Saturday, April 20, 2013

Akulah Perempuan Itu



Akulah perempuan itu
Yang azamnya sedalam Mariana, sabarnya seluas Pasifik, kurdatnya sekental Kilimanjaro,
Lewat kebelakangan ini digelar uar sebagai potret seorang seorang hero

Akulah perempuan itu
Yang adiknya bangga-banggakan selalu
Kerana dalam gila-gila pun punya naluri survival dan kematangan yang jitu



Akulah perempuan itu
Yang buat sang suami senyum ke telinga
Bila sahabatnya datang berkata "aku dengki kau ada isteri sekuat dia"


Akulah perempuan itu
Yang diherdik rakan,diperli saudara kerana tidak berpantang
Walhal dalam hatinya dah jenuh mengeluh "aku teringin..tapi tak kupunya waktu dan ruang"

Akulah perempuan itu
Yang usai mandi mengurut badan sendiri, berbengkung sendiri,bertuam panas sendiri
Sambil mencemburui update rakan-rakan FB yang saban 40 harinya dilayan bagai puteri

Akulah perempuan itu,
Yang saat gembiranya mahu dia kongsi ke satu dunia,
Tapi sedih dan gusarnya biar lebih elok disorok sahaja


Akulah perempuan itu
Yang sedang menulis dalam tangis yang menderu
Kerana galau hati ini kepada siapa tak tahu nak diadu

20April2013
Kunil Park,Kaprigudda,Mangalore






                      "Bukan semudah senyum yang aku ukirkan, tapi kerana iman aku gagahkan"

2 comments:

AJ said...

2:286

dan kamu Puan doktor,

we all are sure that every single moment are worthful; only you to stand still, and keep on moving with HIM deep inside.

salam

*senyum*

Anonymous said...

:'( ... stay strong ukhti.. ALLAH sentiasa di sisi.. Dia tmpt mengadu..