Tuesday, October 06, 2009

< 131 > Kamen Rider

BAYANGKAN SEBUAH MIMPI INDAH,SETIAP WAKTU MENGURAI KATA CINTA

Wah!macam tak percaya pula tajuk yang kat atas ni.Semak semula...

KAMEN RIDER


OK,sila percaya.Kalau tak percaya jugak, harapnya gambar di bawah ini dapatlah membuat anda percaya yang saya serius nak menulis berkenaan topik ini.
PERCAYALAH.....[baik percaya,sebelum aku melalak lagu CT kat sini.haha!bagus!]


Aku baru habis kelas dan seperti biasalah,tangan ini dah mula menggelenyar [?] nak mengetuk-ketuk [??] papan kekunci metalik ini. Otak berpusing laju,macam-macam nak ditulis.Tambah pula,banyak sangat insiden-insiden minggu lalu yang aku tak coretkan sini.SANGAT BANYAK. Nantilah aku coretkan juga.Sedikit demi sedikit.Jangan salah faham,aku tahu kau orang tak berminat nak tahu semuanya.Ini blog aku.Aku punya sukalah.Tapi itu semua khazanah untuk rujukan masa depan aku.Maksudnya dalam 30 40 tahun lagi[insyaAllah],sambil minum milo di anjung rumah kayu 2 tingkat,sambil menghirup udara petang,sambil mengomel kat anak cucu yang main kejar-kejar di laman,sambil berfikir dah cukup ke amal nak dibawa mati,sambil tu jugalah aku membelek-belek kembali tulisan ni.

Jadi,untuk Faridahanum2049,Faridahanum2009[eceyh,tiba-tiba rasa macam agen perisikan rahsia pulak] nak pesan sikit,pastikan awak baca Quran dulu sebelum awak baca ini!Dan tak payah la mengomel dekat anak cucu tu,dia orang dah jatuh baru dia orang sedar.Baru dia orang belajar.Dan juga,milo tu tadi taruh berapa sudu gula?HAHAHA!


Sebab perenggan tadi macam sangat futuristik,kita guna warna yang cam bercahaya-cahaya macam masa Doraemon guna mesin cahaya masa.Tulisan dikecilkan supaya anda rasa malas nak baca tapi,anda baca jugak!HAHAHAHA!

Ok,fokus semula.Tadi tu hanya intro yang tiada kaitan.

Memandangkan blog ini bertemakan berita terkini,hiburan sensasi [ceyh,bila masa?] aku rasa terpanggil jugak lah untuk menulis serba sedikit pasal fenomena semasa yang menjengah sekolah-sekolah rendah dan tinggi,matrikulasi,IPT,bengkel-bengkel motor dan juga klinik gigi.Mudah katanya, setiap peringkat usia,jantina [eyh?] mahupun taraf pendidikan,memang adalah yang layan cerita ni [lagi mudah faham ke ayat kedua ni?]

Lalu akupun mulalah menggali berkenaan sepupu sepapat susur galur keluarga belalang,kumbang dan sebagainya ni.Google image kat Yahoo je nampak gambar nih


terus jerit dalam hati, laaaa.."pakcik masked rider ni". Aku ingat kecik-kecik dulu aku aku main daun trup [kad] ada la muka dia.


owh tak..yang nih daun trup batman.TEETT!

KR nih [phewitt,shortform tu] ada 2 era yakni era Showa dan Hensei.Era Showa bermula dari tahun 1926-1989 tapi cerita ni mula keluar kat wayang kat Jepun sekitar tahun 1971.Dia buat flashback mungkin.Mana aku tau,aku tak layanlah..Kalau korang suruh aku cerita pasal Planet Namet ke boleh la aku goreng gak.Takpun "who lives in the pineapple under the sea??"sumpah aku boleh nyanyi sampai habis.HAHAHAHAHA!

Yang pastinya,aku belum lahir lagi pun zaman tu.Mama & Ayah pun belum start dating lagi time tuh.TEEETTT!Tapi kamen-kamen rider @ kamen rider[s] punya keluarga telahpun beranak pinak dan mencipta sejarah mereka yang tersendiri.Dan mereka yang tertulis dalam lipatan kenangan adalah seperti berikut
  • Kamen Rider 1971-1973
  • Kamen Rider V3 1973-1974
  • Kamen Rider 1974
  • Kamen Rider Amazon 1974-1975
  • Kamen Rider Stronger 1975
  • Kamen Rider (Skyrider) 1980
  • Kamen Rider Super-1 1980-1981
  • Kamen Rider BLACK 1987-1988
  • Kamen Rider BLACK RX 1989
Kalau kau orang tanya aku mana KR tuh menghilang antara tahun 1975-1980 dan tahun 1981-1987,berdasarkan intuisi doktor serta justifikasi perubatan aku *ehem3*,aku rasa dia kena barah@kanser,mungkin disebabkan radiasi kimia dan toksik semasa pertarungan ataupun sel-sel badan dia alami mutasi sebab asyik tukar dari manusia jadi belalang.Letih la kromosom tu bertukar-tukar dari 46 ke 54[entah,aku main teka je] .KR,bila dapat tahu tu,dia pun berehatlah,pergi kemoterapi,amalkan yoga,makan Tabernaemotana divaricata dan sebagainya dalam tempoh 5 tahun tu untuk kembali sihat.Tuh la,siapa suruh tak pakai lampu blinkblink kat dada macam Ultraman.Kalau tak senang je tau ko sakit Kamen oi!HAHAHAHA!

Seterusnya,KR masa kini..mula dari tahun 2000,ada KR Kuuga--->KR Agito--->KR Ryuki

KR Ryuki nih jugaklah menampakkan pembaharuan dengan variasi binatangnya.Ada naga,kelawar,Harimau Malaya dan lain-lain suku-sakat hinggakan peminat terus melekat manakala yang tak minat pulak mulalah diserang angau yang hebat. Aku tak tahulah itu memang hakikat atau tidak,janji ayat tadik semua habis dengan -at.LOL!


Kepada tukang-tukang layan KR ni,selamat berhiburlah aku ucapkan.Aku tak pernah nak kata korang budak-buadak atau kurang matang ye.Kalau ada yang aku cakap tuh,anggaplah itu aja modal yang aku ada untuk buat ayat.HAHAHAHA!Jangan risau,aku sampai sekarang layan SinChan.Siapa gelak siaplah aku kame-ha-meha..ataupun..err..kenal tak ayat nih.. "dengan kuasa bulan akan menghukummu!!!!!"..TEEEETTT!

notachenta:Sekian sahaja saya melaporkan.Kepada yang berkenaan,sila belanja makan besar-besaran.(*-*)

6 comments:

Unknown said...

x suke kamen rider..sy suka power rangersss...ngeh ngeh ;)

farhanajoni said...

err..nak gelak,tapi takut kena kame-ha-meha plak nanti.hehe(cuba menyembunyikan perasaan nak tergelak).
saya sgt terhibur dgn blog anda,so,i'm linking ur blog ok?

norfaridahanum said...

cik epal:power rangers pun layan gak. kecik2 dlu sgt la marah ngan kimberly sbb kapel ngan tommy.haha!jeles2!

fana:dengan kuasa bulan akan menghukummu..haha!tenkiu..nnt sy link kan jugak..bagus r terhibur sbb kdg2 kita lupa laughter is the best medicine =)

udienjai said...

anum.. aku rasa mcm 'ape yg aku buat kecik2 hah??!!' seriously, aku tak tgk pon cerita ni kecik2 dulu (skg pon kecik lagi ).. too bad~ T_T

Azman Sherafath said...

kamen rider kabuto...
HENSHIN ! cast off !!
hahaa..mantap weyhh...layan gk

norfaridahanum said...

sudin:muahaha!aq pun x tgk r...tp rasa mcm ada wujud di tv.tapi yang pasti aq pnah men daun trup tuh masked rider nih waktu rehat kat sekolah agama..huhu! ko kecik lagik?sila blah dgn penyataan itu! =p

aru:apekah???x fhm lgsg aq!tp kalo ko hepi melayan cerita belalang nih,silakan lah ~~~