Friday, May 03, 2013

Anak punya pasal

Baru discharged dari hospital petang semalam.

And yes,dada ada lubang sekarang. Every day kena pergi change dressing. Sakit!Tak apa,Auliya punya pasal.

Lagi 2 minggu ke sebulan payudara akan berparut.And I'm just 24!Tak apa,Auliya punya pasal.

Lagi sanggup rasanya makan ubat tahan sakit sepanjang hidup dari sakit dressing nih.Tapi oiii...dah bernanah dekat dalam tu gila kau tak nak buang?Sebelum dia masuk ke salur susu baiklah buang siap-siap. Tak apa,Auliya punya pasal.

Pertama kali merasai pengalaman dipengsankan oleh ubat-ubatan.In fact masa doktor bagitahu procedure will be done under general anaesthesia,aku terus menangis on the spot. Balik rumah menangis lagi. Habis operation menangis lagi. Tak apa,Auliya punya pasal.

Esok dah masuk kerja. Untuk 2 bulan nih insyaAllah kerja ringan je. Sehari kerja dalam 2-3 jam je di klinik-klinik sekitar bandar.Mujur boss department Community Medicine ni aku kamcing dari zaman student lagi. Sepatutnya,sebulan kena kerja bandar sebulan kena masuk kampung. Duduk kampung banyak experience lah dapat orang kata. Tapi tak apalah,Auliya punya pasal.

Auliya Alhamdulillah sihat dan makin kuat menyusu.She's my biggest concern right now.

Untuk diri aku sendiri nih....entahlah.Ada masa rasa macam tak nak hidup dah.

Ya Allah,aku hanya ada Engkau.

Dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami.Sungguh,Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun,Maha Mensyukuri" - Fathir,34

OH LUPA! Nama anak perempuan aku Zara Auliya binti Mohd Habib Hasan... maaf entri sekarang memang cacamerba turutannya,aku tahu itu..Tapi,menulis blog ni tiada undang-undang kan? Asal boleh bikin hati aku senang sekarang.

2 comments:

cimöt said...

Be strong norfa!

wahida hazim said...

tabahkan hati anum...ini dugaan sebagai ibu...