Tok Ajah oh Tok Ajah...runsing
sekali memikirkan tiada lagi seraut wajahmu setia menunggu sehinggalah
kenderaan kami hilang dari pandangan. Tidak akan ada lagi siraman air
pukul 4 pagi setiap kali kamu bangun untuk temujanji harian bersama Penciptamu.
Suaramu melagukan Al-Quran sebaik sahaja selesai Dhuha yang meruntun sayu. Aku akan terus cemburu
pada gagahnya bongkok tubuhmu mengemas ruang tamu kesan perang kusyen anak cucu.
Cucu di India ni seorang saja yang tak pulang beraya tahun lepas =(((
Kita yang dewasa ini
kadang-kadang terlampau pegang orang/barang yang kita sayang. Hingga
kadang-kadang kita jadi mementingkan diri tanpa mahu tahu apa sebenarnya
kemahuan seseorang. Dan saat itulah Kakak(yang kanak-kanak itu) tiba-tiba
bersuara lantang,
“Ummi, mesti Baba Ummi (arwah Tok
Wan) seronok kan sebab Tok Ajah dah pergi sana”
Bila aku kenang-kenang kembali semua
perbuatan dan sumbangan arwah semasa hayatnya, aku tertanya-tanya...atas semua
kegembiraan yang Tok Ajah hadiahkan kepada setiap insan di setiap pertemuan,adakah
dia juga gembira? Atau ada perkara lain yang dia lebih gembirakan?
Adakah pertemuan bersama anak
cucunya menjadikan dia gembira, segembira dia bertemu suaminya dan Penciptanya?
Syawal terakhir beliau....putih bersih...
AL-FATIHAH
3 comments:
takziah kak hanum
btw, raya ni balik msia ke nak menggagah kat india lagi??
hauhau
gagah perkasa.masih.insyaAllah. tapi gua x nak masak dah weeehhhhh
moga beliau ditempatkan ditempat yg terbaik..allah x siakan amal hambanya yag beramal saleh... cuma iktibar yg dapat kita garap agar jadi bekalan masa akan datang...jln berliku2..
Post a Comment