Thursday, December 31, 2009

< 159a > Pengkisahan Tahun Baru

SAYONARA 2009

2009-Keluarga induk masih lengkap. Bilangan masih kekal. Tidak berkurang. Alhamdulillah. [kalau bertambah pun Alhamdulillah jugak. Mama & Ayah sentap!HAHA!] Ini pinjaman termahal dari Al-Awwal. Yang boleh buat aku nangis dalam telefon walaupun bukan 1 Syawal. Anum sayang kalian. Kalau rindu yang sangat kuat ini boleh diberi skala macam scala-richter yang mengukur kekuatan gempa,nescaya kekuatannya mampu bikin semua sensor di laut keluarkan signal BEEP BEEP Tsunami!Tsunami! BEEP BEEP Tsunami!Tsunami BEEP BEEP. Comel pulak sensor macam tu. Comel macam minah Korea.

   Mamat korea pun layan. Mata dalam-dalam menikam nih yang aku cair ni.



Tapi, Mama lagi comel. Sentiasa bersungguh-sungguh nak bergerak seriring dengan anak-anak beliau yang sebenarnya,semua pun pemalas nak bergerak. Statik. Along depan laptop. Ana depan handphone. Anum depan komputer, Apis depan TV, Ariz depan PS, Athifah depan cermin bilik mama main berlakon-berlakon. Oppss!terperinci pulak cerita Athifah tu. HAHA! Ayah depan surat khabar! Tapi, kita ada satu undang-undang. Makan mesti sama-sama semua orang, melainkan orang tu tengah tidur terbungkang, yang mana melakukan sebarang kejutan adalah sangat dilarang!Satu lagi waktu kita bersama ialah waktu petang, isi waktu senggang sebelum azan Maghrib berkumandang, dengan sembang kencang (Ariz) dan tawa riang. Oh sebenarnya, nak cakap tentang kecomelan Mama kan tadi?Mama comel sebab kitorang semua cakap "Gabra" tapi Mama cakap "Cobra" dengan muka penuh keyakinan dan kecomelannya.  Dan Mama selalu tulis SMS tanpa noktah serta bahasa singkatan yang comel habislah sampai kitorang semua kena main pass pass handphone dan buat brainstorming untuk dapatkan makna setiap perkataan.  Untuk itu, Mama memang comellah!!!

Ayah masih lagi ke kebun hujung minggu bersama 100PLUS 2 botol. Oh cuma tahun nih, selain 100PLUS, ada pil supplement yang aku gesa Ayah cuba.Dan Ayah sangat suka.Kan Ayah? Ayah masih lagi ke surau pagi Sabtu untuk main badminton. Mengimarahkan surau katanya. Kadang-kadang aku ketawa kenangkan Pak Haji bersukan. Oh,sangat berbeza dengan zaman Ayah main dekat kelab-kelab dan dewan FRU dulu.
Ayah masih lagi sibuk dengan kerja-kerja overtime. Asalnya aku buat don't know je. Tapi,kalau dah duduk lepak belakang pentas dengan kumpulan Spider, sebulan sekali mesti ada pementasan teater, and asyik makan free jer,lama-lama aku pun orait je lah.HAHA! Cuma belum dapat jumpa Siti Nurhaliza ataupun apa-apa show yang ada Zahiril Adzim je. Dan yang pastinya, Ayah masih lagi tak lupa nak tanya aku "Bulan ni ada bangun malam tak?Banyak khasiatnya Faridah". Ye banyak.sangat banyak.Cubalah =)

Untuk abang,kakak dan adik-adikku di Malaysia. Tolong tengok-tengokkan dua insan mulia ini.

2010- Kekallah ceria dan gila-gila. Ini mesti sebab Ayah suka baca GILA-GILA, alih-alih satu family jadi camtu. HAHA! Kurangkan drop Mama, sebab Mama selalu takde geng untuk counter balik. Tapi jangan tak drop langsung, sebab nanti korang akan rindu muka comel Mama. Ma, Anum rasa Ma pun reti wat muka Telletubbies ar. HAHA!"Mama,adakah anda rasa di-drop?Sila katakan YA jika/untuk TIDAK." (sambil teringat muka "selenga" Ariz pegang microphone sebelah Mama) Arwah Atuk pesan,sampai diorang tua kita kena jaga. Tapi Mama dengan Ayah awet muda. So,kita tukar. Kita jaga sampai bila-bila ok kalian? Arwah Tok Wan pesan, apa-apa pun jangan sekali-kali tinggi suara. Waaa....itu Anum la selalu buat. Sebab nak jawab Mama panggil dari dapur. Jauh tuh. Memang kena jerit sikit =p




nak tengok salah satu dari ribuan muka "selenge" Ariz?Macam foto di bawah ini.




Apis pun ade versi sendiri


Along?Ade ke?Menantu pilihan ni beretika dan bertatasusila je selalu.HAHA!

Kami the girls la paling bertatasusila kan?


Ha..rindu sangat nih. Sila kesian kat Anum. Boleh mati camnih


13 comments:

NAZ said...

pic lawa lawa :) selamat tahun baru norfa:)

norfaridahanum said...

pic lama..rindu mereka =(
selamat tahun baru juga!

fara said...

Alahai sweetnye!

Epi New Year Anum! :)

norfaridahanum said...

huhu!happy new year to you as well,missy=)

anith said...

bertahan!
kite sme2 bertahan untuk fam back in msia
=]

hepi new year~

norfaridahanum said...

yups.u 2 anith!
happy new year =)

Anonymous said...

The path was long, but we walked with the loving.
Selamat tahun baru!

norfaridahanum said...

huhu!selamat juga atas kamu =)

husnayaacob said...

slmt taun baru kak anum:)

saya suka blog said...

sweet!

norfaridahanum said...

slmat tahun br semua..

aish aish aish. sweet ape mau? hacks? itu je yg aq leyh recall skang =p

norfaridahanum said...

br aq prasan.byk gila aq punya baju kaler pink.. -_-

Anonymous said...

hey your blog design is very nice, neat and fresh and with updated content, make people feel peace and I always enjoy browsing your site.

- Joe