Tuesday, December 08, 2009

< 152 > Primadona Sebuah Arena

JIWA MEMBENTAK RANCAK SAAT MATA MENAHAN PANAHAN

Ini sebenarnya kisah biasa seorang gadis biasa.Yang pernah teruja dengan kata-nama-lima-huruf-dua-sukukata-mulanya C-akhirnya-A. Kamu bisa teka itu apa?
Bagus gadis,tiada siapa yang abnormal dalam kalangan kita.Biasa-biasa saja semuanya.
Yang dah mula melirikkan mata memeriksa sesuatu di bawah sana,aku tak tahu betapa biasanya kebiasaannya perkataan itu pada kamu.Dan aku menanti tiba kalau-kalau ada antara kamu yang menulis tentang ini. [pemilik Lihat-Dengar-Rasa sila ambil perhatian]


Ada suara di talian sebelah sana. Menyusun butir bicara. 


Lamanya memendam, jiwanya kesempitan.
Tak terdaya lagi sekadar “hi kawan!” saat mata berselisih pandangan.
Primadona tanya, "nak suruh aku beli Rayban?"
Suara itu tertawa, tapi bunyinya pelik di pendengaran.


Peritnya memikirkan, mindanya buntu.
Tak sanggup lagi bersantai laku saat ritma jantung sebenarnya dah menjadi celaru.
Primadona tanya, "eh,kau nampak aku ke nampak hantu?"
Tertawa lagi tapi tawanya tipu, Primadona tahu.


Sesak, nafasnya sudah bersahut-sahut
Tak bisa lagi melayan rasa takut kalau-kalau pada dahan lain Primadona berpaut
Primadona tanya,apsal kau macam kena senggugut?
Dia tertawa. Sama juga. Ulahnya masih kalut

Kemudiannya. Pantas.
Sahabat zahirkan ucapan. Lepas.
Primadona bagi jawapan. Bernas.
Sahabat terdiam mapan. Panas.
Primadona ada pendirian. Tegas.


Daripada sepi, suara dah meninggi 
Menongkah realiti, menongkat harapan pada yang dah lari,
Lupa hidup masih menderasi, luka lama sebenarnya dah pergi,
Pantang cuba kedua kali, Pandang sangat sebuah tragedi,
Buru yang sekacak-kacak lelaki, buku saja tak bantu kau happy,
Zalim pada diri, zahir saja tampak berseri,
Jujur sangatlah ni, jual mahallah ni,
Tipulah hati, tirulah drama TV

Semua tuduhan sahabat hujankan,
Satu belaan Primadona hujahkan
Sahabat, walau kau bukan Tuhan
Janganlah pula jadi syaitan

Bukan berdalih, gagang masih tak berkalih,
Cuma sedih dengar sahabat dah macam penagih,
Apa yang sahih, sampai saatnya akan ada yang dipilih
Dan semuanya lancar tanpa usaha yang gigih
Itu yang Primadona fasih

Primadona kasihkan kamu wahai sahabat
Primadona kasihan, tapi apa nak buat?                   


Sahabat rasa macam palat,
Primadona pula rasa ralat,
Sahabat cakap cubalah solat
Primadona kata keputusan dah bulat
Talian pun tamat,
Nak cakap maaf pun tak sempat,

Primadona rindu nak kembali ke arena,
Pernah dirasa indahnya semesta,
Telah juga ditelan sakitnya dipersia,
Sabarlah Primadona,yang terbaik itu menuntut masa

Maaf kamu,
Bukan masih menunggu,
Tapi sedang menunggu
Saatnya untuk hati aku terseru,
Tak percayakah kamu?
Adoi!kantung dosa dah nak tepu,
Takkan lagi aku mahu tipu?
Satu saja yang kau betul tahu,
Hati aku memang dari batu
Kental saja bila kamu dah label aku seteru.


p/s:kamu sebenarnya kacak di mataku


Dari Maharaja Residency ke KMC,Central Library
8 Disember 2009



15 comments:

Lola MK said...

ehem2...new story i c..
tape..i'll wait 4 u 2 open ur mouth.
hahaha..

p/s:missing u soooooooooooooo much~

norfaridahanum said...

where have you been huh babe?
sgt byk kot nak update!
i miss you too sayangssss!

enyheartsdiamond said...

http://bintangpenyembuh.blogspot.com/

ini link syifa ;))

*kalau eny hebat..da lama jadi mcm kak anum :))

bravo!

xoxo

udienjai said...

Anum, sangat berdebar. cuak giler kenapa tetiba nama aku kuar kat intro kau! hahaha' urm, belum sampai seru laaaa.. tp xpe, kalau dah jodoh tak kemana.. cuma, perlukan masa dan ketika, biar semuanya tak cuma kita jer. sebab apa? sebab itu namanya kata-nama-lima-huruf-dua-sukukata-mulanya C-akhirnya-A.

p/s: aku tau kau tgh tnggu hero hindustan kan? ala-ala kuch kuch hota hai (betul ke aku eja) gitu.. :D

NAZ said...

aduh aku tewas dengan blog kamu kali ini haha nice dowwwhh

kotak said...

mmm..maksudnya dalam. tersurat tapi sebenarnya tak tersirat. kecelaruan sgt ditonjol dlm setiap baris. sampai satu tahap kecelaruan jadi kemarahan. tapi ada satu yang jadi tunjang iaitu pendirian. selagi itu teguh,sampai bila2 takkan jatuh walau terlalu sakit.
hehehehehe..*blink* *blink*

norfaridahanum said...

eny:thanks dik.xde ape nya.semua org pun terror.semua org pun ada target sendiri.subjektif.yg pasti,Yang Atas tu la yg maha segalanya=) but still,congrats!

sudien:ape ko igt ko ke yg di talian sblh sana?fitnah terbesar akhir zaman la jadinya!takde maknanye hero hindustan weh,blk msia berkumpul dengan sedara mara pun dah berlambak je yg mcm tuh.haha!thanks anyway sudien..aq rs slagik ko single slagik tuh aq single kot.huh.ape kaitan ntah?teeetttt!

naz:eyh eyh eyh.bila plak ada "on your mark!get set!go!" nih? kamu ttp sifu la naz!cuma jgn jd mcm sang arnab sudah. [haha!sorry,i mmg byk pengaruh cerita binatang!]


hawa:
sebab bila sakit,
aku punya teman macam kamu,
kuranglah dihambat rasa perit,
kalaupun jatuh,ditongkat dipangku=)
terima kasih!

Anonymous said...

kacak? thnx..malu abang...

norfaridahanum said...

gedix r ashmeir!

husnayaacob said...

whoaaaa
bestnya baca entry ni
;DDDD

btw
chantek pics k anum tuh
hahahaa!

norfaridahanum said...

pics kamera mmbr n kita touch up2 sket.huhu!dgn teknologi,byk yg akn brubah,satu bonus bila ia indah!thanks!

THANK YOU DIK!

iRah said...

u. memang pandai buat rhymes. nice!

norfaridahanum said...

kalaulah kebolehan membuat rhymes itu satu kriteria utk dpt teman yang baik...lalalalalala~

Lola MK said...

x ilang..aku bz lately..
da x bz,sakit plak nih..
huhu..doc kate aku kne typhoid
haha!!so..rest je la..
hihi..

norfaridahanum said...

huish...tc dear.
bila nk start anew and new blog nih?