Monday, February 08, 2010

< 174 > Berita Dunia Jam 2

BERDOA DAN MEMINTA BUKANNYA PERKARA YANG SAMA

Setelah tidur 2 jam lepas Isyak dan juga kesan satu mug besar nescafe,here I am. Bersengkang mata.  Membakar minyak tengah malam[Burning the midnight oil] Tapi,nak berehat sekejap. Jalan-jalan blog orang,belek-belek Utusan Online, buka web gosip. Awww~~

Khas untuk anda semua, aku bawakan berita-berita terkini seluruh dunia yang menarik minat aku untuk hari ini. Amaran, boleh jadi sangat panjang.

Lapangan India
Krisis India-Pakistan tak sudah-sudah juga. Pertikaian merebut hak ke atas wilayah Kashmir entah bila akan tamat,sedang dunia menuju kiamat. Dan India pun satu hal,semalam setuju nak runding semula isu keamanan dua negara[sejak dihentikan ekoran kes pengeboman di Mumbai tahun 2008] alih-alih, hari ini pergi buat ujian peluru berpandu yang dikuasakan oleh tenaga nuklear. Adoi! Sampai sudah tak habislah! Tapi,pada sudut pandangan aku, ini tak lain isu politik. Dan aku pernah sembang-sembang dengan "tempe", dan mereka gelak-gelak saja cakap, tak ada masalah langsung.."All those political craps.." Dari isu India-Pakistan baiklah aku lebih ambil berat tentang Palestin-Israel sebab pada aku isu 2 negara ini, bukan hanya semata-mata tentang politik dan agama. Ini soal kemanusiaan lah. Hak asasi manusia,woi!  

Lapangan Sukan
Chelsea 2 Arsenal 0. Dapatlah takhta balik kat Chelsea. Cis,sia-sia aku murtad ManU hari ini.Wa bukan minta banyak,wa mintak tolong ikat bagi seri ja pun.

Lapangan Alam Sekitar
Ribut salji melanda Washington DC. Implikasinya, bekalan elektrik terputus, pokok tumbang, kemalangan jalan raya. Yang menarik perhatian aku sebenarnya,nama ribut salji tersebut- Snowmageddon. Macam-macam. Dikhabarkan ini ribut salji terburuk.[Tolonglah jangan baca ini sambil dalam hati kau cakap 'Padan Muka Kau Amerika'.Haish!]

Lapangan Kebajikan
Sana-sini dalam blogspot orang bercakap tentang Ammar Danish. Kesian budak ni,kecil-kecil sudah diuji Allah dengan masalah jantung yang dalam terma perubatannya dipanggil Patent Ductus Arteriosus [PDA].
Mari sini aku ulaskan sedikit untuk hilangkan rasa bersalah sebab gagal merealisasikan hasrat untuk ulangkaji sampai pagi.

Jantung,macam yang kita semua tahu, adalah tukang pam darah ke seluruh tubuh.Dan jantung ada dua bahagian. Kiri dan kanan. Dan setiap kiri dan kanan itu pula,ada atas[atrium] bawah[ventrikel] dia. Secara ringkas,makanan ruji semua sel dalam badan ialah oksigen,yang diserap dari dalam darah. Lepas makan, lebih kurang macam sel-sel ini akan kentut,berak atau kencing dalam bentuk karbon dioksida terutamanya, yang juga akan diangkut oleh darah. Darah akan masuk ke jantung dan akan ikut jalan satu hala yang sangat ketat kawalannya iaitu 
  1. Dari jantung kanan, darah [yang penuh karbon dioksida] akan keluar melalui satu salur darah yang dipanggil pulmonary artery[PA] terus ke paru-paru.
  2. Di paru-paru,darah akan kembali serap oksigen yang kita ambil dari alam sekitar melalui pernafasan.
  3. Darah yang sangat tinggi kandungan oksigen ini akan pergi ke jantung sebelah kiri pula.
  4. Dan dari jantung sebelah kiri, darah akan keluar melalui salur darah terbesar yakni aorta untuk diedarkan kembali ke seluruh tubuh.
  5. And the cycle repeats!
Ini satu diagram skematik untuk jelaskan, aku percaya gambar rajah dan lukisan sangat banyak membantu dalam pemahaman kita. Tapi,kalau diagram blur macam bawah ni,hancurlah!

Senang cerita, yang warna kuning tu aorta, yang warna pink tu PA. Rapatkan kedudukan mereka? Masa kita dalam kandungan, ada satu jalan pintas@shortcut antara mereka. Jalan shortcut inilah yang kita panggil Ductus Arteriosus. Masa dalam perut Mama,paru-paru penuh dengan air,tekanan tinggi. Kalau nak pam semua darah pergi situ,mahu sakit jantung sebelah kanan yang baru nak bertatih jadi tukang pam[tiba-tiba teringat Mat Bangla Petronas Taman Anda!].Jadi,ada darah yang berkarbon dioksida terus pergi aorta ikut jalan shorcut tu. Tak apa,bekalan oksigen tetap cukup sebab kita selalu curi dari Mama ikut tali pusat. Sebaik saja kita keluar dan bernafas,udara mula isi paru-paru,tekanan diseimbangkan dan jalan shortcut tadi akan mula ditutup. Cukup 3 minggu kita tengok dunia,memang jalan itu hanya tinggal nama sajalah. Complete block, siap dapat nama baru-ligamentum arteriosum.

Dalam kes Adik Ammar ni, jalan shorcut tu tak tutup. Bahaya,pengangkutan oksigen sudah jadi tak efisien,kan?Tambah bila makin besar,makin aktif. Dah tak ada tali pusat nak tolong bagi oksigen,100% kita bergantung pada keberkesanan jantung untuk kitarkan darah kita.Jelas tak?

Penutupnya,pembedahan segera perlu dilakukan dan jumlahnya,faham-faham sajalah kan. Untuk menghulurkan bantuan, ini akaun Maybank ibunya
Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912

Lapangan Hiburan
Aku rasa aku ketinggalan, Angelina Jolie dan Brad Pitt dah berpisah ek? Woooootttt!! Ketahuilah yang aku sangatlah suka Jennifer Aniston oi. Dan aku sangatlah percaya,kalau ko bina kebahagiaan atas air mata orang lain, tak akan lama mana. Orang lain tu erti katanya,orang lain yang selayaknya menangislah,macam kes Aniston,masa Jolie-Pitt mula berpacaran dulu,dia masih isteri sah Brad Pitt, isteri ya,[bukan bekas isteri,bukan janda, apatah lagi kekasih gelap] jadinya memang layak dan ada hak untuk menangis. Tapi kan,ada tak kau orang rasa yang Jolie dan Aniston akan tag team untuk condemn Brad Pitt? Eh,macam pernah dengar saja situasi tersebut.HOHOHO!

Lapangan Jenayah
Seorang bayi lelaki yang baru berusia 5 bulan meninggal dunia. Oh,ini cerita biasa kan? Doktor mengarahkan sesi bedah siasat dijalankan. Juga cerita biasalah. Kecederaan luaran yang didapati ialah lebam-lebam yang sangat banyak sekali. Kena deralah tu. Masih cerita biasa. Masih tak boleh lawan kisah empat beranak kena bunuh dekat Rembau[?], sampaikan si ayah dipotong kepalanya. Tapi tapi,dengar cerita si pelakunya ada tekanan jiwa. Dari segi forensik dan psikiatri, boleh diterima akallah. Tapi tapi, balik pada cerita bayi tadi,nak tahu penemuan paling tak boleh diterima akal? TERDAPAT KESAN LIWAT KE ATAS BAYI TERSEBUT!

Woi,haruan,binatang,iblis, !@$$%#@#@$%^^*^$!!!!!! 

Kalau aku tahu aku akan baca berita macam ini, dari awal tadi aku sambung belajar tahu! *poyo*


notakaki: aku rasa aku nak pergi jadi guru sandaranlah bila balik cuti nanti. Ada ketokohan tak?

notatangan: walau aku selalu nafikan, tapi aku rasa aku memang dah jatuh cinta dengan bidang perubatan. P to the O to the Y to the O!

notadahi:gambar akhir tu boleh abaikan tak? Itu khas untuk parents aku & JPA, saya study ok =)

*gambar-gambar,macam biasa..pertolongan UncleGoogle*

29 comments:

Amar Amirah said...

sangat sedih sebab saye suke dengan pasangan jolie-pitt. apetah lagi kat anak diorg yg kiut miut tuh T_____T kerje asyik nak bercerai berai je la diorang kat hollywood ni. Anyway, good luck in your study!!;)

norfaridahanum said...

owh owh owh.kita x serupa di situ. tapi saya menghormatinya =)
cepatnya komen!!!

thanks.u too

ini blog wirdah said...

sokong kamu! wirdah pun lebih sukee jenifer dgn brad!

dulu,wirdah suke gak la jolie,tpi lepas dia berpacaran dgn brad,teross tak minat dia dh. huahuahua.

*tak minat je,bukan benci okayh :)

norfaridahanum said...

yups.samelah.lps dia ngan brad pitt,terus kita bengang ngan dia *mcm dia kesah?* hahaha!

norfaridahanum said...

ok,org lps nih x leyh komen psl lapangan hiburan dah =p

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

ok.. idea baru utk anum..

1 - setiap pagi anum kena buat blog pasal berita yg berlaku di malaysia dan dunia.. <- tak yah bace paper dah.. bce paper tak sebest bace blog awk :P
2 - setiap jumaat bingkisan nurani.. <- dpt menambah ilmu akhirat dalam kita terlalu sibuk.. *kononnya*
3 - setiap malam buat pasal kehidupan.. <- dpt update kehidupan org kat india..

haha.. JPA tak masukkan duit lagi ke?? erm kesian tu.. huhu... bagus lar dh jatuh cinta pada medic.. saya pon sama.. haha...

enyheartsdiamond said...

yeah!chelsea menang!eny pro chelsea tawww! :D

notahero said...

gambar last tu.. boleh kena tambah dua minit lagik kena marah ngan ayah!!!!
STUDY ATAS LANTAIsambil meniarap!!! " mejakan ada... yang dok baring tu apasal??! payah nak masuk belajar cam tu..." hohohoho =p (peace no war ayah!)

jejaka anggun said...

tuh dia... sari berita penting!

norfaridahanum said...

izyan,habis bila nak study nye??? haha!lately,sy suka la plak update blog.boleh kata satu hari,satu! adoi!

tp yg bingkisan jumaat tu,insyaAllah sy teruskan =)

dan dan hingga saat ini ditulis,duit tak masuk lagilah!!huwaaaa!

norfaridahanum said...

eny: do i look like i care? *annoying tak* hahahaha!

jejaka anggun : haha!sari berita penting tu mmg sgt RTM la =) tq sbb tggl jejak nway.

norfaridahanum said...

apis,nak wat camne..anum mmg dr baby lagik ayah ckp suka meniarap.hohoho!
x boleh nak ubah.tp tp,ayah ckp "nnt sakit bdn" ah,mane de ayah ckp "nnt beljar payah nak masuk" dowh!

i'msosupernotcool said...

gua suke jolie je..
klo gua suke brad lain jadinya..
hahaha

norfaridahanum said...

aniston lah weyh!!!
suka brad xpe,tp jgn la wat apa2 =p

naz said...

wahhh berinteraktif blog norfa sekarang hahaha. saya teruja. i tak tahu pun jolie dah tak hisap pitt? hahaha opppss 18sx

norfaridahanum said...

huwwawa!
jolie xpe..tp utk naz n supernotcool,
dr hisap pitt,lebih baik jadi mat pit je=)

interaktif ke..provokatif..ke sensitif?lalalala~

notahero said...

ader r...'nanti lame2 jadik benak'... saya masih lagik befikir kelogikkan statement itu.. hahaha.. =p

sophie said...

gmbar bwah tew bgus..mesty mak ayah rase bngga!!hahaha

anith said...

anith mmg anti jolie n brad.. brad + jen comel ok!

btw, besac turun snow plak arie nie.. adoi plek2 la weater skrg! menakut kn



org skrg dh kejam anum! bdk pun nk dere? haish~

anith said...

btw cikgu sandaran??
like seyez???

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

toink...toink...
kau kat negara taj mahal kah??
bagus entri kau ni...tak payah aku baca surat kabar lagi...

norfaridahanum said...

haha!benak tu anum stuju apis!ok,betul,tuh mmg statement ayah =)

sophie,insyaAllah.tp JPA r patut plg bangga ngan i.haha!

norfaridahanum said...

yeah anith,high 5 sket nak!alamak, x smpi.org tuh 168cm la katakan =p
gila tnggi ek anith skang.yups,dunia menuju kiamat kan..hurmmm..
waaaa,anum x leyh jd guru sandaran ke???

norfaridahanum said...

yeah anith,high 5 sket nak!alamak, x smpi.org tuh 168cm la katakan =p
gila tnggi ek anith skang.yups,dunia menuju kiamat kan..hurmmm..
waaaa,anum x leyh jd guru sandaran ke???

norfaridahanum said...

alvin,yups yups.taj mahal yg sgt gorgeous wa ckp lu.. =)meh r dtg.haha!x yah bc paper utk satu hari.hari lain sila baca sendiri ye!

ain said...

fuh, penjelasan patent ductus arteriosus tu, mantap!
kalo lecturer ajar cm2, dgn contoh2 sampai ke mat bangladesh sume, sure cepat paham. haha'

norfaridahanum said...

haha!tang mat bangla tuh je yg ain igt ek?LOL!

Ms.Independant said...

dpt emel kate...
jolie ngan ngorat johnny depp!
harap2 tak jadik!!!!
sbab johnny pon dh ade psgn die vanessa...
muahahaha

:)

norfaridahanum said...

jolie dan johnny...even mcm comel,sy ttp x stuju!hahaha!johnny depp is a good man kot.from what i know r kan.. dia dpn ank2 x mencarut-karut owh!


wey!dh ckp jgn komen psl lapangan hiburan dah!hahaha!