Monday, October 26, 2009

< 140 > Lemas

YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG BERCICIRAN

Pantai Baga,Goa,India

Aku mendasari ertikata kemodenan saat di kiri aku,mat salleh enak membiarkan kulit disiat bahang mentari, di kanan aku adik-adik menjinjing hasil kraftangan mencari pembeli,di depan aku ombak terus menerkam pantai sebab dalam diarinya tiada istilah cuti Diwali,di belakang aku bir-bir berbaris cantik dengan slogan murah-gila-rugi-kalau-tak-beli,di bawah aku ada pasir yang terus-terusan dilanyak manusia setiap hari,di atas aku ada Dia yang Maha Mengetahui,itu saja yang tak pernah berubah sejak azali.............


Mereka bilang "U ni tak moden",
Sebab aku tak layan cerita sains fiksyen,
Mahu hanya komedi,cinta dan fakta
Tempatan sebolehnya yang utama,
Mereka yang moden kata,
Komedi ala-ala slapstik,
Cinta semua plastik,
Fakta sangat linguistik,
Tempatan?lagilah mereka jijik!
Aku yang tak moden kata,
Komedi bikin jasad lapang
Cinta buat jiwa menang
Fakta bagi minda terang
Tempatan itu kita jugalah,hai sayang...
[moden=harus canggih,haram meleleh,wajib orang puteh?]


Pasaraya Matahari,Bandung
Mereka bilang "U ni tak moden,"
Sebab first time naik LRT aku salah stesen,
Pedulilah,aku yang keluarkan setiap sen
Reunion dekat Midvalley mereka tanya kenapa lambat?
Jujur punya cakap, aku sesat,
"So,U pergi tanya pak guard?"
"Tak,kan ke ada peta setiap tingkat?"
Padan muka,kenalah gelak kuat-kuat,
Musim raya pi Jalan TAR,baju semua murah tak ingat,
Mereka kata ronda situ mereka tak hebat,
Aku yang tak moden dimohon khidmat,
Masuk 2 3 kedai buru-buru acu-acu baju-baju kalau-kalau muat,
"Kantoilah kalau orang nampak I ni,kita kena shopping cepat-cepat"
"tak tahan macam ni,serabut,sesak,tengoklah muka I pun dah berkilat"
Sesiapa yang lalu pantas dilihat,
Mulut pula cakap tak pernahnya cermat,
"Ewwww..asal that girl pakai kampung sangat?"
[moden=tak boleh salah,tak pernah murah,tak mahu kalah,tak ambil kisah?]

Mereka bilang "U ni tak moden"
Sebab aku uarkan baju kurung pun fesyen,
Tak akan cacatkan sebarang profession,
"No way..pakai macam ni nanti I nampak macam baik"
[Habis,takkan nak dilihat macam taik?]
Jalan lima langkah tak ada siapa layan aku berceloteh,
Lantas ke belakang aku toleh,
Zaki[baca:Zack] tengah betulkan seluar yang sedikit terlondeh
Azura[baca:Xora]sibuk rapikan rambut yang sedikit teralih
Milah[baca:Mel]mengeluh benci pada high heels yang tersalah pilih
Aku perhatikan saja....sambil tersengih! 
 [moden=ketat,singkat,karat,naik meluat?]

Lobo Prabhu Court,Mangalore,Karnataka,India

Mereka bilang "U ni tak moden"
Sebab aku tak pernah pergi-hilangkan-tension
Bila orang ajak,aku kata nak pergi tuisyen[gila nerd!]
Mulalah mereka ulang-ulangkan "come on bebeh,
U tak payahlah study lebih-lebih"
Macam-macam songeh,
Seorang,seorang aku rasa nak sekeh,
Tak apalah,hidup kita,arahnya sendiri yang pilih,
Dari aku terkinja-kinja,
Baik aku buat yoga,
Sebab itu yang aku suka,
Dari aku layan MP3,
Baik aku tulis puisi
Sebab itu yang buat aku happy
Aku gembira kau gembira,
Tapi kau tak habis nak mengata
Pasai pa????
[moden:sentiasa sibuk,asyik mabuk,suka kutuk,jadi beruk?]

Mereka bilang "U ni tak moden"
Sebab aku tak ada modal nak eksyen
Aku nak pekena nasi lemak,but we all nak minum Starbucks!
Gelakkan aku punya BATA, sebab mereka sarung ROXY,
Bila aku kelek GUCCI, mereka kata design itu dah basi,
"I minta kat my mom"
"I suruh boyfriend belanja"
"Ni kakak I yang punya"
"Oh,mama aku tak kaya,boyfriend pun tiada,kakak pula saiz tak sama,jadi aku beli pakai duit biasiswa"
[moden=putih bersih,licin habis,terkenal,terkini,"terbeli?"]



fokus kita kali ini ialah perkataan Starbucks itu ye

Mereka bilang "U ni tak moden"
Sebab aku tak target duit berbillion
Sampai pencen nak dipayung government
Mereka yang moden pun bukak mulut
Dah belajar sampai ke seberang laut,
Kenapa otak U,U letak kat lutut?
Aaahhhhhh...debatkan topik ini yang aku culas,
Fikir duit saja,apa kau tak rimas?
Fikir diri saja,pergilah duduk angkasa lepas,
Fikir dunia saja,memanglah takkan pernah puas
Kayuhan global makin deras,
Tolonglah...jangan lemas!!!!
[moden=duit berjuta,kerja swasta,kereta melata,ada yang menderita?]



Aku dah lemas sebelum sempat ke dasar sebuah kemodenan.Biarlah...Aku hanya mahu hidup dalam lingkungan aman. Mati nanti dalam pelukan iman [yang sedang digugah oleh aksi mat salleh sebelah.TEEEEETTT!!!]

Baga Beach,Goa,India 
17Jun2009

p/s: tetap nak balik Malaysia!!!!!!!!!!!!
p/s 2:teringatkan cucu Mak Ngah Dah,si Farisha,opppssss! maaf,Paris! 




oh,rindukan pentas..[dan kamu,si pemuisi dinihari]

19 comments:

lel said...

sekarang ada baju kurung moden
tapi aku takdak pun

norfaridahanum said...

hahahaha!
sama la ngan aku di sini.teringin nak pakai kebaya,tapi oh!sungguh bahaya!

Raja Khairul Raja Anuar said...

dah slalu dah.dah lali dah.
dlm library pun jd kerja. ;p

udienjai said...

manusia anum, dunia ni mcm dia yg punya. padahal lihat-dengar-rasa. Nikan dunia KITA! :)

norfaridahanum said...

raja:asal aq cm x fhm ko nk smpikan ape?ade org kutuk ko ke pe?ko bek2 sana ye..aq sinih mmg kurang godaan.haha!

sudin:hahahaha!actually,kdg2 aq sndrik pun berlagak moden jugak =p
tapi tuh r,aq pun x fhm apsal nak ikut arus smpi xde identiti sendiri.bapak x best owh!

anith said...

nice..
suke22

Raja Khairul Raja Anuar said...

Norfaridahanum, lagha2 ni dkt sn dh lali. ;P
I'm coming to Hyderabad end of November. A visit to Osmania.

norfaridahanum said...

haha!
tq anith..merepk je nih.pas kuar soksek dah jarang tulis2

raja:come larrr...but hyderabad jauh maa..hope you'll enjoy.ada kawan kan kat sinih?

Raja Khairul Raja Anuar said...

Tak feel klo kwn tu bkn Malaysian.
Aku pergi buat kerja dgn org2 mata biru la.How far from your place? Aku xbeli tiket blk lg. Dr india terus blk malaysia.InsyaAllah.

norfaridahanum said...

owh laaa..
bape ari ko plan nak stay india before going back to tanahtumpahdarahku?

there's no direct flight to hyderabad from my place.TRAIN pasti ada!di mana2 sahaja.haha! rugi owh kalo ko tak pi tengok taj mahal..from hyderabad leh gi delhi and then balik m'sia from delhi tu..

i'll be having my exam from nov23.a week jugaklah.let me know when you get the exact date,maybe i can join you guys =)haha!aq kalo jalan ni on sesaje.huhu!

Raja Khairul Raja Anuar said...

aku smpai 19 insyaAllah. then a week juga dkt uni 2 buat kerja.the same time exploring that place.insyaAllah.then straight to a place called Simla.My classmate punya hometown.Lepak situ kejap. Ak maybe taking flight from delhi kot.Straight to spore.Jumpa munirah kat sn.

eh bg skype ko.sng aku sst2 nnt.

norfaridahanum said...

owh..shimla.cantik!naik ar sampai manali terus.ada salji[macam ko kesah kan?] haha!

cis,muni ke singapore plak dah.is she ok anyway?

skype aq ladyd_holmes0308@yahoo.com.my
haha!bagus.xde lah jadi cam chatbox dah komen nih =p

Raja Khairul Raja Anuar said...

hi.i send the request to you already.
rajakhairul.

Anonymous said...

bestnye gi jln2....
x ajk,eh?????
haha...

norfaridahanum said...

anonymous,kalo kamu ku kenal mungkin akan ku ajak laa..haha!

iRah said...

pandai mengayat ye anum...hehe

norfaridahanum said...

haha!
ayat mana tuh...=p

rashiD said...

kumpulkan puisi anda, buat buku..

norfaridahanum said...

haha!
saya je yang suka syok sendiri panggil ni puisi.padahal,apa2 modal basi ntah!

tapi,memang kumpul dari kecil,sekadar untuk kepuasan hati.sekarang dah ada blog nih,konon-konon nak sharing caring laa.=p