Mr.Makassar text me last Tuesday asking me a favour to write a poem regarding the last prophet,Muhammad (pbuh). I was excited and nervous as well since I have never written a poem on Islamic stuff before. Ok,I did once or twice but I honestly didn't satisfy with them. Even this one also I needed almost 2 days to finish. I went out of vocabulary, I don't know why. And it turned out to ignite my "aja!aja!fighting!" spark even more. Still,tak berapa nak jadi jugak!
So for this week Journal Jumaat, in conjunction with Maulidur Rasul@birthday of Muhammad,The Messenger I will leave you guys with this errrr....masterpiece?[toink!] and his last sermon. I'm inviting any comments in case of any wrong facts. I admit that I'm lacking in Sirah Nabi. These are all among those few chapters of his life that I tend to remember and get really fond of.
Tahun itu tahun terindah,
Selamat tinggal Abrahah dan tentera bergajah,
Pada Ababil kalian lelah lantas kalah.
Telah dipersiapkan tanggal 12 Rabiulawal untuk satu kelahiran bersejarah,
Muhammad,kau diputerakan sebagai penutup pesuruh Allah.
Datukmu Abdul Mutalib disegani setiap kabilah,
Bapamu Abdullah meninggal sudah,
Sendirianlah Aminah berbekal tabah
Membesarkan kau, bersama susuan Suwaibah & HalimatusSaadiah
Tahun itu tahun suram,
Menjadi yatim piatu, hidup seolah kelam,
Pada bapa saudara,Abu Talib kau bertumpang kasih tak mahu muram,
Belajarlah kau berniaga segala macam,
Hingga diajak temankan kafilah berdagang ke negeri Syam,
Kau tak sedar awan memayungi, pohonan dan batuan sujud dalam diam,
Hinggalah saatnya ketemu Pendita Buhaira yang menghulur salam,
Sekilasnya dilihat, kau miliki tanda utusan rahmat seluruh alam,
Lantas pada Abu Talib dititipkannya pesan “Pulanglah ke Makkah atau nyawanya bakal terancam dek Yahudi kejam”
Tahun itu tahun istimewa,
Kesungguhanmu yang luar biasa,
Kebijaksanaan kau berurusniaga,
Amanah digalas, tak pernah sekali dipersia,
Buatkan wanita hartawan jatuh cinta,
Pada Nafisah, Khadijah suarakan hasratnya hatinya,
Untuk jadi sayap kananmu, sokongan belakang setiap ketika,
Berbahagialah kalian, walau 15 tahun berbeza usia.
Tahun itu tahun perintis,
Di Gua Hira’ Jibril hadir tiada bengis,
Menyampaikan wahyu pertama tiada bertulis,
“Iqra,Iqra,Iqra” dan ayat seterusnya tiga baris,
Kau pulang gugup, cerita pada Khadijah, tiada beliau menepis,
Abu Bakar pantas membenarkan perkhabaranmu tiada beliau menangkis,
Dakwah Islam bermula, manusia mula rasa cangkir iman yang manis
Tahun itu tahun dukacita,
Bersilih ganti iman dan sabar kau diduga-duga,
Di sisimu Abu Talib pergi menghadap Sang Pencipta,
Disusuli Khadijah,wanita yang kau cinta,
Sahabat terus-terusan diseksa di depan mata
Seolah-olah walang datang bertimpa-timpa
Tidak pernah sekali kau meratap hiba
Sebaliknya pada Ya Rabbi kau pulangkan percaya
Tahun itu tahun baru,
Kau tinggalkan Mekah bersama As-Siddiq, kota Yathrib dituju,
Hingga ke Gua Tsur diekor musuh yang terus buntu,
Tatkala melihat sarang lelabah dan burung di pintu,
Teruslah kau berjalan meredah padang pasir berbatu-batu
Disambut Ansar dalam gema “Tola’al Badru”,
Terhapuslah assabiyah yang lama membelenggu,
Berpancaranlah cahaya Madinah sejak itu
Tahun itu tahun akhir,
23 tahun dakwahmu penuh getir,
Di tengah-tengah Arafah kau khutbahkan risalah pada yang hadir,
Al-Quran dan Sunnahmu, dua warisan yang sentiasa mutakhir,
Dan di pembaringan Izrail datang tiada kau usir,
Ummati, ummati, ummati langsung tak lekang di bibir,
Ummati, ummati, ummati langsung tak lekang di bibir,
Ummati, ummati, ummati langsung tak lekang di bibir.
Muhammad Rasul Pesuruh Allah,
Tahun ini,kami masih di sini,
Tahun ini, kami masih memendam rindu menggunung tinggi,
Salawat salam untuk kamu wahai Nabi.
Doaku,usahaku, agar kita ketemu di syurga Firdausi
Dalam keabadian Akhirat yang hakiki.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu... "
16 comments:
nice one anum :)
selawat dan salam buat baginda ...
salam..
dear.. nice poem :) btw dalam rangkap yg ni...
Tahun itu tahun dukacita,
Bersilih ganti iman dan sabar kau diduga-duga..
Seolah-olah walang datang bertimpa-timpa
...
walang tu ape??
sory bahasa saya pon tak berapa nk kuat.. hehe.. thanks for ur ingatan.. :) Allah bless us..
*speechless*
anum, Alhamdulillah..
terbaek!
=]
thanks nama mak i (aminah) dalam karya u hahaha tapi i pelik nama i tiada pulak.
norfa anda memang kelas gitu haha nice one ok
thanks all =)
selawat salam untuk baginda
Allahhumma Sollia'la Saidina Muhammad,Waa'laalihi Wasohbihiwasallam
izyan,walang tuh bersedih hati la lebih kurang.mula-mula saya nak letak malang,tapi rasa macam sangat tak kena dengan peribadi Nabi je.akhirnya,saya letak walang.=)
naz,nantilah..i tunggu u jadi imam besar masjid negara.teks 1st khutbah u i letak kat sini=)
anum,yg Abu Bakar m'benarkn perkhabaran tu cm x tepat.ps dpt whyu p'tama,jmp waraqah b naufal,die yg tafsir pe yg jd
if ikut sirah,Abu Bakar m'benarkn ms jd nyer Isra' Mikraj.ni seingat along r
oh along,baru teringat.masa nabi dapat wahyu,abu bakar x ada kat makkah pun kan.n then bila dia balik, org cerita kat dia, dia percaya dan membenarkan kata2.and gelaran tuh besar kemungkinan sbb peristiwa isra' mikraj.my bad=(
orang yang khadijah bawa rasulullah jumpa tu betullah waraqah bin naufal.[ini anum check internet ah]
siapa2 tahu?
love it anum!
love apis!
love anum! hukhukhuk!
muahahahha!
Sorry lambat comment...memang mantap...thanx 4 sacrificing ur time...really appreciate it....u r really a multi-talented person...double salute 4 u....:-)
still,secret recipe punya lasagna ok? yummy~~~hahahaa!no prob dude!u know i owe u a lot right?hope it's fine with you.and do make the correction ok =)
Luv anum. nice le sajak tu. truskan bakat yg ade n post kpd akhbar msia
ya allah..siapa nih.thanks nway =)
Post a Comment