Bila Ogos datang, aku tak nafikan aku jadi sangatlah excited. Waaaaah!!! ok,siapa yang tak excited bila sambut birthday sendiri. Tak kisahlah orang ingat ke tak, (tapi kalau Mama & Along lupa memang sedih r.huwaaa!) sendiri syok-syok seronok rasa best pun takpe (-_-)" Tahun ini memang aku agak excited terlebih la.Nak masuk umur 20 tahun kan.Ok,orang yang berusia 20-an mesti rasa nak gelak cam nak mati baca penyataan tuh kan. Ye,silakan..Banyakkan ketawa boleh menyebabkan anda nampak lebih muda dan owh yeah,memangjangkan umur jugak. phbttttt!!!
So,ceritanya bila menjelang detik-detik nak masuk 20 nih. Aku ngan penuh semangatnya telah bercadang untuk menghadiahkan diri sendiri satu dinner yg cam agak lazat dan best di satu tempat rahsia untuk aku seorang diri.owh apekah????yes,aku nak jadikan detik itu special.(diulang,golongan 20-an anda tak bersalah kalau anda rasa nak langgar dinding je baca nih) Tapi tengah-tengah aku bermalas-malasan di waktu senja itu menikmati waktu yang panjang sebab sekarang dah masuk 2nd year which means aku dah tak duduk hostel which means aku dah duduk luar which means dah takde curfew pukul 9 which means aku boleh keluar ikut suka aku macam kepala dan kaki nih aku yang punya which means pukul 9 la aku baru nak keluar, aku pun menerima satu panggilan telefon daripada (ke dari ek?) insan yang agak tinggi jawatan dalam Malaysian Students Association (MSA) Mangalore walaupun dia sendiri tak berapa nak tinggi,ala-ala aku je..ampun!Rupa-rupanya ada member aku seorang ni masuk hospital la pulak sebab mempunyai simptom H1N1 yang agak ketara. Makanya dia dikuarantinkan di sebuah bilik yang agak ceruk di Hospital Father Mullers sumpah aku tak tau kat mana.Sumpah jugak aku tak tau langsung dia msuk hospital. Sumpah aku tak terima apa-apa berita. Sumpah jugak aku ingatkan dia still kat Malaysia. HAISH!
Makanya dengan perasaan penuh kecewa dan sedikit linangan air mata,(tak sumpah,sedikit je =p) aku pun bermalas-malasan r...Kecewa nak mati kot. HELLO!!!! Aku yang pathetic nih baru je bercita-cita nak menggumbirakan jiwa raga ok..Sebenarnya aku pun tak tau nak marah sape. kuang3!Mungkin aku marah dengan keadaan kot. Biasanya macam tuh r. Tapi sebelum keluar gi hospital tuh dapat jugak seekor bapak beruang daripada Hawa Ida dan Shu yang sebenarnya telah merancang nak wat surprise mlm tuh. Owh lupa,seminggu aku duduk rumah diorang sebab perabot aku lewat sampai..biasalah,tempe,whatdouexpect,kata Amad =p Owh,linangan air mata lagik. Pasal bapak beruang tuh ok.Takde kena mengena dengan pakcik Amad kita. TEETTTT!!
Sampai je kat hospital dah ada seorang member Non-Residence Indian (NRI) tunggu. Owh,lupa nak cakap member aku yang sorang nih agak rapat dengan NRIs so tak mustahillah kan dia terlupa nak bagitahu kitorang dia masuk hospital. Sebab tuh jugak aku tak tanya mana-mana member aku nak teman ke tak sebab aku tak nak diorang rasa serba salah. Dah ada rumah baru lagi indah apasal lak nak gi tido malam-malam buta kat hospital kan?Lagipun,ada sesuatu yang tak terluah..Diorang cakap kat aku,kalau dah kena kuarantin,ko nak pergi jaga camne,bukannya boleh duduk dkeat pun. Aku tau sebenarnya diorang nak suruh aku pikir balik,nak protect aku dari terus berbuat baik selalu sampai hati sendiri tak nak jaga..Isyh,ape aku cakap nih???OK,Itulah yang berlaku bila ko bercakap benda yang macam tak boleh nak cakap terang-terang tapi gelora hati membuak-buak rasa nak cakap supaya rasa kegeraman ini terluah. Adoi! sumpah rasa rindu nak gi private blog balik (-_-)"
Berbalik pada cerita hospital tadi.Aku yang tak senang duduk nih pikir macam mana la nak cakap kt member NRI nih aku tak dapat nak teamn malam ni. Telefon balik member kat rumah tanya kejam tak kalau aku blah je.huhu!Bukan taknak teman weyh,tapi salah haribulan nih.Aku nak pergi jadi happy,aku nak makan!!! Waaaaa!!!Kita bukannya capai umur 20 2 3 kali dalam hidup.Damn,ayat itu berbunyi agak selfish. Mungkin korang akan berkata "Hari ni hari dia mungkin esok2 hari kau pulak..mane tau ko plak masuk hospital nanti" WAAAHHHH!!! bagusnya..aku dah pernah masuk hospital last year and masa tuh kitorang adalah roommate di hostel..kisah selanjutnya malas nak cerita. Tak best mana pun.
Berbalik pada cerita best tadik. Bila dah blank tahap dewa nih,masuklah satu panggilan dari Along yang sangat aku sayang. Wah,macam utusan dewa dewi lak dia nih. Memang hero aku la.
Usai sesi ucapan ulangtahun,aku pun bukaklah cerita.
Anum kat spital nih..Ada member kena suspect swine flu
Pulak dah..member mana nih? Apsal Anum pulak kena teman nih?Tak kena kurantin ke?
Kena kuarantin r..Anum tunggu luar..Ala...dia tak baik sangat ngan other Malaysians.. n plus,dia kan roommate Anum dulu. Ingat tak yang chinese dulu tuh?
Owh...yang tuh..dia tuh bukan yang time Anum masuk spital dulu XXXXXXXXXXXXXXXXX
Ye la..tapi..rasa serba salah jugak.
Dah tu?kalo tunggu pun bukan bleyh wat ape.suka hati r..tapi kalo tanya Along, blah je r..hahahahhaa!dah 20tahun pun tak reti nak wat keputusan sendiri.
Mana ade!!!!
HAAHAHAHAH!
Dipendekkan cerita sebab cerita dah jadi cam tak best, aku pun mintak diri malam tuh. Bagaimana caranya..biarlah menjadi rahsia aku,Hawa dan Shu. Tipulah tak rasa bersalah. Tapi dengan melawat teman aku itu secara berterusan setiap malam sehinggalah emaknya datang dari Malaysia untuk menemani dia,sedikit sebanyak rasa bersalah itu luput jugaklah.
Sungguh,itu satu keputusan besar dan bijak yang harus diambil. Macam sangat ironi pula bila kebetulan pilihan harus dibuat tatkala aku nak menjengah usia 20 tahun. Aku tau aku masih muda tapi hidup di perantauan ni sedikit sebanyak mengajar aku macam mana nak hidup, macam mana nak pilih kawan dan paling penting----membuat keputusan dalam suasana yang sangat menyesakkan.Menentukan yang mana lebih prioriti.
Ini baru sebuah kisah yang nampak sangat mudah dalam lipatan sejarah. Banyak nafas yang telah aku bebaskan di dunia kerdil ini bersama-sama langkah-langkah yang agak camping dan capik.Adakala,pilihan melaut luasnya. Datang bersama cabaran,menggunung tingginya.Dan untuk hari-hari yang seterusnya, aku enggan kecewa lagi,membiarkan hari-hari berlalu pergi tak terisi. Hayat makin pendek.Badai terus membidik.Banyak persoalanku dibiar tanpa jawapan,banyak khilafku menjadi bualan. Itulah percaturan dunia dan aku harus terus gagah melangkah!
2 comments:
selamat pose n cpt smbuh dr kaco bilau yg sedng anum hadapi xkira walaupn apa.haa..
toink2 pn da msuk hotlist wlopon masih baby!hehe
thanks ya' sbb melayan kisah2 karut marut =)
ok,ayat akhir itu sedikit konfius..xde r baby sgt..this isnt my 1st time blogging.tapi,layan~~~ peace!
Post a Comment