TELAH AKU JELAJAHI DUNIA DALAM MENCARI ILMU,DAN AKU SEDAR PERKARA YANG SUKAR AKU KETEMUI IALAH SAHABAT
Ungkapan Abu Hurairah yang sangat memberi impak kepada aku sejak aku tahu dia akan pergi.
**************************************
Dia mungkin sedang menikmati hidangan.Mungkin juga sedang membelek-belek saluran mana yang mahu ditonton di TV.Mungkin saja dia dah tertidur dek kebosanan yang amat sangat.Ataupun rancak berbual dengan penumpang sebelah.Apa saja.Yang pastinya,dia di atas sana.[Hoi!bukan langit ketujuh r.Siapa pikir Kerajaan Langit lagilah bodoh]Maksud aku,dia insyaAllah sedang bersenang-lenang bersama hati yang girang,sedikit walang di atas burung besi itu.Safe journey,dude
Ya,burung besi yang meluncur laju membelah angkasa itu sedang membawa dirinya pulang ke daerah yang pernah dijejakinya.Ya,dia pernah membesar di daerah itu,selain dari bumi Uncle Sam.Ya,kini dia kembali bersama cita-cita yang besar.Ya,dia ke sana untuk menjadi insan lebih berjaya.All the best,friend
Dia mungkin menanti panggilan aku tadi.Sebab aku dah janji.Aku ingat,tapi disebabkan kesibukan sedikit,aku tangguhkan,ingatkan nak beli kredit yang lebih banyak,tapi asyik terlupa sahaja bila keluar..akhirnya..aku lupa.Tidak usah membuat alasan.Di hadapannya,aku tak perlu mencipta kesempurnaan.Tak perlu untuk berlagak konon aku sahabat yang mulia.Tapi aku perlu minta maaf juga.Di sini dan saat ini.I'm so sorry,dude
Ada masanya dia teman untuk bikin hingar. Kadang-kadang [oh tak,selalunya] dia yang kucari di waktu lara.Ada masanya dia setia mendengar.Kadang-kadang dia juga mahu berbicara. Dia tak pernahlah setuju semua dengan apa yang aku hujahkan.Tapi tak semua jugak yang aku utarakan mendapat bantahan.Dia sudi mendengar pandangan.Dia betah dihinggap teguran.Dia lukisan terindah sebuah kematangan.Thanks for everything,friend
Ada ketikanya kita jatuh,tapi dengan adanya sahabat yang ampuh,kita bangkit tanpa gopoh
Ada ketikanya kita gembira,dan adanya sahabat yang ceria,kita pasti tertawa bersama
Ada ketikanya kita bingung,tapi dengan adanya sahabat menolong,buat kita rasa terdorong
Ada ketikanya kita diserang,dan adanya sahabat malam dan siang,kita beroleh ubat penenang
Dialah Ammar Ehsan....
Cat@Kat@Kitty,sepatutnya aku tulis dalam Bahasa Inggeris.Akan tetapi, tiba-tiba gigil lutut kenangkan status ko sebagai overall best speaker out of 144 participants from all over the world tuh.HAHAHAHAHA!
Tempat baru.Udara baru.Awek baru.hahahaha!Tapi itu semua takkan mengubah ko,aku tahu.InsyaAllah.Selamat terbang dan selamat berjuang.Selamat membiasa-biasakan diri semula di tanah tumpah darah ko tuh.HAHAHA!Apa keadaan pun,jangan lupa solat.[ces,ayat nih aku bagik kat skin time dia nak fly dulu kot.TEETTT!]Selamat membina empayar di sana.
You've been blessed with all you need to bring great things around.And a people like me who believes in you.Just go and give your best shot in whatever you do!
Pesanan penaja [JPA lah bukan MARA =p]
1)Together we'll blame the GMT!!
2)Tunggu aku di Old Trafford!!!!!!!!!!!!!!!!
3)Settlekan hal rumah baru gi lecture!
4)Ok,you may puke now.LOL!
owh!aku tak pernah suka kucing.nak umang-umang,tolonglah!