Thursday, September 24, 2009

< 126 > Idanum itu satu nama

YANG LEBIH INDAH DARI CINTA IALAH KELUARGA

"Haaa..lagu tu lah...Semua dok sibuk nih.Punya kecoh.Tahun-tahun sebelum ni,sedagha-magha Tok Ajah mai,anak teghuna tu semua duduk diatas,tak pernah nak tughun..Kali ni,habih semua tughun.Kamera pun tak habih-habih tangkap gambaqnya..Satu keluarga dari Iraq.Lagu mana nak habaq dah,anak pun lawa-lawa.Sapa tak nak,nama anak isteri nabi ja.Maimunah,Ruqayyah.Aminah pun ada.Tapi yang Kashmir lah takda.Kalau Kashmir lagi lawa"

Itulah jawapan yang aku terima di pagi raya.Perak dah campur dengan Penang punya cakap.Sebijik-bijik aku ingat apa Tok Ajah kata.Bukan apa,kelakar tak ingat kot.Sebab aku ucap Selamat Hari Raya,mintak maaf segala,ini pulak yang diceritanya. HAHAHAHA!Tapi aku tak kisah pun,sebab aku tahu dia gembira sangat.Anak cucu semua gila-gila.Tak kira tempat,tak kira masa.Tetamu datang beraya,korang pergi tangkap gambar berjuta-juta...apakah??Addin kan kepala dia?haha...Ida tau,kantoi dengan Pak Yus. dush3!


Sungguh aku rindu mereka....menyesakkan minda sungguh bila kenangkan tak dapat pasang panjut sama-sama,Kiki jadi ketua.Sembang-sembang malam raya.Berbaris depan bilik air pagi raya.Tua muda belakang kira.Siapa lambat...belakang!hahaha!Tapi kalo Pak Su datang je,semua bagi laluan sebab........[Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin Pak Su-ikhlas dari Konom]Awal pagi lepas subuh je,pakcik-pakcik bertakbir raya,tengah-tengah rumah manakala anak-anak
muda [Os,Epul,Dek Wan,Ami,Lan,Nabil,Abang]semua masih bergolek atas toto.Korang memang!atas rumah,bawah rumah.Sama aja!

Pagi-pagi raya sementara yang bujang-bujang trang tang tang tuh mandi,selalunya Ida dan Nana lah jadi tukang gosok baju.Mereka..pembuli semuanya. Tapi,tetap rindu juga!Budak-budak[Ajim,Mimi,Oa,Apir,Ecah,Jihah,Shasha,Zarif] blur semacam ja.Tapi tau,hari tu kena salam semua orang,nanti dapat duit raya.Mereka yang masih berjinak-jinak dengan gelaran anak dara,selalunya akan datang bilik lepas Solat Raya dengan ayat yang sama "Kak Nana,Kak Ida macam mana nak pin tudung ni?"Rindunya Wawa,Dada,Lala & Naqiyah!!!!!!

Bila semua berkumpul dalam banglo Lot 76 tu,memang macam tongkah pecah lah.Siap pasang khemah depan rumah.Nak jamu satu keluarga.Suka hatilah korang nak buat berapa banyak pusingan[round] melantak.InsyaAllah,makanan sentiasa ada.Satu stor penuh kuih raya.Satu balang tempeyek untuk Eli sahaja.HAHAHAHAHA!Tong air warna oren tuh je dah paras dada.Bukan apa,kalau duduk dalam rumah,pakat nak main baling kusyen & campak-campak newspaper je.Satu lagi,dalam rumah sempit,semua bendalah nak berlaga.Acu pula bukan boleh percaya,suka buat gangguan seksual....TEETTT!hahahha!Rindu!

Orang luar kalau lalu,memang intai-intai je.Serba salah nak masuk ke tak nak.Sebab dah ramai sangat.Kereta jangan cakaplah tersusun cantik.Sampaikan kena panggil pulak diorang ni masuk.Tapi,masalahnya,bila Pakcik-pakcik jenguk keluar suruh masuk,semua cabut.Owh,saya faham,dulu masa kecil-kecil,misai-misai diorang tu..saya pun takut!Sekarang????Hek ele!Siap boleh pinjam kereta sebab nak turun pergi makan cendol+laksa dekat sungai ataupun medan selera malam-malam buta.

Tahun ni jugak,bertambah kuranglah [kekurangan dah bertambah,maksudnya] penghuni Lot76.E baru terbang ke Jordan 2 minggu sudah.Jangan sedih,aku sangat memahami kerinduan itu......Dan disebabkan itu jugak lah,Along terpaksalah bersilat nak cakap Arab pagi-pagi Raya.Ala,Tok Ajah pun hebat apa?

Untuk Ayah,Mama,Along,Ana,Apis,Ariz,Athifah...Rindu ini takkan ada surutnya...[Kecualilah Mama bagi tiket balik Malaysia sekarang juga!HAHAHHA!]

Merekalah yang sentiasa menghiburkan aku dengan senda gurau dan tawa.Dan membenarkan aku menjadi aku yakni Idanum-Budak Besar Terlebih Manja (*-*)


4 comments:

rashiD said...

salam..
tumpang baca buleh..?
tumpang baca je..

selamat hari raya~..

norfaridahanum said...

salam..
ha..sila2..


selamat hari raya juga..nih yang pakai baju mlayu ungu tym raya kan?

rashiD said...

a'ah.
ni saja singgah2, stalking2..

norfaridahanum said...

ececeyh...jgn r ckp stalking,nnt prasan hot plak.haha!

kalo dh branik komen kat sinih bukan stalking dh namenye =)
xpe,kalo nk berkongsi idea lagik bagus kan.peace!