Saturday, September 05, 2009

< 119 >Dayang,Sayang Kamu

A REAL FRIEND BELIEVES IN YOU WHEN YOU'RE CEASED TO BELIEVE IN YOURSELF


















Owh,ini bukanlah post berkaitan Dayang Nurfaizah yang digelar Beyonce Malaysia tu.Saja nak suruh korang banding tengok sama sangatkah mereka?Si Jolie tu apasal pula bersidai kat sinih jugak?

Ini pasal Dayang Anis Asyikin Ahmad Nazari,kawan aku kat SMSTSSS aka soksek dulu.

HAPPY 21st BIRTHDAY,YANG!!

[First time aku guna hijau kat blog nih,special untuk ko.ok,sekarang scroll up balik,sama tak dia dengan Jolie?Siapa geleng kepala macam tempe,GET OUT!!!]

Aku tersangatlah sayang minah ni.Ok,cliche di situ.Tapi,inilah manusia yang selalu bersama aku bila aku susah kat sekolah dulu.Masa senang?Tak terkiralah!!Nak kata kitorang sangat rapat,taklah.Dulu duduk satu dorm,katil hadap-hadap lagi.Yang lain tak nak duduk dekat dengan pintu sebab takut GreenLady,jadi kami dua la jaga pintu.Nak kata selalu contact..tak jugak!Harapkan facebook,YM[yang sangat sengal].Telefon adalah dalam 2 3 bulan sekali.Jauh la India dengan Indonesia nih,Yang.Tapi,tak kira,ko kena datang sini jugak!!

Walaubagaimanapun,kami mempunyai kimia [chemistry] yang sangat baik punya!! HAHAHA!Owh,sayugia dimaklumkan,anda tidak perlu mempunyai persamaan untuk mempunyai chemistry sebab dalam chemistry sendiri kita belajar,yang berlainan selalu menarik-narik,yang sama selalu bertolak-tolakan. Ions of opposite charges attract to each other whilst of similar charges repel.Wah,ilmiah pulak tiba-tiba entry nih.

Aku dengan Dayang sangat lain kot.Dayang nih stok perempuan melayu terakhir,pemalu,lemah-lembut,sopan-santun gitu =) Fuyooo!!banyak gila aku puji ko Yang,balik Malaysia belanja makan ok.haha!

Aku pulak peramah tak ingat,sampai kadang-kadang keramahan itu memakan diri.(*~*) Walaubagaimanapun,ingin dinyatakan di sini My friendliness [adeke?] isn't an indicator for number of friends I have. Owh,sahabat-sahabat di facebook yang berjumlah 831 orang itu,sejujurnya 500-600 sahaja yang aku betul-betul kenal.Ahhh..sudah...perancangan awal tak nak jadikan facebook macam friendster yang berapa banyak manusia aku tak kenal.Zaman muda-muda,seronok sangat mencari kenalan.HAHAHA!Tapi selalu sahaja ada friend request bersama message macam "kita pernah lawan bahas sama-sama 2004 masa HKSBP.Do approve" ataupun "awak budak TunSyed Band kan?"[phewiitt!!gila famous aku rupanya dulu=p].Makanya,approve sahajalah. Baik tak aku?

Sekejap,kita lari topik sekejap ye.Mereka yang dah mula jatuh hati dengan Dayang,sekejap je..Nanti habis post nih aku bubuhlah gambar dia satu lagi.hehe!Sabar ye.Tak boleh sabar?Ko ingat aku kisah??HAHAHAHHAA!

Aku memang peramah.Atau..
"bertih jagung" kata Ayah
"minah potpet"-Acu
"bubbly"-tupperware cinta hati.Ces,nak juga selit ayat skandal.Cop,korang tau kan tupperware tu sejenis bekas?
"ubi rebus"-kata Nyang Busuk[AL-FATIHAH].ok,ini takde kaitan.tapi arwah nyang describe kecomelan dan kecerahan kulit aku nih[ehem3] macam ubi rebus!apekah?

Pernah masa kursus Biro Tatanegara [Tolong lah,aku nak tulis BTN je,tapi takut ada yang tak faham],kitorang diberi satu tugasan.Selanjutnya,perlu mempersembahkannya secara lisan di hadapan ahli kumpulan.Sampai giliran aku,aku pun bercakaplah dalam masa 5 minit yang diperuntukkan tu.Bila dah selesai,ada sesi soal jawab.Tau tak apa soalan pertama fasilitator kat aku.."Awak pernah kira tak berapa perkataan awak cakap seminit?" HAHAHAHAHA!Ok,aku cakap laju..no wonder-lah boleh cakap banyak kan.But now I'm wondering,agak-agak selaju tendangan kencang Roberto Carlos tak?Atau smash kencang Koo Kien Keat.Laju dengan kencang mana lebih bagus huh?Weyyy!!!ape korang baca nih?Gene merepek aku tiba-tiba naik ke paras bahaya.Maaf ye sekalian pembaca!

Tapi......macam ayat tadi.Jap,aku copy paste balik ayat tadi.
My friendliness [adeke?] isn't an indicator for number of friends I have
Aku tak banyak kawan/rakan/sahabat.Maksud aku,kawan/rakan/sahabat dalam erti kata sebenar.Tak tahulah kawan dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka Edisi 8 diertikan sebagai apa.Yang pastinya,kawan bukanlah orang yang macam di bawah ini..

1.Manusia-manusia yang senang-senang mengaku kawan dan senang-senang juga kutuk aku dekat Facebook.apekah????Tahu tak facebook wall-to-wall tuh boleh dibaca oleh kawan-kawan di dalam senarai kita,termasuk aku yang sikit punya jahil sebab membenarkan manusia-manusia seperti itu berada dalam senarai sahabat aku.

2.Bangsa iri hati yang tak selesa dengan kejayaan kawan-kawan dia lantas menyebarkan ftnah terlampau macam "ala...dia kan dah kena kick-off dari med school.result kantoi.dia saje je buat cerita dia kat India sekarang nih..mane de member2 soksek kita kat sana.Tak leyh r nak konfem dia betul ada kat India"-sekadar contoh,tiada kaitan dengan mereka yang dah mati ataupun yang belum lahir

3...... dan banyak lagi...tapi 2 perkara dia atas agak baru dan masih segar [macam salad nak bukak puasa nanti.nyum3]

Aku dan Dayang tak sama.Cuma kisah kami selalunya dan secara kebetulannya sama.Kalau tak serentak,Dayang dah pernah kena takpun aku dah pernah rasa dulu.Macam tu lah..Jadi,bila kami duduk dan mengutarakan permasalahan,semuanya jadi santai dan mudah.Ini semua kerja Allah.Dia hantarkan aku seorang teman[dan beberapa orang lagi],dan aku bersyukur. [Adoi,apasal jiwang sangat ni]

Dayang,semoga tahun yang baru ini lebih mendatangkan cabaran untuk mematangkan.Usah gusar jika ada masanya berlaku kesilapan,itu ingatan kita takkan bisa beroleh yang sempurna. Terus-terusan ada senyuman dan juga tangisan,kerana itulah kehidupan.Sentiasa memaafkan,kerana kita tahu,itu yang mendekatkan kita pada Tuhan =)

Ok,ini gambar Dayang yang dijanjikan...[Need to cut the -an or I'll sound like nenek kebayan.HAHAHA!]

Aku & Dayang,minum-minum air kopi yang dibuat oleh abang kacak di hadapan Pusat Beli-belah Matahari,Bandung,Indonesia-Julai2009[Eyh,ade muka aku lak sekali..Kena ar sidai muka aku jugak,ini blog aku kan?TEETTT]

abang kacak itu..awww~~~tengoklah rahang dia
*ketuk kepala*Ramadhan la woi!

Dan Dayang,sayang kamu.Terima kasih sebab menjadi sahabat yang sangat mengerti.

Dalam sungguh pengertian ayat itu.Kita sahaja yang tahu.ok,perlu berhenti di sini.Nanti kedengaran seperti lesbo partner,tak jadi pula En.X nak ngorat ko.Kecil sangtlah dunia ni!!! Selamat berjaya En.X,ko boleh mintak tolong aku bila-bila masa.HAHAHAH!

10 comments:

lel said...

uyehh
aku ingat gak birthday dayang
tapi tak wish pun
boleh aku tumpang wish kat sini?

HAPPY BIRTHDAY DAYANG!!

Dzul Helmi said...

hu..
spe yg wt cerita kne kick dr med skol tu
jahil+biol btol org tu
cian adik along ni
kehkeh...

norfaridahanum said...

laila,comeyl je..hahaha!

along...KAN????????????anum pun x tau apelah yg diorg duk dengki sgt.dr skolah dulu x abes2. eyh,cop.tuh contoh je r =p

norfaridahanum said...

haha!thanks,for the wish [on behalf of her] n tq for dropping by..
will link u also =)

enyheartsdiamond said...

epy bday kak dayang!!!;)

*baju kak anum chantekq!;)

norfaridahanum said...

hahaha!
ini post psl kak dyg la..boleyh pulak dia ckp psl baju kita..

tq nway *blushed*

Azman Sherafath said...

hye anum..hye dayang..hehe

norfaridahanum said...

waallllaaaaaweyh!!!!!hye aru..

lel said...

heh aru masuk nak say hi je?
ahaha

balik raya jom!!

norfaridahanum said...

aru part dayang nih gelabah sket.haha!