Friday, March 19, 2010

Siri 5:Cap Jari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,ketemu juga aku dengan masa lapang untuk menulis pada sesi Jurnal Jumaat kali ini. Maaf dahulu aku hulurkan atas ketidakupayaan menyempurnakan hasrat aku sendiri untuk menyalurkan sedikit santapan untuk rohani kalian selama 2 minggu yang lepas. Maaf maaf maaf.

Ok,sudah.Cukuplah mukadimah bercirikan Hari Raya Aidilfitri.hihi!




Hari ini aku nak bercakap tentang "DNA Fingerprinting". Bab ini terkandung dalam silibus Forensic Medicine aku untuk semester yang lepas. Subjek Forensik memanglah sangat kegemaran aku. Atau gaya gediknya nak cakap,me likey!!!ok,x cukup gedik T-T

Aku yakin semua telahpun sedia maklum yang cap jari yang kita miliki adalah satu pengenalan identiti yang sangat unik,istimewa dan Allah ciptakan khas untuk setiap kita. Pasangan kembar seiras pun tidak akan memiliki cap jari yang sama. Apatah lagi pasangan kekasih kan? [ah,tiba-tiba!haha!]

Sistem pengenalan cap jari DNA mula diperkenalkan oleh Dr. Francis Galton pada tahun 1892 yang mana beliau mengklasifikasikan corak-corak yang terbentuk pada hujung jari kita kepada 3 kumpulan utama: arch(gerbang) , loop (lengkungan) , whorls (pusaran). Kajian demi kajian dilakukan yang membawa kepada subklasifikasi yang lebih terperinci. Sila emel kalau berminat untuk tahu.terima kasih.

Sebenarnya,pengenalan diri ini juga boleh didapati pada tapak dan jari-jari kaki kita. Ya,aku tahu anda sudah mula rasa nak membelek kaki sendiri kan?

Jadi sekarang apa kaitan ilmu sains moden ini dengan Islam? Tahukah anda bahawa mumia-mumia yang terkenal di bumi Mesir itu masih kekal cap jarinya? Tak,bukan pasal mumia yang aku nak tekankan di sini walaupun aku tahu ramai dah terbayangkan tentang Firaun.Itu kita simpan dulu. Tunggulah sampai aku ke bumi Mesir nanti[jeng3!] Ok,melalut!

Masih ingat Jurnal Jumaat yang lalu. Apa yang Rasulullah wariskan pada kita? Percaya atau tidak Allah telahpun membicarakan tentang DNA fingerprinting ini secara tersirat di dalam Al-Quran melalui surah Al-Qiyamah ayat 3 & 4

"APAKAH MANUSIA MENGIRA, BAHWA KAMI TIDAK AKAN MENGUMPULKAN KEMBALI TULANG BELULANGNYA?BAHKAN KAMI MAMPU MENYUSUN KEMBALI JARI JEMARINYA DENGAN SEMPURNA"

Ya,anda memang tidak akan jumpa perkataan seperti forensik mahupun dactylography dalam Al-Quran. Samalah seperti bilamana Allah menceritakan tentang kejadian alam melalui surah Al-Anbiya ayat 30,tiada langsung perkataan "Teori Big Bang" sebaliknya, secara santai Allah katakan,

"DAN APAKAH ORANG-ORANG KAFIR TIDAK MENGETAHUI BAHAWA LANGIT DAN BUMI KEDUANYA DAHULU MENYATU, KEMUDIAN KAMI PISAHKAN ANTARA KEDUANYA,DAN KAMI JADIKAN SEGALA SESUATU YANG HIDUP BERASAL DARI AIR,MAKA MENGAPA MEREKA TIDAK BERIMAN?"




MasyaAllah,bukan?

Sungguh,Al-Quran itu hadiah teragung untuk kita. Kita,yang mahu & tahu berfikir. InsyaAllah.


Sumber :Al-Quranul Karim, V.V.Pillay Textbook of Forensic Medicine, The True Vision Mangalore Monthly Circulation, Google Images.

p/s:doakan aku berumur panjang dan ketemu masa senggang lagi untuk menulis di ruang ini.

Wallahua'lam.

11 comments:

Crazee Lazzy said...

WOW nice info la anum... tapi aku pelik nape org x wat footprint tuk masuk keje ek? asyik pakai thumbprint je x mencabar langsung... hahahah

NAZ said...

wa caya sama lu la norfa :) i punya jenis pusar i rasa normal dari yang lain lain tu sebab rambut pun berpusar :)hahaha sains asas macam nie lah jadi nya

shazruls said...

thumbprint saya cm double loop jerr

norfaridahanum said...

fhad,kalo ofis u bg gi keje pki selipar jepun mungkinlah boleh kan? huhuhu!

naz,jgn la caya kat i.caya kat Yang Di Atas Sana cukup =) rambut pusar,nakal!

shazruls,tapak kaki x nak gitau?sy tau awak belek jugak kan?kan? =p

anith said...

owh teringin plak nk men chop2 jari! salah anum la nie!!!

Dr Hana said...

toinktoinktoinktoink! (over)
haha.

ekhem.assalamualaikum~ hee:D

Subhanallah~
Sebab tulah, sekarang ni memang 'trend' saintis ni masuk Islam... Memang dari kejadian alam sendiri dah buktikan dah. Dan diorang masuk tu memang benar2 masuk ke dalam Islam wholeheartedly. Kita? T__T

Adeh, malu bile pikir. Muallaf yg baru kenal Islam 2-3 taun lebih tahu pasal Islam dari kita yang dari lahir dah Islam ni. Doink!!
Malu ok. hua~

norfaridahanum said...

haha!anith punya pemikiran comel tuh yang melampau ok =p

norfaridahanum said...

salam cleo.toink!

bagus bila kesedaran tuh ada.tapi,jgn terlampau keras dengan diri sendiri tau.hentam diri sendiri sampai nanti dia kebal,hati pula jadi bebal, terus nanti keluar ayat yang macam "xpelah,dah aku macam nih,nak buat macam mana.memang dia dapat hidayah lebih dari aku.baguslah untuk dia."..itu dr pengalaman aq sendiri=)

sebenarnya bila hati dah lembut,kita boleh nurture ia untuk belek 2 warisan Rasulullah s.a.w.
Quran dan sunnah yang sampai bila-bila pun akan malar relevan=)

masalahnya kita ni,kita dapat Quran "gedebuk" satu buku terus mcm tuh sampai kita rasa payah nak habiskan semua ayat.padahal,Kalamullah itulah yang kita kena khatam dan fahamkan betul-betul kan? sahabat2 dulu turun satu ayat diorang hafal dan fahamkan makna-makna betul2=)

dan ingat,semua ini boleh dibentuk,diajar dan diasuh pada diri kita.mulakanlah dengan hati kerana di situ datangnya niat.menjaga hati pula termasuklah pula menjaga pemakanan kita dan tutur kata.itu dah masuk pula pada HablunMinAllah & Hablun MinAnnas.

sungguh,islam memang the way of living.sempurna semua dicakupinya =)
Wallahua'lam

Nur Natasya said...

salam anum, naty ak nk majalh tu blk yer....sudah lame dipass2...tp ak sempat lg bace..huhu

Nur Natasya said...

i mesn "xsempat bace" hehe

norfaridahanum said...

salam.majalah tuh still kat umah an.haha!bersungguh gila aq menapak sbb nak baca magazine tu.sgt interesting =)