PERJUANGAN INI BELUM BERAKHIR,HARUS DITERUSKAN
Inginku tanyakan pada kamu,
Saat 31 Ogos menjelma hari itu,
Kamu bersorak di mukabuku [Facebook],
Namun ape ertinya merdeka kepada kamu?
Inginku tanyakan pada kamu,
Yang guna ayat lebih syahdu,
"Selamat Ulangtahun Malaysiaku,"
Hoi!Sejarah negara takkan tak tahu?
Tolonglah pergi balik tanya cikgu
Inginku tanyakan pada kamu,
Yang turun padang malam itu,
Detik 12 malam ditunggu-tunggu,
Tiba saatnya kau pun nyanyi Negaraku,
Lewat kemudiannya,kau jadi "orang ulu",
Apa...tak tahu malu?
Inginku tanyakan pada mereka,
Berhimpun ramai-ramai macam fiesta,
Mansuhkan!Mansuhkan kata mereka,
Kononnya 85 Seksyen,14 Bahagian,12 Bab dan 3 Jadual,dah khatam semua
Akai,ada ka?
Inginku tanyakan pada mereka,
Yang bergaduh macam Zarif dan kembarnya,
Lembu,babi,masjid dan kuil jadi mangsa,
Kitab suci letak kat mana?
Inilah Zarif dan kembarnya,Shasha
Inginku tanyakan pada mereka,
Yang asyik gasak pemimpin berlaku saksama,
Cuba-cubalah besarkan mata,
Bahagian kamu tersedia sentiasa,
Hak kamu pernahkah dipinta-pinta?
Inginku tanyakan pada diri,
Hentam orang tak henti-henti,
Mandarin,Tamil,Hokkien,Kantonis adakah aku reti?
Kalau tak,jangan berangan dah Malaysia serba serbi
Inginku tanyakan pada diri,
"dari Perlis sampailah ke Sabah" aku nyanyi,
Kemudian mula periksa sendiri,
Kadazan,Dusun,Murut,Melanau,Iban,Bidayuh,Sungai,Dayak...dan lagi?
Mengenal mereka jauh sekali,
Lantas nak mengaku warga sejati?
Inginku tanyakan pada diri,
Walaupun dah banyak soalan dari tadi,[HAHAHA! *ok,serius balik*]
Macam itu,macam ini,begitu,begini,mahu itu,mahu ini,
Sampai saat ku perlu berbakti,
Ada berani?Sanggupkah mati?
Maaf Malaysia,
Andai kata peristiwa-peristiwa seperti Leftenan Adnan,Embun,Hati Malaya berulang lagi,aku tak tahu apakah aku akan turut sama menjunjung senjata.Mungkin selepas ini aku perlu bukasemula Buku Teks Agama Islam Tingkatan 4,Bab Akhlak Topik Cintakan Negara. LOL!Sejujurnya,aku rasa bersalah membuat pengakuan begini.Dan aku akan lebih rasa bersalah andai tiada satu pun yang aku lakukan dalam mencantas perkara-perkara yang membawa kepada peristiwa-peristiwa itu.[Tengok Malaysia,aku pun dah pening apa aku cakap nih]Pening lagi pejuang-pejuang kemerdekaan kalau mereka lihati situasi sekarang.Pasti mereka geleng kepala sambil terkenang kisah lalu..
Terpasaknya kemerdekaan di bumi bertuah itu atas persepakatan
Terpaksa,dipaksa,memaksa langsung bukan,
"Kami terima kamu berdua menjadi watan,namun kami bukanlah tuan"
"Baiklah,hak-hak kamu takkan sekali kami persoalkan.Terima kasih,kawan"
"Jangan begitu teman,kemerdekaan ini yang harus kita usahakan"
"Ya..moga generasi depan tak silap perhitungan"
[guna kaler kelabu konon2 imbas kembali r sangat.hehe]
hanum & yvonne..mungkin ada signifikannya letak kat sini.Kalau tidak,anggaplah aku saja sidai muka aku dan kawan aku yang super hot ni.HAHA!
Esok nanti biarkan lauangan itu tak bersahut,
Buat apa riak menutur di mulut,
Kalau di hati berombak bergelut?
SELAMAT ULANGTAHUN MALAYSIA,
kukuhkan perpaduan,
baru teguh kemerdekaan..
Oh,aku rindu nak kembali ke pentas!
5 comments:
anum..bulu roma aku tegak kejap..tetiba rase patriotik plak..memang betul orang cakap "mempertahankan kemerdekaan itu lebih susah daripada mencapainya"..so peranan rakyat Malaysia skrg lebih besar berbanding pejuang2 kemerdekaan terdahulu..Salam 1Malaysia...hehe..
anum amboi hang terlambat ka tulis ni! hmm tapi takpe la still bole diterima... salam 1 Malaysia juga!!!
cik amalina syg...cuba check balik bila tarikh sebenar penubuhan M'sia ye..lalalalalala~
shu..owh yeah!!!aq pun x tau apsal emo tiba2..tapi betul,bila dah capai nak kekalkan yang susah sebenarnya.sama mcm study r..susah nk dpt distinction,tapi bila dh dpt,nak kekalkan satu hal jugak..adeyh!
poyo habis n xboleh blah..
tapi ok ah,sesekali poyo bertempat,boleh je layan..
hepi besday mesia!
HEK ELE,kalau cemburu katakan saja,
lalalalalala~~
naseb bek ko bleyh je layan,kalo x,aq banned blog ko sminggu.hahahaha!
Post a Comment