Tuesday, January 26, 2010

< 167 > Ini Hari Baru

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Nak taip...tapi tak tahu nak taip apa. Hari ini cuti Hari Republik. Kalau ikut nama, cuti meraikan ulangtahun India berjaya menjadi sebuah republik lah kan? Tahun ini tahun ke60 sudah. Ulangtahun kemerdekaan India pula bulan Ogos,hari ke15. India capai kemerdekaan 10 tahun lebih awal dari Malaysia, tapi menurut kawan "tempe" aku, "all these corruptions bring us nowhere"...macam familiar hurm??
15Ogos2009.Aku sempat cabut ke Hyderabad untuk Kejohanan Badminton Dunia. Hey hey, Gold Class seating lagi ok. Yang kelakar, masa RTM dan NST suruh buat ulasan bersama kata-kata semangat untuk pemain Malaysia, boleh pula aku rembat ucapan raya sekali. HAHAHA!

Selain daripada 2 hari ini,satu lagi perayaan terbesar India ialah Gandhi Jayanti [Gandhi's birthday!] 2 Oktober setiap tahun. Rakyat India memang sangat menyanjungi Mohandas@Mahatma Gandhi macam rakyat Turki menyanjungi Mustafa Kemal Attaturk,kalau dapat aku beri perbandingan lah. Tapi kalau ada yang pernah baca biografi Gandhi yang beliau tulis sendiri, "My Experiment with Truth", tak banyak sikit, mesti ada rasa kagum dengan beliau. Lain kali [baca:kalau aku rajin] aku buat entri pasal beliau. Oh, nama kolej aku inipun, diambil sempena nama isteri beliau, Kasturba.

2008-North India Tour. Ini muzium di Delhi. Patung lilin ini memang buat aku melompat terkejut mula-mula. Campur melatah lagi. Habis pekerja muzium gelak pada aku. Siot!Ini muka control gigil. Sejuk campur cuak.hohohoho!

2009-Selcuk,Turki. Ini lagi siot!Berapa ramai orang lalu-lalang tanpa perasaan. Aku dan Dian saja yang jakun nak bergambar dengan statue Attaturk ni. Sampai last-last, ada seorang pakcik polis offer diri untuk tolong tangkapkan gambar kami berdua. Tak perlulah gilir-gilir. HAHAHAHA!Tak apa, kami pelancong!

Kalau ikut kalendar agama pula, perayaan terbesar mestilah Ganesh Chaturthi.  Ganesha merupakan tuhan terulung bagi penganut agama Hindu. Bila aku cakap tuhan terulung, maksudnya ada tuhan-tuhan lagi yang bilangannya paling kurang 4000. Sekian. Kalau ikut kata kawan "tempe" aku, hari itu disambut sebagai meraikan pertemuan Rama dan Sita di bumi setelah lama terpisah. Rama merupakan jelmaan Tuhan Ganesha dalam rupa bentuk manusia. Macam mana rupa asal Ganesha? Sekejap nanti, aku kasi tengok Sekejap nanti aku bagi/beri tengok. HAHAHA!Maaflah, blog aku sekarang ayah aku baca. Nanti ayah nampak aku guna perkataan "kasi", mahu aku kena syarahan percuma 2 minit malam nanti. [Hai, Ayah! Dah pukul 5.30 ni,boleh balik rumah dah!]  Ok,sambung... Hari itu,memang penyembah-penyembah Tuhan Ganesha daripada segenap lapisan usia akan berarak ke sebatang sungai "terpilih". Berarak bukan berarak kawad kiri!kanan!kiri! ya kawan-kawan. Dia orang menari tanpa henti! Aku tak pernah berpeluanglah nak sertai. Tahun pertama aku terlantar di hospital 5 hari. Jangan tanya sebab apalah. Jiwa muda luka cinta punya cerita. HAHAHA! Tahun kedua pun aku duduk rumah je. Malas kot. Tak ingat. Pukul 2 pagi baru selesai perarakan. Maknanya pukul 2 jugaklah seluruh isi Mangalore dapat tidur lena. Kalau tak,dengan bergendang segala, gema satu pekan kecil nih kot. Adoi! Perayaan diakhiri dengan sesi melepaskan patung Ganesha ke sungai lah. Tapi yang syoknya sebab masa Ganesh Chaturthi ini, kelas setengah hari sahaja dan kelas-kelas esok hari selalunya dibatalkan. Itu yang kita mahu!!HOHOHOHOHO!

Kalau diperhatikan betul-betul,setiap gambar Ganesha ni mesti ada si tikus dekat kaki dia nak melambangkan betapa penyayangnya lah Tuhan mereka ini. "You see, though he is huge and big, he still can befriend a mouse. If you think logically, there's no way an elephant and mouse can be together,right?". Aku ingat sangat ayat ni. Sebab aku balas dengan senyuman saja.

Waaahhhh!dari tak ada apa nak tulis, dah berjela macam ini. Aku patutnya kena ulangkaji. Sabtu ni end-posting exam. Paediatrics. Tadi aku bangun pukul 11.30. Lepas subuh tadi tak tidur ok. Tak tidur sejam je lah tapi. HAHA! Harap itu masih melayakkan aku untuk dimurahkan rezeki hari ini.Nah,satu sajak tak ada tujuan sebelum aku pergi mandi. Sekarang pukul 2.30. Harap maklum. Ayah, anakmu yang bernama Faridah ini memang tak pernah berubah!Bila tak ada kerja menghambat, mandi mestilah lambat!HAHAHAHA!
Ini hari baru. 
Bersegaralah!!
Gerbangkan tangan, kepala dongakkan
Ucapkan syukur, singkirkan takbur
Bersegarlah!!
Daki yang menyalut, gosok biar luput, sampai jadi halus,
Juntaian yang kusut, engkau lurut-lurut, uraikan sampai terurus


Ini hari baru. 
Ayuh, berjuang!
Iramakan lagu-lagu riang, pada alam yang terbentang


Ini hari baru
Tampillah berseri, semburkan wangi, yakinkan diri
Atur langkah jangan ragu, ini hari baru
Tiba tepi jalan, tengok kiri kanan,
Kalau mahu ke rimba, jangan lupa bawa senjata,
Belayar di laut, siap sedia redah ribut,
Mahu tawan gunung, jangan lama bermenung


Lontarkan duka lama jauh-jauh
Bina dinding kukuh, tapi telus, boleh disuluh
Untuk buat tauladan, dalam kuat sempadan 
Ini hari baru
Bentukkan bibir manis-manis,
Hidup belum habis, walau kau acap tangis


Ini hari baru, hari yang ditunggu
Untuk semua yang masih mahu tahu
Untuk semua yang masih memburu
Untuk semua yang masih rindu
Untuk semua yang masih akur dengan zatMu
~H.O.M.E~
Banyak sangat perkataan "ini hari baru" sebab aku tak ada idea nak bubuh ayat apa. hodoh gilalah!! aku pakai font kecil dengan harapan kau orang rasa malas nak baca. tajuk pun tak tahu. Jadi, tajuk pun jadi "Ini hari baru" jugaklah. Bolehlah ek?TEEEETTT!

11 comments:

zuldmn said...

thumbs up!!! =)

norfaridahanum said...

sebab apakah????hang mmg syg kat kakak hang nih kan?? [cop,ayah tak reti nak baca komen nih cmne kan?nnt kantoi r anum guna hang!]HAHAHA!

fara said...

Gudlak Dear 4 exam Sabtu ni!

Sajak tu best!
Memberi semangat padaku yg nak terlena dh ni!
wat aku tersenyum...
hehe

:)

norfaridahanum said...

thanks, you!!!


haha!sajak orang tak gosok gigi =)
uish,msia dah nk senja,x elok tidur ah!

ini blog wirdah said...

mahatma gandhi,tak pernah aku lupekan kamu.hohoh. tringat lak belajr sejarah form3 doluu-doluu ;)

Amal said...

ngee.
lu kat mane neh?

norfaridahanum said...

wirdah,bagus..kalo lupa sejarah,jadiklah mcm segelintir yg kat msia skang..haish~~~

siv,wa kat india..jmput r dtg =)

kawie2020 said...

salam singgah...

penat juga kawie mencari link awak tadi coz awak x tinggalkan link waktu komen kat blog kawie tadi...

nice blog la... nanti kawie link awak yer... hehhehehehehhe...

norfaridahanum said...

owh owh.sori.sy dah tgglkan link masa 1st time komen hari tu=)

terima kasih sbb bersusah payah ye.
selamat lah =)

anith said...

haha
yerla
ini hari baru
=]

norfaridahanum said...

layan sajaaaa..=)