HELLO 2010!!
Al-kisahnya..
Malam tahun baru aku hanya diisi dengan letup-letup yang cliche, bak kata Zahiril Adzim. Wah,dah 2 kali aku mention pasal mamat ni ek. Padahal selama ni, senyap-senyap je aku minat penulisan dia. Mungkin azam 2010 nak tackle Zahiril Adzim kot,korang mane tau kan? HAHA! He has those criterion that can make me tango anyway. Witty, whimsy but still remain a mystery. Maksud aku, penulisan dia lah! Zahiril Adzim dan penulisannya yang tak lazim. Oh oh oh. Haish, ni nak cerita pasal Zahiril Adzim ke pasal 2010 ni?
Oh, tak macam sebelum ni, aku tak rasa nak menulis tentang azam aku kat sini. Entah, tiba-tiba rasa nak jadi a private person pulak. Dan juga, I write on anything but not everything.
Malam tahun baru, Cat hantar link pasal azam 2009 dia yang pernah ditulis and expressed how grateful he is to achieve most of them towards the end of 2009. Congrats,dude! Haish,bila cakap pasal Cat mesti nak menulis dalam BI sebab dia salah seorang tutor BI aku secara maya. HAHA! Dan sekarang,dia pula bersungguh-sungguh nak perbaiki BM dia. Good! Support you all the way. Eh,eh, maksud aku, Bagus!aku di belakang kamu memberi sokongan padu,Cat!
Tak langsung, Cat buat aku tergerak nak membelek semula blog lama aku, walaupun dia dah larang. HAHA! Kalau ada yang bercita-cita nak usha blog lama aku tu,lupakan je la. Dari dulu lagi aku privasikan. Melainkan anda memang jenis tak hormat privasi orang dan tak faham bahasa, silalah menggodek-godek untuk terjah juga blog tu ye.
Jadi, permudahkan cerita. Aku belek jugaklah blog lama aku tu. HAHA! Baca Azam2009 aku yang macam haram punya kelakar. Tapi yang paling kelakar, Azam2010 pun aku dah capai sebelum 2010 muncul! Apakah? Macam ni,aku siap ada target berapa simpanan kena ada dalam bank sebab 2010 nak pergi Istanbul. Alih-alih,2009 dah ke sana. Bukan Istanbul je pulak tu. Keliling Turki dalam masa 10hari! How spontaneous I am,right? Syukur! Aku tak tahu macam manalah aku boleh ambil MBBS ni,sebab aku langsung tak sistematik, tapi tersusun je. Macam sama ek? Entah, pada aku, systematic and organised are two different things. I'm no systematic but still an organised person. Chewaahhh!Dah,sebelum aku berfalsafah sampah, ini gambar Turki, nah.
Safranbolu
Ankara
Gerome
Cappadocia
Pamukkale
Selcuk
Istanbul
Kalau mahu cakap tentang material-material yang aku target untuk 2009, SONY Handycam tak dapat-dapat juga, sebab bila fikir-fikir balik, digicam lebih berbaloi. DSLR? Entah, kebelakangan ni, ramai sangat dah usung DSLR, jadi benda tu dah tak nampak macam rare. Lagipun, aku bukanlah betul-betul into photography. So, I think I'll just settle with this H10. 2009-asalnya nak mencari telefon bimbit yang jenis luncur-luncur tapi entah macam mana terbeli PDA. Bukanlah keputusan yang bijak sebab aku boleh online di mana-mana, hatta dalam kelas sekalipun. Toink! 2009-Masih gagal membeli SWATCH pertama untuk diri aku. Tak apa. 2009-Masih tak dapat juga army pants. Asal jumpa je, tengah tak ada duit. Asal ada duit je, tak jumpa.Haish.
Oh,berjaya juga menjejakkan kaki ke Indonesia. Ber-MAS ke Jakarta, ber-bas ke Bandung, ber-kereta api ke Jogjakarta, ber-AirAsia ke KL. Adoi mak! Memang best. Tambah bila dapat tengok Candi Borobudur depan mata. Boleh pula terserempak dengan Jacyln Victor. Tapi masa tu dah letih sangat dan otak masih tak centre lepas tinggalkan kawan-kawan di Jogjakarta, cukuplah sekadar berbalas pandang dan senyuman je ye. Tak larat nak upload gambar banyak-banyak lagi. Maaf semua. Tapi kalau ada permintaan khas, aku upload kan jugaklah nanti gambar-gambar kat Indonesia tu.
Ada SMS yang aku sangat suka dari seorang wanita yang aku terima saat 2009 menjengah setahun lalu. Tahun ni pun ada juga beliau hantar yang ringkas. Haish,nama pun sistem pesanan ringkas kan. Lagipun,sibuk dengan kenduri untuk anak teruna dua orang tu katanya. Sempat jugak dia ketuk cakap yang seorang tu pemalas. Auntie auntie. I know you don't read this but I do appreciate your thoughts and prayers. Thank You so much =)
Dan hari pertama 2010 diisi dengan perasan seorang diri jadi tuan puteri. Wohooooo! Pukul 8 da bersiap nak keluar padahal nak pergi manapun tak tahu. Redah je Mangalore ni. Dress memang buat aku rasa terawang-awangan sikit. Sampai Dian tergelak-gelak tengok aku menari-nari keliling rumah konon-konon Cinderella lah. Yeah,2010-Ini Cinderella,bukan Sindarela dalam SadSindarelaStory yang dulu ok. [siapa yang faham,fahamlah. And shall be happy for me!]
Eh sekejap,Zahiril Adzim macam tak suka foto imej pantulan cermin macam ni. Kita tukarlah.
HEHE!Bajet ayu gila kan. KUANG!KUANG!KUANG! Ini kisah siang 1Jan 2010 ok. Malam tu, aku jadi gagah perkasa pulak tolong ABK tolak motor. HAHA! Patutnya buat-buat tak nampak je. Tak pernah-pernah aku tolak motor selama 20 tahun hidup. Lesen motor pun Mama tak bagi ambil. ABK lagi mahu nak tanya pasal motor kat aku. Tangki minyak reserve. On ke off ke. Mana aku tahu. Yang aku tahu fuel tu minyak. Itu je lah. HUHUHU!
Oh oh. Tahun ni bakal menginjak umur 21 tahun. Marilah mari. Pergi mengundi. Tunaikahlah kewajipan, pada negara. Nak kahwin pun dah boleh sangat ni. Eh,eh. Anum dah potong ayat tuh, Mama & Ayah tak payahlah baca yang tu.HAHAHAHA!
Oh oh. Tahun ni bakal menginjak umur 21 tahun. Marilah mari. Pergi mengundi. Tunaikahlah kewajipan, pada negara. Nak kahwin pun dah boleh sangat ni. Eh,eh. Anum dah potong ayat tuh, Mama & Ayah tak payahlah baca yang tu.HAHAHAHA!
Oh oh. Aku dah ada Twitter. FaridahanumMN. Semua sebab Zahiril Adzim la nih. HAHAHA! Takdelah. Dah lama nak buat akaun satu,cuma dah cuti macam ni baru ada masa. Bila buat akaun, terus klik jadi follower Zahiril Adzim. Apsal aku kemaruk entah ni. Padahal selama ni okay je.HAHAHA! Saje je bikin kontroversi tahun baru. Korang jangan pergi kecoh kat dia pula. Nanti dia datang sini, muntah pulak dia baca semua Woebegone Whisper aku. Ini rahsia kita-kita je okay? TEEEEETTTT!!!
21 comments:
kak anum harus tahuuuu!eny mimpi zahiril adzim~!!! :D
wowowowowo!
itu lebih parah tu.haha!
x mau r mimpi ZA.nanti dia baca puisi, akak rs x nk bgn tidur padahal tugasan beratur =) HAPPY NEW YEAR!
ambooiii!!meghela~
hhahahaha
nice dress nway~
=]
k anumm!
i loikee your style
chantek laaah
:))
anith!haha!awatnya?skaliskala je cheq jadik lagu nih...=p thanks!
husna,wah,ada style laah!mcm kotex? LOL!thanks dik =)
wahh ayu gile..salute rr..aku xmampu lagi la.haha
norfa i nak puji u sempena pembukaan tahun 2010 ni. u nampak cantik lar hahaha. kalau takde background yang cun cun ni kurang sikit lar hahahaaha
muni,tym xde skolah la bleyh cmnih.nnt dh start kuliah,sandaal jugak aq blasah.
AAAAA..naz jahatlah.xpe2,2010 nih i buang yg keruh pergi indah water,yg jernih2 je i amik.tp duit ry utk u tahun nih xde r=p
jauhnya jalan.. tak roger pun
sy dh antar form tu dekat emel.mcm slalulah... [nada cuak sikit]
alamak teringat turkiye lah..hehe.
bydway, siapa zahiril tu? ups...saya tak uptodate :D
oit~berjalan sakan...
hehe
owh..zahiril adzim tu seorang perencana bahasa yang menggetar sukma.kahkahkah!u bc r blog dia.ade i link tuh.tp,i'm very sure bukan ur type.dia pelakon jugak.
oit k-un,aq brjln sakan pun sorg je. ko cik abg dtg dr msia teman,lg sakan!!!!
Anum..semakin berani bercerita tentang Zahiril Adzim secara terang-terangan..tak takut die bace ke??..jgnlupa follow twitter aku..aku dh lame follow twitter Zahiril Adzim..jgn jeles tau..hehehe
hoi hoi hoi. ini aq tak puas hati. bukan pasal ko follow ZA tak sound aq. ini pasal ko ade twitter x penah bagitahu. HAHAHAHA! arituh bosan, main tulis je.kalu dia baca nih,mesti dia rasa cam.."ok,another psycho fan" =(
hmmm..aku bru usha filem die yg x lpas tuh..aku x knal die act..tp tgk die blakon,aku rse bole naik lg..bile aku tgk sape plakon bru aku prasan name die kt blog ko..
aku pn g la usha blog die..nk sure kn..org yg same ke..btol..huhu
aku igt nk follow twitter die..tp kudin cm sound2 aku..sdahnye aku x follow.bngang gak,tp mls nk amik psing.aku igt nk follow blog die..(tnp pngetahuan kudin of cos,sile jgn bgtau kudin..skian hrp mklum)
mane ko tau psal die anum??
arghh, sangat jeles ok!
sila datang sini dengan laptop ko atau xternal yg penuh dengan gambar2 aya sofya, masjid biru dan setiap ceruk dan lorong kat istanbul tu!
*awww, bestnya.nak pergi sana jgk!*
hahahaha.jd btul r org yg sama kan?
entah..1st skalik nmpk dia dlm ghost2 n then blk msia,nmpk dia brlakon kat astroria.100hari jadi x silap.n then tgk kami the movie. seterusnya gaduh. n then lompat2 blog skalik trjmpa blog dia.trus jatuh cinta kat blog dia.haha!bahasa dia tak mahu lagi hebat x ingat owh.lakonan dia,masih yang biasa2 r pada aq.dia byk berlakon teater ,tp aq x pnah tgk satu pun lagik.owh owh,suka tgk dia berpuisi..semua aq tgk kat youtube je r...nasib anak rantauan btul=(
ain..insyaAllah,anum dtg lagik dlm dec nnt ke.huhu!tp nk ke bali dulu=) sabar ye.nnt anum update lagik citer psl turki
huhu..btol ah.tp nk bace blog die asek x smpt je..lg tgh xm ni..arini 2nd day..abis xm mmg aku lyn la.huhu
eh anum,lupe nk gtau..aku igt nk start blogging blik..kt blogspot ni je pn..tp x seaktif dlu la..huhu
k la..aku nk samb last min study..bye~~ muah!!
yipppie!!!
u must do well in your exam babe!iu know u will!
u must read his blog after finishing ur exam
u must start blogging. i miss ur writings yg ske puji me.hahahahah!
u must not reading this!!pegi stdy laaa!
Post a Comment